♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 29, 2008

Nak satu! Dua pun ok… ;p

New on my wishing list!

Most wanted! New Apple iPhone 3G.

iPhone ni masih belum launched lagi kat kedai-kedai phone kat sini. Kalau ada pun kena booking dulu. Harganya lebih kurang aud$800++ (8 gig). Kat Malaysia berapalah agaknya ek? Nak jugak satu! Tak kira!

One more wish on the list…

Guess Shadow handbag. Really want one!

Patut ke aku sedekahkan duit kat Guess untuk satu beg lagi? Sekarang ni aku ada dua Guess bag. *Ori ok… Ciplak punya tak main…* Tu pun jarang-jarang pakai. So, patut ke beli satu lagi? Kalau tanya Neezam, jawapannya, "beliiiiii…" Suka… Sayang lakiku ini. Aku suka sangat beg ni. Actually semalam dah gi Victoria Station dan Strandsbag kat Northland tapi tak der plak. Bebila nanti nak tengok kat Greensborough Plaza plak. Tak pun kat city. Tapi… patut ke beli? Adussss…

Aku memang minat dengan beg Guess. Tapi Guess cepat sangat tukar patern baru. Buat aku rambang. Buat masa ni tak mampu lagilah nak pakai Coach atau LV ori. Pakai Guess pun jadilah…

Buat masa ni aku ada 2 Guess handbag yang jarang sangat aku guna. Guess Ginger Satchel aku beli last year dan Guess Osaka Top-Zip bag aku beli bulan Mei yang lepas. Well, actually, aku beli Neezam bayar. Got it ;p *wink*

~My Guess Ginger Satchel but in black color~

~My Guess Osaka Top-Zip~

Aku pun ada borong 2 Guess Floral Crescent Bag untuk adik dan adik ipar aku dan Guess Portocall untuk mak mertua aku. Sebelum balik ni jugak aku nak cari satu untuk mak aku. Masih belum ada yang berkenan lagi yang sesuai untuk mak.

~My Sisters’ Guess Floral Crescent Bag~

~My mil’s Guess Portocall~

*juliet le sweetheart : cari beg besar sebab senang masuk botol susu, pampers dan wipes puteri aku. Boleh? Spoil…


Sunday, July 27, 2008

Cinta suami isteri

Tips ni aku dapat daripada email salah satu yahoogroups yang aku join. Sangat bagus untuk dikongsi dengan kengkawan samada yang telah berumahtangga juga yang bakal berumahtangga. *Aku ni tak kedekut ilmu tau ;p wink* Dan kebanyakkan daripada tips ni memang aku dan suamiku yang tercinta praktikkan setiap hari dalam kehidupan kitorang yang penuh ceria ni. So, marilah kite sesama cuba tips ni ok.

Tips cinta suami isteri

  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian di atas tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. :)
  3. Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walaupun sekadar untuk bertanya "tengah wat pe tu?".
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "I love you" sebelum keluar kemana-mana / berpisah, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Cubalah sesekali untuk mencari peluang makan berdua-duaan sahaja dengan pasangan samada di rumah atau keluar ke restoran. Romantik gitu…
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan untuk meluahkan perasaan. *Selain cerita pasal progress phD, Neezam selalu cerita pasal mat bangla yang seoffice dengan Neezam. Masalahnya… mat bangla tu busuk yang amaaaattttt… Neezam tak tau cam ner nak tegur. Nak suruh dia berus gigi dan mandi. Hehehe… Any idea?
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. *Isu bola? Boring… tapi aku tadah gak telinga bila Neezam citer pasal bola. Huaaaaahhhhh…
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biarkan berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting adalah berada di sisinya. *Aku tak mampu nak teman Neezam bila dia tengok bola pukul 2, 3 pagi. Tidur lagi bessssttttt!
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. *Tak pernah berpisah tempat tidur tapi ada ‘pemisah’ antara kitorang… Huhuhu…
  11. Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. Suami, ciumlah dahi isteri. *Alhamdulillah kitorang amalkan setiap hari bila bendera jepun tak naik.
  12. Tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. *Musim sejuk tak leh nak pakai seksi-seksi. Teeeeettttttt… huhuhu…
  14. Senda gurau dalam rumahtangga amat penting. Ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. *Jatuh cinta kat Neezam sebab Neezam suka berlawak. ;D
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak, dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. *Tak pernah jemu dengan penampilan suamiku itew.
  17. Amalkan sikap sentiasa berdandan, wangi, kemas dan bersih demi pasangan samada di rumah dan juga apabila keluar berjalan. Jangan bila keluar bukan main cantik, hensem tapi bila duduk kat rumah bukan main lagi selekehnya. *Ini memang selalu terjadi pada setiap pasangan. Betul tak? I’m trying not to. Huhuhu…
  18. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  19. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi pasangan samada suami atau isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. *Salah satu daripada azam aku sejak menjadi isteri...
  20. Sentiasa memuji pasangan samada dari paras rupa atau masakkan pasangan anda. *Aku yang selalu dipuji. Hehehe…

Cubalah tips-tips kat atas tu ye kengkawan, tapi yang penting kite kena sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipanjangkan jodoh kite hingga ke akhir hayat dan dikuatkan iman agar tidak terdengar fitnah dan hasutan syaitan yang sentiasa berbisik ke telinga kite. Amin…


*juliet le sweetheart : sayang sangat kat Neezam!


Tuesday, July 22, 2008

Main salji @ Lake Mountain

Lamaaaaa sangat rasanya tak update blog. Bizi yang teramat sangat! Konon…

Post kali ni nak cerita pasal latest retreat kitorang (warga Desa Bundoora dan kaum kerabat) gi main-main snow kat Lake Mt. Dah basi tak nak citer? Hehehhe… Tak kira! Nak citer gak!

Kitorang ke Lake Mt hari Sabtu yang lepas mengikut retreat anjuran Malaysian Student Assosiation, La Trobe Uni (MSA LTU). Memang seronok rasa nak gi retreat kali ni sebab dah tau orang-orang Malaysia jer yang gi dan yang best kebanyakkan daripada ahli rombongan tu memang kitorang kenal sangat. So best lah!

Kitorang bertolak dari LTU lebih kurang pukul 7.20 pagi yang dingin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan bersimpang siur mengalahkan ular terbelit. Walaupun permandangan sepanjang perjalanan sangat cantik, siap nampak hot air balon dari jauh, tapi nampak gayanya ada sesetengah orang tak dapat nak enjoy. Ramai yang pening-pening. Yang muntah pun ada. Pulak tu betul-betul duduk depan kerusi aku. Nasib baik tak berbau. Kalau berbau aku rasa aku pun join muntah sekali. Huhuhu…

Sampai kat Lake Mt, semua yang pening-pening, loya-loya jadi hilang sebab tengok salji yang tersangatlah tebal. Berbeza dengan masa kitorang ke Mt Hotham kat Bright dulu, salji ciput jer. Muka masing-masing nampak excited. Memang nampak jakun semuanya, termasuklah aku. Huhuhu…

Kat Lake Mt ni kitorang sempatlah main tobogan. Memang bestlah masa meluncur turun bukit tapi bila nak naik bukit balik rasa tak laratnyaaaa. Tersangatlah penat jadinya. Masa tu aku terfikir alangkah bagusnya kalau diorang bina eskelator naik semula ke atas. Huhuhu… logik tak? Niesreena pun sempat bertobogan sekali. Niesreena pun nampak enjoy sangat walaupun sesekali kalau didudukkan dia atas tobogan tu nampak sangat dia takut.

~Ummi & Wawa bersedia untuk meluncuuuuur dengan tobogan!~

Ski? Maybe next time. Tak pandailah… Takut rugi menyewa ski mahal-mahal tapi asyik jatuh tergolek jer kerjanya. So, kitorang hanya ber’cewah-cewah’ jer lah dengan ski yang kak Fiza sewa. Hehehhe…

~Kemain lagi lakiku ini~

Perkara wajib bila jumpa salji of courselah buat encik salji. Tapi… aku tak tersanggup nak buat. Kenapa? Sebab tak sanggup nak kepal air batu. Jadinya aku dan ramai lagi kengkawan yang lain hanya menumpang bergambar jer dengan encik salji yang dibuat oleh anak kak Farizal. Tima kasih ye dik… ;p

Yang best lagi… paling best kot… waktu kitorang balik tu snow falling. Turun macam hujan renyai-renyai. Bestlah sangat! Memang sebelum ke sana aku harap sangat kalau dapat merasa salji turun. Alhamdulillah merasa gak. Excited giler rasanya.

Kitorang bertolak balik ke Bundoora tercinta pukul 4 petang. Sebelum balik sempat jugak kitorang bergambar kenangan beramai-ramai. Masing-masing nampak enjoy sangat. Banyak pengalaman yang kitorang dapat. Ada antara kengkawan yang sempat mengambil air sembahyang menggunakan salji. Respect ar… kan ke sejuk. Tapi bila lagi nak rasa kan? Dan kitorang pun sempat makan di bawah pokok yang bersalji. Kemaruk tul kan? Heheheh… Kemain sejuk nasi, macam makan dalam freezer. Masa tu aku terbayang-bayang macrowave kat rumah. Kan best kalau dapat panaskan nasi yang sejuk kakon tu. Huhuhu…

Insya Allah kalau ada rezeki nak main salji kat Mt Buller plak. Saper nak ikut angkat tangan!!!

Oh ya… ada kengkawan yang tanya, "Kat Australia tak der salji ke?". Fyi, sesetengah tempat jer ada salji kat Australia ni, tempat-tempat yang tinggi. Melbourne dan kebanyakkan suburb macam Bundoora ni memang tak der salji. Sebab tu kitorang gi cari salji jauh-jauh nun. Hehehe… Nway, nasib baiklah kat Bundoora tak bersalji. Ni pun dah cukup sejuk. Kalau bersalji, bekulah hidung aku yang comel ni… Hehehe…

Ada banyak lagi gambar-gambar kitorang berpoya-poya di Lake Mt ni. Nak tengok? Jemputlah ke friendster atau ke fotopages aku k!


*juliet le sweetheart : dapat tempahan 120 biji karipap untuk retreat ke Lake Mt ni. Penat oooo… sehari suntuk buat karipap. Huhuhu..


Wednesday, July 16, 2008

Makna bacaan dalam solat

Untuk dikongsi dengan kengkawan dan pembaca blog ku serta umat Islam seluruh dunia. Mungkin ada sebilangan antara kite yang tak pernah tinggal solat 5 waktu, alhamdulillah, tapi tak tau makna bacaan dalam solat. Kalau tahu makna bacaan dalam solat insya Allah solat kite akan lebih kusyuk.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan dau, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berikanlah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika tahiyat awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejatera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika tahiyat akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejatera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah meberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya Engkau sahajalah segala macam puji terhada apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

*juliet le sweetheart : kalau ada tersalah apa-apa tolong tegur yer. Takut ada typing error yang tidak terperasan. :)

Wednesday, July 9, 2008

Resepi laksa johor istimewa

Sajer jer letak perkataan ‘istimewa’ kat tajuk tu. Apa yang istimewanya ek? Istimewa sebab ini resepi aku dan lebih istimewa bila aku yang memasaknyer. Hehehehhe…

Malam tadi ada ceramah agama di rumah kak Tasha. Macam biasa setiap kali ada ceramah mesti kitorang akan buat potluck. Malam tadi aku wat laksa johor istimewa. Ramai yang minta resepi. Sedaplah tu… Huhuhu…

Actually aku dapat resepi asal laksa johor *yang belum istimewa* ni dari adik ipar aku, Aireen. Aireen dapat dari suratkhabar mana ntah. Aireen ajak aku sama-sama try buat laksa johor tapi aku ni tak reti kalau masak ramai-ramai kat kat dapur apatah lagi kalau ramai-ramai kat periuk. So, Aireen dengan senang hati menjadi pembantu chef dan tolong potong dan kisar apa yang patut.

First time buat, lengkap semua bahan, maklumlah kat Malaysia senang jer nak cari bahan. Alhamdulillah, hasil air tangan kitorang ni amat memberangsangkan tekak dan perut. Hehehe… Lebih seronok bila ayah mertua aku pun dok puji-puji laksa kitorang ni. Katanya, "tak payah dah nak pergi jauh-jauh cari laksa sedap. Kat rumah dah ada chef pandai buat laksa." Bangga tu… Sebab tu aku ingat kata-kata pujian ayah mertua ku itew. Hehehhe…

So, I dedicated this entry to miss G and some other friends yang aku tak ingat, yang meminta resepi laksa johor malam tadi. Aku tak tau nak bagi resepi macam mana malam tadi sebab bahan-bahannya tersangatlah banyak. So, idea menulis resipi laksa Johor kat blog aku ni datang dari miss G.

Oooo… sebelum tu, just nak inform, aku ni kalau memasak tak reti nak sukat-sukat berapa cm, berapa gram. Aku setiap kali masak main campak-campak jer. Kalau terkurang… tambahkan… kalau terlebih… oterlah apa yang patut. So, sukatan kali ni aku bagi mengikut apa yang aku guna untuk hidangan malam tadi k!

Selamat mencuba!


Laksa johor istimewa (Sajian 2 liter)

Bahan-bahan A (dikisar)

Bawan merah besar 1 biji, bawang putih 5 ulas, halia sebesar 2 ibu jari, cili kering <> 15 biji, cili boh

* kalau suka pedas letaklah cili lebih k!

Bahan-bahan B (dikisar)

2 tin ikan markarel in oil (boleh beli kat Safeway), ikan markarel masin sebesar tapak tangan (boleh beli kat kedai Viet kat Preston), sengenggam udang geragau, sengenggam udang fresh kecil-kecil dibuang kulit

Bahan-bahan C (ulam-ulaman dan dipotong-potong)

Daun kesum, timun, bawang, kacang panjang, cili merah, bawang goreng, bunga kantan dan limau nipis (kalau jumpa)

* Timun untuk laksa johor ni ada cara potong dia. Tak sama macam cara potong untuk makan rojak atau sumbat dalam tahu sumbat. Tapi aku tak reti nak describe cam ner. Yang bahagian tengah dalam timun tu memang tak pakai. Pandai-pandai koranglah yer… Malam tadi ada tengokkan macam mana rupa timun tu? ;p

Bahan-bahan lain

Rempah kari daging 2 pek kecil, 2 sudu besar kerisik kelapa, 1 sudu petis, santan 2 tin, gula dan garam secukup rasa, asam keping, jus lemon * boleh ganti dengan tamarin.

Sambal belacan istimewa Neezam.

Cara-caranya…

Bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan A sampai garing, jangan sampai hangit ye tuan-tuan dan puan-puan.

Then masukkan rempah kari daging. Goreng sekejap.

Masukkan bahan-bahan B bersama-sama petis dan kerisik kelapa. Bila petis dan kerisik dah cair dengan kuah tadi baru masukkan garam dan gula secukup rasa, asam keping, dan lemon juice. Sukatan manis, masin dan masam ikutlah citarasa masing-masing yer.

Oh ya… masukkanlah jugak daun kesum, tambah sedap kalau ada bunga kantan. Tapi kat sini aku tak pernah jumpa bunga kantan.

Last sekali masukkanlah santan. Bila dah mendidih tutuplah api.

Untuk speghetti nyer. Just rebus macam biasa. Tapi jangan lupa masukkan minyak dalam air rebusan tu supaya speghetti tu tak melekat-lekat bila dah masak nanti.

Siap untuk dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman dan sambal belacan! Sedap ketika dimakan panas-panas. Yum yum…


*juliet le sweetheart : mula aktif memasak bila dah duduk kat sini. Kat M’sia dulu malasssss…


Saturday, July 5, 2008

Peeerrrrggghhhhh…!

Fyi, kat sini memang susah sangat nak dapat ikan pari. Kalau ternasib baik jer bleh jumpa. Tu pun tersangat-sangatlah jarangnyer. Yang ada kat sini ikan pelik-pelik jer, rasa pun tak sedap. ;p

Tapi hari ni, dalam konpius-konpius nak beli ikan apa kat pasar pagi tadi, aku ternampak plak kelibat ikan pari. Ya Allah! Excited giler ar! Aku ni memang giler ikan pari. Tak kiralah masak apa, kalau ikan pari semua sedaaaappp…

Tambah special lagi sebab Neezam dengan rela hati untuk memasak dinner yang tersangatlah sedapnya. Take a look!



Serius sedap! Sehingga menjilat jari! Peeerrrggghhhhh!

Kenyang!

Alhamdulillah...


*juliet le sweetheart : menu pari esok, lusa, tulat > asam pedas, goreng bercili, dan bakar lagi!



Tuesday, July 1, 2008

From Segamat with luv

Posto! Posto!


Guess what I’ve got today?


Guess what in it?


Oooooo… sangat soka!

Crystal’s brooch! Sangat sepadan dengan set kristalku yang sedia ada! Suka! Sangat suka!

I received this birthday presie from my in-law. From Malaysia with luv. Sungguh terharu… Sungguh suka… Sungguh gumbira beta hari ini. Never expected to get this beautiful pressie.

And also the sweater. Memula tu ingatkan tudung. Ngok! Hehehehe… rupanya sweater. Katanya dari Bandung ye? Suka jugak! It makes me warm and I’m wearing it at this moment I’m writing this post. Hehehhe…

Tqsm mak, ayah and adik-adik! Luv ya sooooo muchy!


*juliet le sweetheart : I’ve told ya I’m soo lucky!:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top