♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 31, 2008

Mendidik anak-anak menjaga alam sekitar

Artikel Neezam disiarkan kat Berita Harian.

Mendidik anak-anak menjaga alam sekitar

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan mesej yang cuba disampaikan tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Sekadar mengungkap bait-bait awal dalam lagu tersebut ‘Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa’. Ia memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini.

Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan merasa padahnya. Buktinya hari ini perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, banjir kilat, kenaikan suhu global, pencemaran udara dan air bertoksid adalah antara kesan buruk yang terpaksa ditanggung sendiri oleh kita dek kerana kealpaan kita dalam menjaga alam sekitar. Kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO), majlis perbandaran dan komuniti masyarakat di seluruh negara telah sekian lama melaksanakan pelbagai inisiatif dalam penjagaan alam sekitar. Kempen kitar semula di media cetak dan media massa , pembinaan pusat-pusat kitar semula bahan buangan, majlis gotong-royong, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebagainya adalah antara usaha yang cukup giat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Namun, jika segala usaha ini tidak disambut dengan baik oleh kita, maka ianya tak ubahlah seperti ‘hanya bertepuk sebelah tangan’, tiada hasil dan kesan positif.

Banyak pihak meyakini bahawa sebagai salah satu cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak. Bukanlah alasan yang bijak jika kita mengatakan anak-anak masih terlalu kecil dan mentah untuk memahami keperluan menjaga alam sekitar. Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ memberi maksud bahawa anak-anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikapnya untuk menjaga alam sekitar dan mempunyai rasa bertanggungjawab yang dibawa sehinggalah mereka menjadi dewasa kelak.

Banyak inisiatif yang boleh difikirkan dan diamalkan oleh ibu bapa dalam hal ini terutamanya dalam melangsungi kehidupan seharian di rumah. Demi memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang penjagaan alam sekitar, ibu bapa boleh membelikan atau membawa anak-anak ke perpustakaan untuk membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan. Sebagai alternatif lain, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melayari laman-laman web seperti www.kitarsemula.com, www.kid-at-art.com atau www.compostguide.com dan sebagainya yang sarat dengan informasi, panduan dan tips penjagaan alam sekitar. Melalui bahan-bahan pembacaan seperti ini, secara umumnya anak-anak akan dapat menghayati konsep 3R dalam penjagaan alam sekitar, iaitu ‘Reduce’- kurangkan, ‘Reuse’- gunakan semula dan ‘Recycle’- kitar semula. Anak-anak perlu diberitahu akan fakta-fakta yang bersifat realisitik tentang alam sekitar. Misalnya, beratus-ratus pokok dapat diselamatkan daripada ditebang jika kertas-kertas terpakai dikitar semula secara bijak. Begitu juga fakta bahawa kitar semula bahan buangan mampu menjimatkan kos pengendalian pembuangan sampah sarap sehingga ratusan juta ringgit oleh kerajaan.

Antara usaha-usaha lain dalam penjagaan alam sekitar yang boleh d
diterapkan kepada anak-anak di rumah adalah:

- Mengasuh anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya dalam penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur boleh dikitar semula untuk menyiram tanam-tanaman. Suis elektrik dan lampu perlu ditutup jika tidak digunakan lagi.

- Menggalakkan anak-anak untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi perlulah di tempat yang sepatutnya. Adalah lebih baik juga untuk mendidik dan memberikan contoh kepada mereka dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Sediakan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut bagi memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut kategorinya.

- Mengajar anak-anak untuk mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula yang memberikan bayaran ke atas bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan turut berminat untuk menambahkan jumlah wang tabungan mereka dari semasa ke semasa dengan cara yang mudah sebegini.

- Beritahu anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula menjadi ‘baja kompos’ yang boleh digunakan kemudian sebagai baja untuk menanam bunga atau sayur. Dengan cara ini anak-anak akan turut dapat dididik akan konsep ‘berbakti kepada tanah’ dan memberikan pulangan melalui hasil tanaman bunga-bungaan atau sayur-sayuran.

- Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku scrap atau ensiklopedia peribadi tentang apa sahaja topik yang menjadi minat mereka. Ia akan membantu menjana pemikiran kanak-kanak yang matang melalui pembacaan yang luas.

- Ibu bapa perlu menerapkan kepada anak-anak sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang yang difikirkan tidak perlu seperti pakaian yang lama yang boleh dibuat kraftangan menjadi beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubahsuai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca. Ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak menjadi kreatif dan kritis.

- Pakaian milik anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada anak-anak yatim atau badan-badan kebajikan. Begitu juga dengan amalan ‘hand me downs’ di mana pakaian dan barang-barang permainan anak-anak boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan mereka yang lain. Dengan cara ini, item-item tersebut tidaklah dibuang begitu sahaja dan membazir, bahkan hubungan baik dan sillaturrahim sesama sahabat handai dapat dieratkan.

- Untuk mengurangkan penggunaan beg plastik terutamanya yang berunsurkan Styrofoam dan tidak terbiodegradasi, terapkan amalan membawa beg sendiri dalam diri kita dan anak-anak ketika hendak membeli-belah.

- Galakkan anak-anak untuk menyertai program yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar. Misalnya menyertai program gotong royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar dan sebagainya.

Kita perlu sedar bahawa walaupun sumbangan kita dan anak-anak terhadap pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar ini nampaknya seperti terlalu kecil, namun jika semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab yang serupa, sudah tentu ianya akan menjadi begitu berkesan dan bermakna. Sikap positif dalam menjaga warisan alam sekitar sebegini diharapkan akan menular menjadi budaya yang akan terus dipraktikkan oleh anak-anak kita ini pada masa hadapan dan diperturunkan kepada generasi yang seterusnya. Diharap jua bahawa bait-bait terakhir lagu Hijau dendangan Zainal Abidin tidak akan menjadi realiti yang mana ia berbunyi lebih kurang begini ‘oh anak-anak, tak boleh merasa mandi laut, bersaing main ramai-ramai’. Sebaliknya boleh dinyanyikan ‘oh anak-anak dan cucu-cicit masih boleh merasa mandi laut, bergembira main beramai-ramai’ kerana bumi ini tetap terpelihara daripada pencemaran dan sentiasa indah dan bersih untuk didiami.

Monday, March 17, 2008

Jom vote!

Pagi ni, secara tak sengaja, aku tertengok cerita ni, ‘Behind The News’ kat channel ABC. Memang tak pernah tengok pun tapi ntah macam aku tertengoklah pulak.

Apa yang menarik perhatian aku ialah topic hari ni menceritakan tentang diskriminasi terhadap muslim di Australia dan membawa kepada sekolah-sekolah Muslim yang ada di Australia ni. Overall there are 20 Muslims schools all over Australia. Dan di satu tempat bernama Camden ni, penganut kristian membantah penubuhan sekolah Muslim ni dan mahukan ia ditutup. Aku sakit hati bila dengar sorang minah kristian ni kata ‘This is Australia. There is no place for Muslim. It’s just for Christian. So deal with it!’ Atok kau! Bengang aku dengar komen minah ni. Diorang ni tak sedar ke yang diorang ni pun pendatang kat tanah Australia ni. Lagi tak tau malu buat macam negara sendiri. Sebijik macam yahudi Israel lakhanat! Orang asli Australia merempat kat negara sendiri.

Dan macam biasalah. Kalau dah cerita pasal Muslim mesti tak lekang daripada cop ‘pengganas’. Siap dia tunjuk banggunan WTC yang runtuh yang kononnya angkara pejuang berani mati Islam ni. Eeeeee… tambah sakit hati aku tengok.

At the end of the story, they want the viewers to vote whether should or shouldn’t the Islamic school go ahead in Camden. Kononnya kalau ada sekolah ni bahayalah, sebab macam menggumpulkan pengganas kat satu tempat. Takut kat sekolah nanti tak belajar betul-betul tapi belajar macam mana nak jadi pengganas, nak bom kat mana, nak rampas kepal terbang mana, nak bom terowong mana, nak culik saper… Eeeee geram! Geram!

So, kengkawan, marilah kite vote. Mungkin vote ni tak dapat menentukan atau menolong apa-apa pun lebih-lebih lagi umat Islam di Camden sendiri. Tapi sekurang-kurangnya marilah kite sama-sama vote demi agama kite!

Klik kat link bawah ni untuk vote.

http://www.abc.net.au/tv/btn/poll/vote/total.htm

Tq!

Sunday, March 16, 2008

Garage sale

Setelah lebih setahun kitorang menetap di bumi Bundoora ni, semalam barulah aku dan Neezam berkesempatan gi garage sale. Satu kebiasaan orang-orang kat sini, tiap-tiap minggu memang ada jer garage sale. Usually, diorang buat garage sale ni sebab nak berpindah atau renovate rumah atau beli barangan baru. So, barang-barang yang diorang dah tak nak ni diorang juallah kat garaj, front yard atau back yard diorang. That’s why it’s called garage sale.

So, semalam kitorang ikut En. Din ke rumah-rumah yang buat garage sale ni. Ada rumah-rumah yang menjual households, toys, baby’s stuffs, clothes and a few more. Yang dok jual junk pun ada. Ntah hapa-hapa jer. Ada ker orang nak beli ek? We brought a few things for Niesreena. Toys lah, what else! And for myself, I just got a small handbag. Brand new for just 2 dollars! And of course a few stuff for my hubby dubby. He’s a shopaholic. Mestilah ada jer yang dia membeli for himself! Tapi yang paling best mestilah kak Niza because she got a few goooood stuffs for her baby; branded baby’s walker (Safety 1st), pram’s toy and baby’s gym. Altogether for just aud12! Giler murah! Huhuhuhu…

Overall we went to 9 houses. Macam tak sedar jer. Hehhehe… Respectlah kat En. Din and her daughters because being a very good navigator. Semua rumah kitorang gi tak sesat langsung. Next time nak ikut lagi yer!

Ps: En. Din, next time bring kak Gee along sebab kak Gee kata Julie kuat iman dan belanja sikit jer. Hehehe… Nak jugak tengok macam mana kak Gee berbelanja. Mesti best!

Sunday, March 9, 2008

It was like tsunami!

Last night I was very tired and I slept very early. I just woke up when I heard Neezam still online with whomever and said ‘Sammy Vellu was lost!’. At first I thought I was dreaming, but I’m not!

It was 3 in the morning here in Melbourne and the election results slowly came out; one by one on the web, not sure which web that Neezam had surfed. And every time it showed it was really shock results! Some times I thought it was a fake results, maklumlah kat laman web takutlah ada kesilapan . Unfortunately, it’s true! Tak larat nak tunggu sampai semua result keluar, so I went back to sleep.

This morning, of course, first thing I want to know is the election result. It was a very shock to know that the oppositions won in Kedah, Penang, Perak, Selangor and of course Kelantan; 4 ministers, 10 deputies were lost their seats! BN will form the next government with just simple majority! What a shame! I really can’t believe it! Giler ar!

Satu tamparan hebat untuk Pak Lah and the geng. May be after this they can think deeper or perhaps deepest and revise back what went wrong in their administration. Four trial years for Pak Lah was over and it seems that people were not happy with what Pak Lah has done or may be nothing has done. Rakyat nak pembaharuan. Rakyat dah boleh berfikir. I think it’s better to change ‘Yang Berhormat’ to ‘Yang Berkhidmat’ so they will always remember that they have to work for us not just want to be respect for nothing.

Well, fyi, I’m not a politics talker person. I don’t even know which minister for which ministry. Just sorang dua lah. Hehehehhe… It just that I’m a little bit concern with this big changes. It was like tsunami, right? Really big! Really scary! Kalau korang semua ingatlah masa sekolah dulu ada belajar sejarah kan? Despite of racial issue, peristiwa 13 May happened because of government was formed with simple majority on that time. I’m really hoping that nothing bad happen this time. No riot, no rebellion! Please!

Nway, congrats to oppositions parties for the big winning yesterday. And also for Nurul Izzah! Wow… I never thought she can beat Sharizat! Hugo girl!!!

Tuesday, March 4, 2008

Niesreena was sick again

The weather here in Melbourne is really confusing. It can be very hot in the morning and very cold in the night. And last weekend was really cold in the morning and extremely hot in the afternoon! Super dupa hot day and we went to Dockland. Poor Niesreena. I think that she can’t stand the weather that made her sick!

My poor baby… It’s been 2 days since Niesreena caught by a fever but then comes the flu lah pulak. That’s mean 2 nights also that me and Neezam cannot sleep well over the night. She’s woke up in the middle of the night crying and screaming! Don’t know what she really wants! Sometimes I could hear her nose blocking and her body was really warm. Her temperature was 37.8! Niesreena vomited a few times and yet still can smile and play… Oh sayang… I’m really worried. Neezam and I woke up every hour to check on her and wiped her with cold wet cloth. OMG, if just we can pass over the sick, I would want to have it rather than her.

What makes me really angry was Niesreena doesn’t want to take her medicine. Really hard to give her one! Kena paksa, sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya! Phewww… Sometimes I put the medicine in her juice or in her milk. But she knows! Then she doesn’t want to drink those. Eeeee… geramnya! Yet, what else can I do? Paksa relalah!

This morning, Niesreena seems to be much better. Her temperature seems to be decreasing but she still got running nose. Niesreena pun dah main-main dan mula ‘mengemas’ rumah compared to yesterday she just lay down and whenever I go she wanna follow and if I left her she will cry as though as someone pinched her! But alhamdulillah, I’m really glad that she is much better now…

OMG, I’m really sleepy… Just wish that my hubby was around to take care of Niesreena while I’m sleeping… Huuuaaaaaa…

back to top