♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 19, 2008

Berbuka puasa @ #16, Uni Mews

Alhamdulillah... lepas jugak hajat kitorang untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk kawan-kawan sedesa, sebelum keberangkatan pulang kitorang ke tanahair tercinta. Oleh kerana ramai sangat warga desa Bundoora sekarang ni, so terpaksalah kitorang mengambil 2 hari untuk majlis ni. Maklumlah, teratak hamba ni kecik. Kang roboh pulak, bak kata pak belalang... ;p

Pada hari Ahad yang lepas @k@ hari pertama, kitorang menjemput the juniors @k@ anak-anak dara belaka; dari Barnesway dan Main Drive, 22 orang kesemuanya. Dan pada hari Rabu yang lepas pulak @k@ hari kedua, kitorang menjemput pulak the seniors @k@ families. Hampir 30 orang yang datang dan separuh daripadanya of courselah kanak-kanak. Riuh rendah rumah.

Antara menu pada kedua-dua hari tu ialah ayam goreng bermadu *Neezam's specility*, lompat tikam, ikan goreng keretup, ikan masak kicap, tomyam, sayur campur, puding, buah-buahan, bubur dan macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan lauk-pauk yang dibawa oleh para tetamu. So, sangat banyak makanan. Sangat seronok! Sangat best!

.: Antara tetamu yang hadir :.


.: Menu :.


Selepas berbuka puasa, kitorang sempat solat tarawih bersama-sama... Alhamdulillah...

Apa-apa pun tak semua warga sedesa yang kitorang dapat jemput disebabkan kekangan masa. Esok aku nak balik dah. Beg pun belum siap berkemas lagi. Huhuhu... So, bagi pihak aku dan Neezam sekeluarga, kitorang meminta maaf pada saper-saper yang tak terjemput tu. Maklumlah... kenalan sedesa sekarang ni tersangatlah ramai. Insya Allah, kalau ada rezeki nanti kitorang akan jemput jugak semua datang bertandang dan menjamu selera kat rumah kitorang yang chomel ni. Jangan terasa hati yer...

Dan kepada semua yang sudi hadir pada kedua-dua hari tersebut, terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kitorang ni. :) Kitorang minta maaf jika ada yang terkurang pada hari-hari tu, dan jika ada yang terkasar bahasa atau terasa hati... Sorry and tq! :)


*juliet le sweetheart : seronok bila ada tetamu bertandang ke rumah


2 comments :

lindahpadlee said...

salam Julie..

wah tak sedar esok eko dah nak balik kan..aku sedeynyer..bila tengok eko oarng nak balik..wah bestnyer bukak posa ramai2...sedey tak dapat join...and those lauk-pauk sedap gak...julie, wah masuk 2 papers sekalik ek..utusan pun ada eko oarng jugak kan...anyways, selamat berangkat raya ek..jangan lupe kita orang kat sini

regards

Juliet Le Sweetheart said...

Lindah, jangan sedih-sedih. Sekurang-kurangnya korang dapat gak pengalaman beraya di perantauan. Aku ni ntah bila. Tiap-tiap tahun balik. ;p Harap-harap tahun depan kiter raya sama-samalah yer kat sini...

back to top