♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 30, 2008

Being 28 - The day to be remembered

Today is a special day! A very special day for a special me! Hehehehe…

Today is my birthday. It’s 28. Another year added to my age. Thanks Allah for this another year of my beautiful life. And this is my second year I’m celebrating my birthday here in Melbourne, just with both of my lucky charms. Though I don’t have a big celebration but I still enjoyed the day. And of course as my special day today, Neezam let me cuti-cuti and he done all the house works. Hehehhe…

Actually this year I’m celebrating my birthday in a very unusual way. No big surprises from my hubby dear as he always did every year before; 26th, 27th. He said that a few weeks before my birthday, he was very very very busy and still, but I understood and I don’t mind at all. In fact, semalam pun dah keluar shopping habiskan duit kat Smith St. Hehehe… Oklah tu… Aku ni memang suka shopping! *Pst… This weekend gi DFO plak yer bang…

This morning, after a morning birthday greeting with warm kisses from both my buchuk macham, they replayed my birthday’s presentation that he created for me last year. And yeah… I still love it! And I got an Elizabeth Arden 5th Avenue perfume from my hubby. Tqsm! Suka sangat bau dia.

After breakfast yang ditaja sepenuhnya oleh my mr. hubby, we went to SARA for futsal training. Hehehhe… Boleh tak? Masa hari jadi gi main futsal? And the best part is, I as a striker, who always got at least one goal before this, got no goal today! Very sedih ok. Huhuhuhu… And and and… ada lagi… Bola yang ditendang oleh entah siapa itew jatuh terjelepuk betul-betul kat atas batang hidung beta yang mancung ini. Sakit wooooo… kemek hidungku. Hadiah birthday tu! Hehehe… Tak kesah pun. Adat kan… Well, I’m enjoying futsal so much now! Kengkawan pun best! Spoting habis!

~Part of our futsal team. Ramai lagi yang tak dapat datang ni...~

Penat main futsal terus balik melepak kat rumah. Tapi sebelum tu sempat gi cari cheesecake kat cheesecake house. Yum yum… Sedap!!!

Malam, en din invited us to their house. Kak Gee made me a very moist delicious chocolate cake. Sunggu terharu ok… Huhuhu… Dan rasanya supper dupper yummie. Neezam lengkapkan lagi makan malam kami ni dengan 2 family size cheesy pizza from Yasin. Semua sedap!


~Very special kak Gee’s homemade moist chocolate cake. Yummie!~


Thanks to all who greeted me; hubby, Niesreena, mak, abah, PIL, adik-adik, sepupu sepapat, kengkawan semua. I really appreciate it! I never expected so much warm greetings. Tqsm!



*juliet le sweetheart : just lucky to be me!


Sunday, June 29, 2008

Siti Nuha Amni

Semalam kami ke Gippsland. Melawat Lindah dan suaminya, Kamal yang baru sajer mendapat gelaran ibu dan ayah. Diorang dikurniakan seorang puteri yang sangat comel berpipi merah dan bermata sepet. Sangat comel! Sehingga membuatkan aku nak baby hari itu jugak! Huhuhu… boleh tak? Baby express…

Perjalanan ke Gippsland dari Bundoora mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sangatler jauhnya. *Apasallah ko study jauh sangat Lindah oiiii…* Nasib baik Niesreena tidur most of the time. So, tak der lah Niesreena nak mengamuk sangat bila boring duduk kat baby seat dia tu.

Permandangan sepanjang perjalanan sangat cantik. Macam biasalah, kawasan padang ragut yang sangat luas saujana memandang, kadang kala diserikan dengan pokok-pokok yang menghijau, serta kuda, biri-biri dan lembu yang dok melepak-lepak. Kadang-kadang tersesat jugak alpakas seekor dua.

Kitorang sampai kat rumah Lindah tepat pukul 12 tengahari. Perut masing-masing menyanyi-nyanyi sebab bersarapan roti jer pagi tadi. Tuan rumah sekali jemput jer terus masing-masing ambil pinggan, dah tak pandang kanan kiri, dah terlupa baby. Hehehe…

p>Niesreena asyik jer tengok baby Nuha yang comel tu. Dia macam pelik jer tengok ada orang sekecik tu (kot). Hehehe…

Sebelum balik ke Melbourne, kitorang sempat singgah di Monash Uni, Gippsland. Tak berapa jauh pun dari rumah diorang. Permandangan kat sana sangat cantik dan tenang. Siap ada kilang ‘buat-awan’ lagi. Huhuhu…

Lepas snap a few pics, kitorang terus balik ke Bundoora tercinta. Ingat nak singgah kat Philip Island, sebab on the way ada nampak sign board ke sana tapi bila tengok map, co-driver kata "kalau nak ke Philip Island bukak singgah yer, tapi lajak", so terus cancel. Sedih tol! May be next time.

Kepada Lindah dan Kamal; tahniah kerana dikurniakan baby Nuha yang comel. Semoga Nuha menjadi anak yang solehah. Bermulalah pengalaman tak boleh tidur malam korang yer. Hehehe… Banyak-banyak bersabar ok! Kena ingat, tak semua orang dapat pengalaman macam kita ni. Congrats!


*juliet le sweetheart : Niesreena pun sangat comel masa kecik dulu… sehinggalah sekarang… still comel!


Tuesday, June 24, 2008

Enche Neezam yang sangat bz

Bz…. Bz sangat lakiku itu… Bukan setakat bz dengan writing, tapi juga bz membantu kengkawan samada yang tak berapa kenal, baru kenal, tak nak kenal atau yang dah lama kenal. Ni pun Neezam ponteng lagi ke office *yang ke sekian kalinya* sebab gi pusing-pusing cari rumah.

Setiap tahun, bulan 6 & 7 akan ramai sangat students baru (with or without family) akan datang ke bumi Melbourne ni. Dan sejak kebelakangan ni ramai yang akan join kitorang as who should I called as Bundoorian? Yaikssss… Sounds like durian plak ek? No no… Hmmm… Budooran? Nop… Better called as warga Desa Bundoora, right? Seronok ramai-ramai… Nampaknya makin rancak warga Malaysia nak join kitorang kat sini.

Teringat masa kitorang mula-mula sampai ke bumi kangaroo ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kitorang ke sini. Dari Malaysia lagi kitorang dah dapat rumah. Walaupun rumah ‘banglo’ kitorang ‘besar’ sangat (well, u know what i mean…), tapi kitorang sangat selesa. Tuan rumah pun tersangatlah baik hati.

First week kat sini kitorang asyik hentam makan nasi dengan telur dan sardin jer sebab tak tak jumpa kedai halal. Hujung minggu pertama tu barulah pandai nak ke Preston Market cari daging-daging halal, ikan dan sayur.

Dulu kitorang tak der kereta. Tak terfikir pun nak beli kereta. So, gi mana-mana naik tram jer. Kena jalan 15 minit dari rumah. Fuuuuhhhhh… penat tau.

Then kitorang balik Malaysia. Disebabkan rumah yang ‘besar’ sangat so we decided to let go the house and hunt for a bigger one. Alhamdulillah bila balik ke sini semula terus masuk rumah baru yang sedia cukup kelengkapan, bigger dan sangatlah selesa. Inilah rumah yang kitorang duduk sehinggalah ke hari ini.

Of course masa kitorang datang dulu pun banyak juga minta bantuan kengkawan yang sedia ada kat sini expecially kak Tasha. Tq so much!

Haa… bila balik sini semula baru Neezam terfikir nak beli kereta *setelah diracun dengan budak-budak bola. Dan kitorang bersyukur sangat sebab dapat beli kereta dengan harga yang sangat murah. Just aud$1300 for our small red charade. Second rank pembeli kereta termurah. First place is still being hold by kak Ema who was bought a car just aud$100. Yes! $100. And it’s a car! Bukan keter mainan ye. And I bet, she will hold that title like forever and ever! Agree?

Alhamdulillah, overall, hidup kat sini memang dah stabil dan senang. Hati pun senang, kawan pun ramai. Bersyukur sangat sebab Allah sentiasa memberi jalan mudah.

Tapi kadang-kadang aku kesian jugak kat Neezam. Selalu sangat menolong orang sampaikan tak der masa untuk diri sendiri. Tapi aku tau Neezam memang sangat seronok bila dapat bantu orang. Memang character dia macam tu sejak aku kenal dia kat UTM lagi.

Well, aku harap Allah permudahkan segala urusan Neezam samada dari segi study dan juga dalam dia menolong-nolong orang tu ~ dapat rumah elok untuk diorang, dapat kereta elok untuk diorang, dapat kawan elok untuk Neezam…


*juliet le sweetheart : waiting for him…


Saturday, June 21, 2008

Aku terliur

Teringin nak makan putu mayam…Mana nak cari putu mayam kat bumi Melbourne ni?


*juliet le sweetheart : banyak lagi teringin nak makan... macam orang mengidam plak... hehehe...



Thursday, June 19, 2008

Nip / tuck anybody?

Weekdays, 6.30 petang, seperti biasa aku dan Neezam mesti duduk depan tv, tengok samada ‘Today Tonight’ atau ‘A Current Affair’; depends on their topics on that day. Beberapa hari yang lepas memang kitorang merancang untuk tengok TT sebab diorang cerita pasal Malaysia. Really excited to hear or watch our beloved country on tv when we’re overseas right? Hehehehe… ;p

Cerita mengenai superb medical tourism di Malaysia. Kindda promoting Malaysia la.
Then tetiba terlintas plak kat fikiran Neezam untuk menulis artikel mengenai topik tu. So, inilah hasilnya… Artikel Neezam di Utusan Malaysia hari ini…

Menyuburkan industri pelancongan perubatan Malaysia

TERDAPAT sesuatu yang cukup istimewa dalam laporan khas yang ditonton oleh penulis melalui sebuah stesen televisyen di kota Melbourne baru-baru ini. Dalam rancangan Today Tonight yang mendapat rating penonton yang cukup tinggi telah memaparkan tentang pengalaman manis beberapa warga Australia yang melalui apa yang dikatakan sebagai ‘Pelancongan Perubatan’ (Medical Tourism) di Malaysia.

Malaysia digambarkan sebagai destinasi pilihan selain beberapa negara lain di Asia untuk ‘berubat sambil melancong.’

Memetik kata-kata seorang responden dalam laporan berita ini iaitu Lynda Clifford, warga Australia berusia 48 tahun, pe- ngalamannya di Kuala Lumpur baru- baru ini digambarkan sebagai ’sambil menyelam minum air’ kerana dia melalui sesi-sesi rawatan ‘fizikal, emosi dan spiritual.’

Lynda telah berjaya melalui pembedahan wajahnya yang diseliakan oleh Dr. Nasir Zahari seorang doktor Melayu tempatan, di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Dia diberikan juga rawatan bersifat kaunseling bagi memberikan keyakinan kepada dirinya sebelum dan selepas sesi pembedahan.

Dalam masa yang sama, Lynda turut berkesempatan melancong di lokasi-lokasi menarik di sekitar tanah air kita selepas menjalani pembedahannya itu.
Begitu juga dengan pengalaman Rosie Bates, 34 tahun, yang melalui pembedahan perut dan liposuction di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Rosie mengakui bahawa dia mendapat layanan ‘lima bintang’ sepanjang berada di Malaysia dan bersyukur kerana di samping kejayaan pembedahannya, dia dan suami dapat menghabiskan masa melancong pada kos yang dianggap sangat berpatutan.

Kisah Lynda dan Rosie ini adalah sebahagian daripada ribuan rakyat Australia bahkan kebanyakan negara maju yang lain, yang mengiktiraf akan kemampuan dan kepakaran pengamal perubatan dan teknologi perubatan di Malaysia yang setanding dengan apa yang ada di negara mereka sendiri.

Tambahan lagi bahawa kos yang perlu dikeluarkan untuk ‘menyelamatkan nyawa dan maruah’ atau ‘mencantikkan tubuh badan’ adalah begitu murah jika dibandingkan dengan rawatan di negara mereka sendiri. Apatah lagi jika kos yang di- kenakan adalah turut merangkumi pakej percutian yang cukup hebat kerana Malaysia memang terkenal memiliki sebegitu banyak tempat-tempat menarik.

Melalui laman web www.malaysiahealthcare.com, dinyatakan bahawa terdapat beberapa pusat perubatan dan hospital swasta dan kerajaan yang menyediakan pakej-pakej tertentu dalam ‘percutian perubatan.’ Beberapa jenis rawatan perubatan yang popular kepada kalangan ‘pelancong perubatan’ juga disenaraikan termasuklah rawatan kardiologi, ortopediks, pergigian, pembedahan kosmetik sehinggalah kepada prosedur pembedahan minor.

Menurut Dr. Norman seorang pakar perubatan tempatan Australia dalam temu bual berita Today Tonight ini, kos keseluruhan untuk menikmati satu-satu pakej pelancongan perubatan ini secara puratanya adalah satu pertiga daripada kos yang terpaksa ditanggung di Australia.

Dalam kes Lynda, dia hanya mengeluarkan belanja AUD11,600 (kira-kira RM35,000) untuk pembedahan sekali gus percutian di Malaysia berbanding AUD20,000 (RM60,000) hanya untuk kos pembedahan. Ini jelas menunjukkan Malaysia sememangnya telah berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu hub pelancongan perubatan yang bertaraf dunia.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) terdapat peningkatan positif dalam jumlah pelancong asing yang mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia iaitu seramai 296,687 orang pada tahun 2006 berbanding 75,210 sahaja pada tahun 2001. Ini merupakan satu perkembangan positif dalam industri pelancongan perubatan ini yang mana ia dikatakan telah berjaya menjana pulangan kewangan sebanyak RM203.66 juta sehingga tahun 2006 yang lalu.

Apabila cerita tentang kualiti perubatan di Malaysia diuar-uarkan dalam media massa antarabangsa misalnya seperti di Melbourne, ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat dunia telah membuka ‘mata hati’ untuk tidak terlalu berideologikan tanggapan bahawa hanya negara maju yang pakar dalam dunia perubatan.

Kita tentunya tidak mahu mendengar komen-komen negatif daripada pihak luar yang mengatakan bahawa sektor pelancongan perubatan di Malaysia adalah merugikan bahkan mengancam nyawa pelancong yang mengikuti satu-satu proses rawatan di sini.

Sebagai mana yang ditegaskan dalam laporan Today Tonight, 59 peratus pelancong perubatan warga Australia terpaksa mendapatkan rawatan semula di negara sendiri kerana kegagalan pembedahan yang dilakukan di negara luar.

Untuk itu pihak-pihak yang terlibat harus membuktikan bahawa negara kita benar-benar berupaya memberikan rawatan yang bertaraf antarabangsa kepada para pelancong.
Seterusnya, kita perlu bijak mempromosi dan memasarkan industri pelancongan perubatan ini ke seantero dunia. Bidang kepakaran dan jumlah doktor pakar perlu ditambah bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelancong yang pelbagai dan meningkatkan peratusan kejayaan perawatan. Memang masih wujud konotasi dalam kalangan masyarakat dunia bahawa risiko kegagalan pembedahan di Malaysia adalah tinggi berbanding di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat atau pun Eropah dan ia perlu ditangani dan diperbetulkan dengan sewajarnya. Kejayaan-kejayaan pembedahan yang dilakukan di Malaysia perlu mendapat liputan meluas dalam internet, media massa ataupun jurnal perubatan antarabangsa bagi memupuk keyakinan dan kecenderungan masyarakat dunia untuk bertandang ke Malaysia.

Begitu juga halnya dengan peranan pengusaha sektor pelancongan dan pengangkutan. Kelihatannya syarikat penerbangan antarabangsa dan tempatan berlumba-lumba untuk menawarkan tambang penerbangan yang murah daripada pelbagai destinasi di seluruh dunia ke Malaysia. Ianya perlu dijadikan sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan tempatan. Hotel-hotel, pusat peranginan, homestay, pusat pelancongan, muzium, galeri seni, kraftangan, industri desa dan sebagainya perlulah bijak menawarkan promosi-promosi istimewa yang mampu menarik minat pelancong asing. Kualiti perkhidmatan dan produk perlu ditambat ke ‘status antarabangsa’ namun pakej harganya masih bersifat ‘tempatan’ di mana bukan sahaja pelancong asing bahkan rakyat Malaysia sendiri akan galak untuk bertandang dan menikmati promosi yang ditawarkan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia juga, kita turut berperanan dalam memakmurkan industri pelancongan perubatan ini secara tidak langsung. Senyuman, ucapan salam dan layanan mesra yang tidak putus-putus harus diberikan sejak langkahan pertama dihayun oleh para pelancong di lapangan terbang sehinggalah ke restoran atau kedai-kedai runcit yang dikunjungi mereka. Serlahkan ‘wajah sebenar’ kita yang kaya dengan adab, budi pekerti dan nilai sopan-santun yang diwarisi sejak zaman berzaman. Adalah diyakini bahawa ramai pihak akan terus data menikmati hasil lumayan daripada industri pelancongan perubatan ini dengan syarat keyakinan dunia terhadap kemampuan Malaysia dalam bidang ini perlu terus dipupuk dan dikekalkan.


*juliet le sweetheart : I think I need a liposuction. Hehehe…

Wednesday, June 18, 2008

Tak sihat lagi *sigh*

Akhirnya Niesreena tidur jugak… Dari tadi asyik main jer walaupun mata dah lama tunjukkan tanda-tanda mengantuk. Manalah Niesreena tak mengantuk… Niesreena bangun awal sangat, sama-sama dengan kitorang sembahyang subuh pagi tadi. Terus aktif… main… tengok wiwi…

Cam tu lah Niesreena setiap hari. Aktif jer setiap masa walaupun sebenarnya badan dia tak sihat. Since last week Niesreena demam. Temperature badan Niesreena naik 37.8. Warm jer bandan dia. Ditambah pulak dengan batuk dan selsema. Tapi alhamdulillah, sekarang ni badan Niesreena dah kebah. Cuma selsema dan batuk yang masih tak baik-baik lagi.

Bila Niesreena tidur, boleh dengar bunyi mukus yang ada kat dalam hidung dia. Sesekali Niesreena batuk. Batuk Niesreena tak berhenti-henti membuatkan sekali sekala Niesreena marah sebab tidur dia terganggu. Kesian anak mama…

Masalah aku sekarang ni ialah Niesreena susah nak makan ubat. Tu yang buatkan aku marah sangat kat dia. Bila tau jer aku nak bagi ubat, habis mulut dia ditutup rapat-rapat, tangan meronta-ronta. Puas main earoplane dengan Niesreena tapi dia tak nak nganga jugak! Aku cuba masukkan ubat dalam susu atau jus. Tapi dia tau plak. Mungkin sebab rasa susu jadi lain. So, dia tak nak plak minum susu atau jus tu. Geram betul… Aku cuba bagi waktu dia tidur. Mula-mula jer dia telan. Pastu… dikuncinya mulut dia. Nak wat cam ner ek? Hmmmm… hanya Neezam jer yang berjaya bagi dia makan ubat setiap kali.

Hopefully Niesreena akan cepat sembuh. Tak tahan tengok Niesreena sakit. Kesian kat dia…



*juliet le sweetheart : risau...


Saturday, June 14, 2008

Budaya Malaysia tak luntur di Bundoora

Aku suka artikel Neezam yang kuar kat paper Berita Hairan Harian hari ni. Ia mengenai majlis post-perkahwinan yang kitorang organise untuk pengantin baru, Kak Tahsa dan suaminya Mufleh (Credit to Kak Ema yer… The best organizer ever…) Kenapa suka? Sebab bila baca artikel tu aku teringat masa majlis tu. Walaupun tak der kompang atau bunga manggar tapi suasana memang sangat meriah. Memang best, expecially sessi Neezam berbalas pantun dengan kak Tasha Wawa *bukan pengantin, nama sama*. Spontan dan menjadi… hehehhe…

Tambah best hari tu sebab ada banyak sangat makanan Malaysia; soto, roti jala, kari, rojak. First time jugak aku rasa nasi kambing yang best. Karipap pusing yang aku buat (test kali ketiga) pun liciiiiinnnnn… Seronok bila tengok makanan yang kita buat habis licin. Tambah seronok lagi bila orang kata kite masak sedap. (The next weekend aku dapat tempahan 60 biji karipap pusing :D. Bila citer kat mak, mak aku tak percaya) Hehehhe…

So, inilah artikel Neezam tentang majlis tersebut….

Budaya Malaysia tak ‘luntur’ di bumi asing

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

BEBERAPA hari lalu kami di Bundoora, sebuah kawasan pesisiran kotaraya Melbourne menyambut secara meriah dua rakan kami yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka sebenarnya melangsungkan majlis akad nikah dan perkahwinan lebih awal di Malaysia. Namun, atas semangat dan jalinan ukhwah yang begitu kuat di kalangan yang rata-ratanya menuntut di sini, kami mengadakan sekali lagi majlis perkahwinan serba sederhana untuk mereka.

Walaupun jumlah tetamu yang hadir tidaklah begitu ramai berbanding majlis perkahwinan di tanah air, suasana ‘berewang’ dan kenduri tetap dapat dirasakan. Hiruk-pikuk rakan taulan berbual mesra, anak-anak berkejaran, kaum ibu yang sibuk menghidang dan menyiapkan juadah, serta pasangan pengantin yang masih tersipu-sipu melayan tetamu adalah rencah hidup bermasyarakat. Penulis kira ‘takkan lekang dek panas, dan takkan lapuk dek hujan’ walaupun beribu-ribu batu jauhnya dari tanah air. Adat resam Melayu yang penuh dengan kesantunan dan budi bahasanya cukup erat dipegang dan dizahirkan dalam majlis serba sederhana ini.

Majlis dimulakan dengan tetamu yang berkumpul beramai-ramai dan berarak bersama-sama menuju ke rumah pengantin. Seorang wakil rombongan memberikan salam di pintu dan tidak lupa menjual beberapa rangkap pantun sebagai ‘buah tangan’ kepada tuan rumah. Selepas dijawab seadanya juga dengan pantun, hadirin dipersilakan masuk disusuli dengan hadiah perkahwinan tanda ingatan tulus dan ikhlas buat pengantin.

Sesungguhnya, syariat Islam itu sesuatu yang menjadi tunjang dan pedoman kepada amalan manusia dalam kehidupan. Justeru, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas dan doa selamat, memohon supaya bukan saja rumah tangga pengantin diberi rahmat oleh Allah, bahkan mendoakan agar semua tanggungjawab dan urusan ‘duta-duta negara’ ini dapat disempurnakan dan diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya. Hadirin juga bersolat secara berjemaah sebagai memenuhi tuntutan rukun Islam yang perlu dilunaskan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Hidangan untuk kenduri sederhana ini tidak lari daripada konsep makanan biasa di Malaysia, iaitu nasi beriani kambing. Ditambah lagi dengan sedekah berkonsepkan ‘pot-luck’ oleh sebilangan tetamu yang menghidangkan rojak, soto, karipap dan roti jala, maka terubatlah kerinduan sesiapa saja terhadap masakan ala Malaysia yang cukup sukar diperoleh di sini.

Pada hemat penulis, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada budaya bermasyarakat seperti ini. Pertamanya, adat resam adalah sesuatu yang cukup mahal harganya. Mahal kerana ia melambangkan identiti warisan bangsa yang perlu dipupuk dan dipertahankan sebaik mungkin tidak kira di manapun kita berada. Dalam hal ini, walaupun komuniti warga Malaysia kecil, namun setiap individu begitu kental nilai jati dirinya tanpa hilang walau berada di negara orang.

Keduanya, sekental manapun adat resam yang dipegang, ia perlulah bertunjangkan kepada pegangan syariat Islam yang jitu kerana Islam itu cara hidup. Firman Allah, yang bermaksud: ”Sesungguhnya agama (cara hidup) yang benar di sisi Allah hanyalah Islam semata-mata".

Jangan terperanjat jika diberitahu bahawa ada sebilangan kita yang seakan-akan lupa mana diletakkan sejadah dan al-Quran dan mereka begitu mudah memberi alasan terlalu sibuk dengan urusan dan hal ehwal peribadi. Hakikatnya, sebagai seorang manusia yang bertakwa, tidak kira di mana kita berada, pada bila-bila waktu dan berhadapan dengan apa urusan sekalipun, syariat Islam itu perlu ditegakkan.

Hak kita kepada Allah perlu dilunaskan kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai makhluk ciptaan-Nya. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah adz-Dzaariyat, ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".

Ketiganya, dalam konteks hubungan sesama manusia, kita sememangnya sangat digalakkan untuk bercampur gaul, berasimilasi dan memupuk silaturahim sesama rakan berlainan negara, agama dan bangsa. Ini kerana ia adalah fitrah manusia yang perlukan sokongan sosial dan moral daripada individu lain. Rasulullah sendiri menegaskan akan kepentingan silaturahim dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: "Sesiapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung silaturahim".

Begitu juga kita perlu ada rasa mengambil berat dan ada perasaan kasih kepada mereka yang seagama, sebangsa dan senegara dengan kita. Jika tidak wujud perasaan sebegini, itu jadinya apabila ada dalam kalangan kita yang keluar negara kadangkala akan bersua dengan orang senegara, sebangsa dan seagama tetapi terlalu ego dan sombong untuk membalas sapaan dan ucapan salam yang kita berikan.

Bahkan senyuman yang disedekahkan, ada kalanya dibalas dengan jelingan tajam penuh kejengkelan. Begitu juga bila diundang untuk ke majlis tertentu anjuran rakan senegara, orang sebegini pasti akan memandang sepi semata-mata. Inilah senario yang perlu diubah dalam sesetengah masyarakat Malaysia di luar negara. Apa seronoknya untuk menjadi ‘kera sumbang’ yang berasakan tidak layak untuk rakan senegara dan sebangsa bercampur gaul dengan mereka? Kalau sakit pening nanti, yang dicari untuk mendapatkan pertolongan, pastilah dalam kalangan rakan senegara dan sebangsa ini juga.

Untungnya senario di bumi Melbourne ini, bahkan mungkin di beberapa negara lain ada perkumpulan pelajar dan perantau Malaysia yang begitu aktif melaksanakan aktiviti keagamaan dan kebudayaan yang memberikan banyak manfaat kepada mereka sendiri dalam mengingatkan diri akan kepentingan untuk berpegang utuh kepada syariat Islam, memartabatkan budaya bangsa dan hidup bersatu-padu.

Kelas agama, ceramah patriotik, forum yang membariskan tokoh negara sebagai ahli panel atau penerbitan makalah berorientasikan hal ehwal tanah air antara usaha murni yang patut diteruskan sebagai bukti kecintaan kita kepada agama dan tanah air.

Inilah yang dinamakan sebagai ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri’, namun masih rindu dan teruja untuk ‘berhujankan batu’ di negara sendiri. Kesimpulannya, tidak kira di mana kita berada, ajaran Islam dan nilai murni dan budaya yang dipupuk dalam diri kita ini perlulah kita pertahankan dan diserlahkan sebagai tatapan umum di bumi asing. Barulah bangsa asing akan nampak betapa tingginya martabat kita sebagai umat Islam dan bangsa Malaysia yang hebat ketamadunan dan kaya budi pekertinya.

Penulis berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia dan sedang melanjutkan PhD di La Trobe University, Melbourne, Australia.


*juliet le sweetheart : suka bagi orang makan... :)


Friday, June 6, 2008

Yang ke setahun setengah

Hari ni genap usia Niesreena 18 bulan. Dah setahun setengah dah anak mama dan ayah sorang ni. Rasa macam kejap jer tau. Tengok-tengok dah besar. :’)

Korang yang ada anak tu... pernah tak sekali sekala rasa rinduuuuu sangat dekat anak korang? Maksud aku rindu masa diorang kecik-kecik dulu; masa tak der gigi lagi, baru nak pandai pusing, baru nak pandai bercakap, baru nak pandai berjalan, baru nak pandai makan, baru nak wat memacam lah…

Aku kadang kala ada rasa macam tu tau… Pelik tak? Bila aku tengok balik gambar-gambar Niesreena masa kecik-kecik dulu, rasa rinduuuu sangat kat Niesreena yang kecik tu.

Masa Niesreena tak der gigi lagi, aku suka masukkan jari aku dalam mulut Niesreena, bagi Niesreena gigit. Tak sakit. Comel jer Niesreena gigit-gigit sambil wonder apalah yang sedang digigitnya tu kan. Sekarang ni kalau bagi Niesreena gigit, mahu putuslah jari aku, sebab gigi Niesreena dah berderet. Recently ada 17 batang dah gigi Niesreena. Cantik gigi Niesreena. Putih dan teratur jer. Comel bila Niesreena tersenyum tunjukkan gigi dia.

Masa Niesreena tak pandai merangkak, mama dan ayah selalu kena dokong Niesreena sebab Niesreena tak suka baring. Niesreena suka didokong. Even baring dalam stroller pun tak nak. Kalau keluar, aku dan Neezam bergilir-gilir dokong Niesreena dalam 'poket kanggaroo’. Kadang-kadang sampai sakit tulang belakang kitorang. Nasib baik masa tu Niesreena ringan jer. Bila balik bercuti kat Malaysia, baru Niesreena pandai merangkak. Mungkin masa kat sini kitorang selalu letak Niesreena atas katil, kononnya sebab lembut untuk Niesreena. Tapi bila balik Malaysia, letak atas karpet jer, terus cepat jer Niesreena merangkak. Siap merangkak naik tangga lagi (ni ayah tok dia kat Segamat yang ajar). Seronok tengok Niesreena naik tangga masa tu. Maklumlah 1st time. Sekarang ni Niesreena suka betul main kat tangga, konon advantures lah bagi dia. Tapi setiap kali Niesreena main kat tangga mesti aku jerit, "Jangan!!! Nanti jatuh!!!"

Masa Niesreena tak pandai jalan dulu, aku selalu pegang kedua-dua tangan Niesreena, ajar dia berjalan. Tapi bila Niesreena dah boleh duduk sendiri without support, kitorang mula dudukkan Niesreena dalam walker. Nasib baik Niesreena suka. Berjalan ke sana, ke mari. Kadang-kadang aku letak Niesreena dalam walker sambil biarkan Niesreena tengok tv. Masa tu dah senang, tak payah nak dokong selalu dan aku pun senang nak buat kerja rumah. Niesreena kadang-kadang duduk dalam walker tu sampai tertidur-tidur. Cian anak mama. Bila Niesreena 11 bulan, Niesreena dah pandai jalan. Sekarang ni Niesreena sukaaaa sangat berjalan dan berlari. Tak nak duduk dalam stroller atau troli bila keluar. Nak jalan gak! Waktu ni, aku dan Neezam plak penat berlari, nak mengejarkan Niesreena yang asik ke sana ke mari. Fuuuhhhhhh…

Masa Niesreena baru mula nak makan dulu, kitorang beri Niesreena Heinz fruit puree. Masa tu Niesreena berusia 4 bulan. Niesreena suka makan fruit puree. Sehari makan sebotol. Bila masuk 6 bulan. Kitorang tambah custard plak. Sehari 2 botol. Pun Niesreena suka jugak. Bila masuk 8 bulan, kitorang mula bagi Niesreena makan nestum. Sehari 3 kali. Banyak Niesreena makan. Pantang ulur sudu, mesti nganga jer. Tapi sekarang ni Niesreena dah tak berapa kuat makan tapi Niesreena kuat main. Susah sangat nak bagi Niesreena makan. Aku bagi Niesreena makan nasi 2 kali sehari. Sekali makan ambil masa 2 jam! Tu pun jarang-jarang habis. Tapi nasib baiklah Niesreena membesar dan berisi gak. Tak lah kurus kering sebab tak makan.

Rinduuuu sangat masa Niesreena kecik-kecik dulu. Nasib baik ada gambar dan video aksi-aksi Niesreena dulu-dulu. Geram tengok! Masa tu Niesreena montel sangat! Hehehe… Tapi sekarang pun Niesreena montel jugak. Tambah comel lagi. Banyak aksi dan keletah plak sekarang ni. Buat aku tambah sayang sangat kat puteri aku sorang ni.

Akan datang nanti mesti aku rindu pulak waktu-waktu Niesreena yang sekarang ni. So, better aku manfaatkan waktu pembesaran Niesreena ni sebaik-baik mungkin kan. Lagipun tak semua emak dapat rasa pengalaman dengan anak sebagaimana aku rasa. Lebih-lebih lagi emak yang bekerja. Bersyukur sangat kerana aku diberi pengalaman manis macam ni.


*juliet le sweetheart : teringin nak kembar plak lepas ni… ;p

Thursday, June 5, 2008

Harga minyak naik lagi

Ramai mengeluh harga minyak naik, termasuklah aku *sigh*. Harga minyak kat Malaysia naik mendadak 78 sen! Dasyat kan dengar, hampir satu hengget tu. FYI, harga minyak kat Melbourne ni pun naik gak. In fact, asyik naik jer! Bilalah harga minyak ni nak turun? *Logik tak soalan aku tu? ;p* Harga minyak kat Melbourne ni dah naik berbulan-bulan yang lepas, naik sikit-sikit; tiap-tiap bulan naik beberapa sen and still continuing, sedangkan masa tu Malaysia tak naik-naikkan harga minyak pun. Gomen Malaysia masih baik hati lagi menampung harga minyak yang semakin naik hinggalah semalam. Mungkin dah tak termampu nak tolong lagi. So, terpaksa jugak naikkan harga minyak. Kalau nak total kenaikan harga minyak kat Malaysia compared to Australia atau negara-negara lain, harga minyak kat Malaysia memang murah.

Bertuah kite kat Malaysia sebab harga minyak walaupun naik 78 sen, still jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Kalau tak, takkan lah orang-orang Singapore dan Thailand gila-gila masuk negara kita semata-mata nak isi minyak. Betul tak? So korang bersyukurlah. Kerajaan naikkan harga minyak ada sebabnya. Bukan sukati jer nak naikkan harga. Percayalah cakap aku. *Nampak sangat tak aku ni penyokong kerajaan?* Hahahaha...

Nway, honestly aku bukanlah 100% menyokong apa sajer yang kerajaan buat tapi sekurang-kurangnya kite kena cuba berfikiran rasional sikit. Jangan terus naik hangin dan memberontak. Korang yang marah-marah sebab harga minyak naik tu, tau tak kenapa sebenarnya harga minyak naik? Haaaa... cuba cari jawapannya yer murid-murid...

Rentetan dengan kenaikan harga minyak, maka harga barang-barang keperluan harian mesti akan naik jugak. Itu dah macam tradisi setiap kali minyak naik rege. Tapi gaji jugak yang tak naik-naik. Ye tak? So, kite sebagai rakyat jelata ni terpaksa ikutlah arus globalisasi ni. Boleh kalau cuba nak menongkah arus, but it will takes a very hard work dan berbaloi ke? May be lepas ni kite boleh amalkan sifat berjimat cermat; berjimat dalam berbelanja, berjimat dalam penggunaan air dan elektrik, berjimat dalam semua aspek lah. Even kalau jarang keluar boleh jimat sikit minyak kereta.

So, hari ni artikel Neezam di suratkhabar Utusan Malaysia mengenai sifat berjimat cermat yang perlu dipupuk oleh kakitangan kerajaan dalam organisasi. Sama-samalah kite berjimat yer...

Pupuk sifat berjimat kakitangan awam

TIDAK dapat tidak, ramai yang mengakui bahawa banyak jabatan awam yang masih tidak dapat menguruskan penggunaan kepelbagaian sumber fizikal dalam organisasi secara berhemah dan bijaksana. Stigma ‘menghabiskan peruntukan tahunan’ yang selalu kedengaran dalam kalangan pegawai kerajaan perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya dalam mengelakkan pembaziran yang sememangnya merupakan amalan kegemaran syaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini meminta kakitangan awam untuk memikirkan dan melaksanakan langkah-langkah berjimat cermat bagi membantu kerajaan mengelakkan perbelanjaan subsidi melebihi aras perbelanjaan operasi yang boleh membawa masalah besar pada masa hadapan.

Secara realistik banyak usaha yang boleh dilaksanakan dalam menyahut seruan Perdana Menteri untuk berjimat cermat. Berikut adalah antara cadangan yang perlu dipertimbangkan dan diambil tindakan segera oleh jabatan-jabatan dan para pekerja sektor awam:

1. Rata-rata, ramai pekerja yang menggunakan konsep ‘pakai dan buang’ dalam penggunaan alat tulis, kerana memikirkan ia boleh didapati dengan mudah dan stoknya banyak. Untuk itu, pengurusan jabatan perlu mengurangkan atau mengehadkan pemberian pen, klip kertas, gam dan sebagainya kepada setiap pekerja kerana alat tulis tersebut boleh bertahan untuk jangka masa yang lama jika ia digunakan dengan jimat dan disimpan dengan cermat.

2. Amalkan kaedah ‘kitar semula’ kertas-kertas A4 dan sebagainya yang telah digunakan untuk tujuan urusan dalaman. Misalnya, penggunaan kertas-kertas terpakai tapi masih boleh digunakan untuk mencetak pekeliling jabatan atau minit mesyuarat. Ia berkesan dalam menjimatkan kos pembelian kertas yang kebiasaannya akan dibuang setelah diguna walaupun ruang di belakang kertas itu masih elok untuk digunakan semula.

3. Aplikasikan teknologi maklumat dan Internet dengan semaksimum mungkin dalam usaha menjimatkan kertas. Misalnya notis panggilan mesyuarat, jemputan menghadiri program, atau pekeliling yang boleh dikirimkan dengan mudah melalui internet.

4. Terdapat sesetengah jabatan yang selalunya akan menghidangkan jamuan makanan semasa mesyuarat. Untuk itu, jabatan kerajaan harus mengikis budaya mengsinonimkan mesyuarat dengan jamuan makan untuk tujuan menjimatkan kos pembelian makanan yang dirasakan tidak perlu bagi kelancaran mesyuarat.

5. Pengurusan setiap jabatan perlu memikirkan kaedah berkesan dalam penggunaan barangan elektrik. Komputer, radio, televisyen, mesin pencetak dan alat pendingin hawa misalnya perlulah diingatkan supaya ditutup jika tidak digunakan seperti ketika waktu rehat atau waktu pejabat berakhir.

6. Kurangkan atau elakkanlah mengadakan kursus, mesyuarat atau pelancaran program organisasi di hotel-hotel mewah yang sememangnya memakan kos perbelanjaan yang tinggi. Apa salahnya jika mesyuarat atau kursus dalaman organisasi dilaksanakan di dalam organisasi sendiri yang mana pada hemat penulis cukup kemudahan dan ruang fizikalnya.

Banyak kos yang dapat dikurangkan, terutamanya kos penginapan, makanan, pengangkutan, petrol dan sebagainya. Apa yang penting adalah aspirasi, matlamat atau resolusi yang diharapkan daripada kursus, mesyuarat dan program itu dapat dicapai, bukan betapa hebatnya lokasi pelaksanaannya.

7. Setiap jabatan kerajaan harus berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan urusan sesuatu transaksi dengan pelanggan. Hal ini sebenarnya memberikan kesan positif bukan sahaja kepada pelanggan bahkan kepada satu-satu organisasi kerajaan itu sendiri.

8. Setiap pekerja harus bijak dan amanah dalam menggunakan masa bekerja dan dalam pengendalian peralatan pejabat. Kita sepatutnya mengikis tabiat-tabiat buruk ini yang mana secara tersiratnya membazir dan merugikan wang kerajaan dan rakyat. Pupuklah etika kerja yang berintegriti dan berpandukan kepada syariat Islam dan pegangan moral.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang dirasakan bersifat realistik dan boleh dipraktikkan secara menyeluruh dalam jabatan-jabatan kerajaan. Satu-satu perubahan yang baru itu sememangnya sukar untuk dilaksanakan, namun seperti kata-kata pujangga barat ‘kejayaan itu bermula dengan langkah pertama’.

Ambillah tindakan sewajarnya daripada sekarang untuk mengikis sikap boros, kurang cermat dan tidak berhemah dalam bekerja sebelum berlaku fenomena dan kesan yang lebih kritikal pada masa hadapan.

Khairunneezam Mohd Noor


*juliet le sweetheart : kadang-kadang susah nak berfikiran rasional kan?


Wednesday, June 4, 2008

Girls day out!

Hahahha… baca tajuk tu… jangan marah aaa…

Bersempena dengan harijadi Umie yang masuk sebaya dengan aku (just for this month yer kite sebaya, Umie) semalam, aku dengan senang hatinya meninggalkan Niesreena di samping suami tercinta untuk gi berpoya-poya tak hengat punyer dengan anak-anak dara yang memang tiada suami apatah lagi anak. Hhehhehehe...

Patut ker aku berbuat begitu kengkawan? But I did... ;p

Masa Umie sms aku ajak tengok wayang, aku rasa macam tak leh nak gi jer sebab Neezam dah seminggu lebih berpoya-poya tak study kat rumah dan masa dapat sms tu pun Neezam dengan senang hati sedang ‘beriadah’ di meja pool dengan Hairil. So, aku rasa Neezam mesti nak gi office esok. Tapi setelah berjaya membuat muka seposen ala-ala comel, Neezam yang baik hati itew dengan rela hati membenarkan aku gi berpoya-poya dan declared cuti untuk dirinya sendiri sempena hari jadi Umie. Hahahaha...

Dan demi kasih dan cintanya Neezam pada aku, Neezam telah menghantar aku ke pintu masuk Northland pada keesokkan harinya. Siap bagi duit (tips: kengkawan, kalau suami atau boypren korang tanya, "ada duit?" jawapannya MESTI "tak der" walaupun sebaliknya yer... harap maklum...) dan... kad metlink. Chet! Itu tandanya kena balik sendiri naik bas. Masa bagi tiket metlink Neezam kata, "pandaikan balik sendiri?" alaaaa... sebenarnya ayat yang nak Neezam sampaikan ialah "balik sendiri!".

Setelah hampir setahun aku tak gi tengok wayang, semalam, gi tengok citer ‘21′. Best!!! Well, actually aku tak tau samada citer tu yang best atau sebab aku rasa seronok sebab tu jadi best... Ish... Merepeklah... Korang paham tak?

Lepas tengok wayang, gi makan pankek, then pusing-pusing Northland jap, grab a few nice clothes untuk Niesreena *tabiat yang tak boleh tidak! tolooooong!*, then balik naik bas.

Sampai rumah, Niesreena cepat-cepat lari peluk aku. Rindunya kat Niesreena. Serius rindu! Walaupun baru beberapa jam berpisah. Peluk-peluk Niesreena, cium-cium, geletek-geletek. Mesti Niesreena pun rindu kat aku gak. Neezam kata sepanjang perjalanan balik lepas hantar aku tu Niesreena menangis jer. Balik rumah wat perangai nak berkepit jer dengan Neezam. Takut kena tinggal plak kot. Cian anak mama.

Well, overall, seronoklah keluar dengan diorang; adik-adik dan kakak-kakak itew memang sporting. Seronok jugak sekali-sekala release tension tengok wayang tapi kepala aku tetap ingatkan anak dan suami yang ditinggalkan kat rumah. Hehehe...

So, bila nak gi berpoya-poya lagi?


*juliet le sweetheart : bukan kaki tengok wayang sebenarnya...

Monday, June 2, 2008

Usaha bersepadu tangani masalah pelajar

Artikel Neezam di Berita Harian semalam...

Usaha bersepadu tangani masalah pelajar

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

SUNGGUH memeranjatkan apabila membaca laporan akhbar ini, mengenai tindakan kurang ajar tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Segamat, Johor yang ditahan polis selepas memaksa seorang pelajar perempuan membuka pakaian sebelum merakam payu daranya menggunakan telefon bimbit.

Lebih memeranjatkan lagi apabila mengetahui bahawa kejadian itu berlaku pada Februari lalu di dalam stor sekolah ketika kejohanan sukan sekolah berlangsung.
Tidak cukup gambar pelajar perempuan itu diambil separuh bogel, pelajar lelaki berkenaan turut meraba seluruh badan mangsa dan gambar yang diambil disebar di daerah ini melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) kepada orang ramai, termasuk tunang mangsa.

Lebih parah apabila mangsa diugut supaya tidak memecahkan rahsia perlakuan sumbang mereka ini kepada sesiapa.

Sebagai seorang manusia, sesiapa saja yang membaca berita ini pasti akan berasa cukup marah dan mengutuk tindakan luar batasan seperti ini kerana tindakan biadab pelajar ini melampaui had moral, etika dan keagamaan.

Apakah agaknya yang terfikir dalam pemikiran pelajar itu pada masa mereka melakukan kerja terkutuk itu? Mana pergi pertimbangan agama mereka, mana hilangnya didikan budaya, adab dan sopan santun.

Tidak keterlaluan kalau dilabel mereka ini sebagai ‘penjenayah’ kerana mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan.

Jika diamati sedalam-dalamnya akan Falsafah Pendidikan Negara, sistem pendidikan di Malaysia berteraskan kepada matlamat untuk melahirkan insan seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Selain itu, bangsa Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia turut diberi penekanan sebagai produk yang diharapkan mampu menyumbang kepada kemakmuran negara. Namun, apa yang dilakukan pelajar terbabit tidak menonjolkan ciri-ciri insan cemerlang seperti diharapkan dalam falsafah pendidikan negara.

Berdasarkan pengalaman penulis menjadi guru sebelum ini, sememangnya ada sebilangan pelajar yang ‘keras kepala’, tidak berdisiplin dan cukup sukar untuk dibentuk keperibadiannya. Mereka ini menjadikan sekolah bukannya dengan matlamat untuk berjaya akademik dan sahsiahnya.

Sebaliknya, sekolah menjadi medan untuk menunjukkan belang dan taring mereka di kalangan rakan. Kejadian seperti yang dilaporkan itu adalah satu kes disiplin yang parah selain daripada merokok, pukul, ugut, pergaulan bebas antara jantina dan sebagainya.

Dalam hal ini, penulis meminta semua pihak bertanggungjawab dalam memastikan maruah pelajar perempuan itu dibela dan mengelak kes serupa berlaku pada masa akan datang. Diharapkan pelajar ini jika terbukti bahawa mereka bersalah akan didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada diri mereka dan pelajar lain.
Semoga pelajar yang terbabit dan masyarakat sedar bahawa kita tidak seharusnya berundur kepada sifat ‘barbarian’ atau orang zaman batu tetapi perlu lebih matang dalam bertindak dan berfikir.

Pihak sekolah yang terbabit pula perlu bertanggungjawab kerana kejadian itu berlaku dalam kawasan sekolah. Kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan di persekitaran sekolah pada sepanjang masa bagi mengelak penyalahgunaannya oleh pelajar mahu pun pihak luar.

Badan Pengawas sekolah perlu lebih diaktifkan peranannya bukan sekadar menjadi ‘mata-mata’ sekolah bahkan sebagai pembimbing rakan sebaya yang berkesan kepada rakan pelajar yang lain.

Sekolah juga boleh mengikuti langkah sesetengah sekolah lain yang aktif mengadakan program keagamaan seperti bertadarus al-Quran, ceramah dan program agama dan moral, mengedarkan risalah berkaitan nilai murni dan sebagainya.

Ibu bapa pelajar pula perlu lebih bijak mendidik anak-anak. Walaupun mungkin tanggungjawab pendidikan itu diletakkan kepada pihak sekolah, tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dipelajari atau dididik di rumah adalah lebih besar ertinya dalam membentuk keperibadian anak yang sempurna.

Kawal tingkah laku anak, ambil tahu ke mana mereka pergi dan dengan siapa. Sememangnya anak tidak suka dikongkong, tetapi kalau kebebasan melampau diberikan ibu bapa, padahnya anak akan terpengaruh dengan gejala negatif yang dibawa rakan-rakan sebaya.

Lengkapkan anak dengan didikan agama, moral dan adab sopan supaya nanti tidak akan ada ibu bapa yang menepuk dahi sambil menyebut ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Kepada pelajar pula, sememangnya zaman remaja ini adalah zaman yang mengasyikkan dan menyeronokkan kerana anda mula beralih daripada usia kanak-kanak kepada dewasa. Pelbagai ‘eksperimen’ tingkah laku anda laksanakan sebagai usaha mencari erti kehidupan dan mematangkan diri.

Anda turut bertanggungjawab kepada diri sendiri. Fikiran anda sudah boleh membezakan mana yang ‘hak’ dan mana yang ‘batil’. Pilihlah jalan kehidupan yang sebaiknya demi kebahagiaan hidup pada masa depan.

Jika perlukan bantuan dan sokongan mintalah tanpa segan silu daripada ibu bapa, keluarga, guru mahu pun masyarakat sekeliling. Semoga pisang tidak berbuah dua kali.


*juliet le sweetheart : terkedu membaca berita tu kelmarin...


Sunday, June 1, 2008

Prinsip kepimpinan berlandaskan syariat

Neezam’s latest article; disiarkan kat berita harian, bahagian agama, hari Jumaat yang lepas. Baru hari ni aku sempat nak baca dan uploadkan ke blog aku ni.

Prinsip kepimpinan berlandaskan syariat

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

DALAM kehidupan manusia, kepemimpinan adalah elemen yang sudah menjadi lumrah, sejak Adam dicipta dan Hawa untuk menjadi teman hidupnya, aspek kepemimpinan sudah wujud. Apabila Nabi Adam diturunkan ke dunia, Baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam membimbing isteri, Hawa dan anaknya menjalani kehidupan di muka bumi dan amal ibadah kepada Allah.

Sehingga kini, konsep kepemimpinan sentiasa wujud dalam kehidupan. Suami menjadi pemimpin kepada isteri, ibu bapa menjadi pemimpin dalam institusi kekeluargaan, penghulu menjadi pemimpin dalam masyarakat kampungnya, imam menjadi pemimpin kepada makmumnya dan begitu juga raja atau menteri yang memimpin kapasiti masyarakat yang lebih besar skopnya.

Tidak ketinggalan dalam sesebuah organisasi pekerjaan dan perniagaan, kepemimpinan adalah suatu daya penggerak kepada usaha pencapaian matlamat ahli dan organisasi itu sendiri. Islam mengiktiraf akan kepentingan konsep kepemimpinan, sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila tiga orang keluar bermusafir maka hendaklah mereka melantik seorang daripada mereka sebagai ketua (Amir)” (riwayat Abu Hurairah).
Untuk itu, Islam memberi banyak garis panduan dan prinsip kepemimpinan agar ia diamalkan secara adil, saksama, berkesan dan mendapat keredaan Allah. Dalam al-Quran misalnya, banyak panduan diberikan dalam mewujudkan prinsip kepemimpinan yang tepat.

Antaranya, menurut Yusuf Ismail dalam bukunya, Mengurus Secara Islam, kepemimpinan bermatlamatkan mencari keredaan Allah melalui surah at-Taubah (ayat 72); melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran (ali-Imran, ayat 104 hingga 110); membuat keputusan sesuai dengan prinsip Islam (al-Maidah, ayat 44, 45, 47, dan 50) dan menjaga kesejahteraan masyarakat (al-Baqarah, ayat 148 dan al-Qasas, ayat 77).

Seterusnya seruan untuk membangunkan kapasiti individu semaksimum mungkin (ali-Imran, ayat 139 dan al-Hujarat, ayat 13); melaksanakan prinsip syura (ali-Imran, ayat 159 dan as-Syura, ayat 36); mewujudkan jamaah (as-Saf, ayat 4); berlaku adil (al-Maidah, ayat 8 dan an-Nisa’, ayat 129), dan berlaku ihsan (an-Nahl, ayat 90).

Menurut Mohd Isa (2002), asas kepada kepemimpinan Islam mesti menjurus kepada tiga matlamat utama. Pertamanya ‘akidah’, iaitu hakikat kepemimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya di akhirat kelak. Sesiapa yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.

Keduanya, ‘syarak’, iaitu mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukkan Allah di dalam sumber teragung iaitu kitab al-Quran dan panduan Rasulullah melalui al-Hadis. Pematuhannya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti dikehendaki Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.

Ketiga pula adalah ‘akhlak’, yang menjadi asas kepada kepemimpinan Islam dan ia mesti bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang terpuji memberi refleksi ke arah pembentukan kepemimpinan yang sempurna seperti mana disyariatkan Islam.

Ciri-ciri pemimpin yang berpaksikan syariat Islam akan memberikan kesan kepada gaya kepemimpinannya dan penerimaan ahli di bawahnya. Begitu juga dengan kepemimpinan dalam sesebuah organisasi, jika betul dan baik pemimpinnya, maka pekerja atau orang bawahannya juga akan menuruti amalan betul dan baik ditunjukkan terajunya.

Seseorang yang memegang jawatan pengurus dan sekali gus sebagai pemimpin perlu faham bahawa dia perlu melaksanakan amanah dan kepercayaan diberikan organisasi. Ia selaras dengan firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” (an-Nisa’: 58).

Jika pangkat dan kekuasaan itu disalahgunakan dan ditadbir dengan cara tidak betul, maka kesannya adalah kepemimpinannya itu tidak diredai Allah. Bila tidak mendapat keredaan-Nya, hilangnya keberkatan dalam pekerjaannya dan hilanglah juga kepercayaan organisasi dan pengikut terhadap kemampuan pengurus itu.

Islam turut menekankan konsep seseorang pemimpin untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, tekun dan cekap. Seseorang yang dilantik menjadi pengurus dan pemimpin bukanlah seorang insan yang sempurna serba-serbinya. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa ‘belakang parang kalau diasah lagikan tajam’ apatah lagi manusia yang bersungguh-sungguh mahu mengubah dirinya. Maka, seseorang pemimpin itu perlu sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan komited untuk memantapkan kemahiran kerja dan kemahiran kepemimpinan. Begitu juga, dari semasa ke semasa tekun untuk menambah baik nilai produktiviti dan kecekapan kerja supaya mampu menjadi contoh baik kepada pekerja bawahan. Diriwayatkan al-Baihaqi bahawasanya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.

Begitu juga dengan saranan pemimpin melaksanakan kaedah kerja secara berpasukan seperti firman Allah bermaksud: “ Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan”(al-Ma’idah: 2). Manusia fitrahnya tidak mampu berbuat sesuatu dengan sempurna secara sendirian. Bantu-membantu, nasihat-menasihati dan saling bekerjasama adalah unsur sangat berkesan dalam mentadbir kehidupan lebih baik dan bermakna dalam sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan masyarakat dalam konteks sesebuah organisasi, semangat berpasukan sangat tinggi nilainya bukan saja untuk mencapai matlamat organisasi dan individu pekerja, bahkan untuk mendapatkan keredaan Allah.

Pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu sentiasa melaksanakan strategi yang berkesan dalam mewujudkan konsep ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ di kalangan ahli dalam organisasi. Setiap pekerja tidak kira pangkat dan latar belakang dianggap sebagai aset penting dalam memakmurkan dan membangunkan organisasi dan peranan mereka itu dihargai sebaiknya. Pemimpin yang sentiasa mengambil tahu dan membantu akan hal ehwal pengikutnya adalah pemimpin yang sangat disukai dalam Islam seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia” (Riwayat al-Quda’).


*juliet le sweetheart : alhamdulillah... bersyukur mendapat suami yang sentiasa memimpin aku... :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top