♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, February 28, 2008

Marilah mari… kita mengundi…

Yesterday, Neezam, kak Ema, Umi and I went to Malaysia Hall to register for this becoming Election Day in Malaysia. I feel a bit excited since this is the first time (or can say the only time) I will make the election by post. Actually we never thought that we have a chance to elect but last minute kak Ema ask us to go to Malaysia hall to register.

Can’t wait 8th March to pangkah! Selamat mengundi!

Wednesday, February 27, 2008

Donation for the first mosque in Tokushima, Japan

This post i got from my dearest friend’s blog in Japan. I just wanna help her with the donation for the first mosque in Tokushima, Japan. Really hope that you could help them too! Thank you!

* * * * *

Assalamualaikum wbt,

Kepada rakan-rakan sekalian,

Umat Islam di Tokushima, di bawah Tokushima Muslim Assosiation, tidak kira yang bekerja, mahupun seorang pelajar, sedang giat menjalankan kutipan derma bagi mendirikan masjid yang pertama di Tokushima.

Sekiranya anda ingin memasukkan terus ke akaun bank Tokushima, maklumat adalah seperti di bawah.

Bank Information

Name : Tokushima Bank
Branch No. : 042
Account No. : 6488171
Holder : OBARI ABDUL KADER

Akan tetapi, saya ingin memberikan alternatif lain iaitu dengan memasukkan ke akaun saya di CIMB dengan sasaran derma yang agak terhad iaitu sehingga RM10,000.00 sahaja. Saya akan tukarkan wang derma anda kepada yen Jepun.

Maklumat adalah seperti di bawah:


Nama : SITI RAHAH BINTI MOHD NORIN
No. Akaun : 01180066268525
No. IC : 801003-14-5302

Setelah anda bank-in, sila emailkan kepada saya maklumat berkenaan akaun anda agar saya boleh mengira derma yang telah dapat dikumpulkan sebelum ianya mencecah RM10,000.00.

Email : snoopy_weepy@yahoo.com

Derma dibuka sehingga 15 Mac 2008


Utman (RA) reports that the prophet (SAW) said: "Whoever builds for Allah a Masjid, seeking by it Allah’s grace, Allah will build for him a house in Paradise"

** Link informasi masjid di Jepun : (Sila copy link di bawah)

www.kobemosque.org

** Tujuan link ini diberikan bagi menunjukkan bahawa wujudnya usaha-usaha mendirikan rumah Allah di bumi sakura ini. Secara langsung aktiviti dakwah turut dilaksanakan. Maklumat di dalam web ini adalah di dalam bahasa Jepun, khusus bagi rakyat Jepun.

Terima kasih,
Wassalam wbt...

Sunday, February 24, 2008

Wrong place at the wrong time

* This post classified as M15++. It’s contain mild course language. Nasib baik tak masuk violence sekali.

Semalam memang best. Excursion to Melbourne city and Williamstown beramai-ramai dengan menaiki ferry. Ramai sangat keluar berjalan hari ni dan kebanyakkan antara yang join kali ni ialah new Melbournian. So, sajalah bawak diorang jalan-jalan dan kitorang pun tak pernah naik ferry ke Williamstown ni.

Tak sia-sia datang ke sini sebab Williamstown ni memang cantik. Bau angin laut yang menyegarkan dan nyaman… Ooooopppp stop! Post kali ni bukan nak cerita pasal excursion ke Williamstown yang best tapi satu insiden yang tak pasal-pasal terjadi kat aku semasa on the way balik dari Williamstown ke city.

Kitorang ke Williamstown menaiki ferry dan balik dengan train. Train yang kitorang naik dari Williamstown berhenti kat station Newport (Thanx Akmal sebab carikan semula nama stesyen ni) untuk tukar train lain ke city. Actually train yang kitorang naik sebelum tu memang ke city, tapi agaknya dah tukar shift dengan train lain sebab tu kitorang terpaksa turun kat Newport.

Di station Newport tak berapa ramai orang. Aku sambil menyorong pram Niesreena carilah tempat duduk kat dalam station sementara nak tunggu train datang. Niesreena tak de kat dalam pram sebab didokong Neezam. Kak Amy, Umi dan Diana pun ikut masuk ke dalam station sekali sementara yang lain tunggu kat luar. Aku tengok satu deret tempat duduk ni; 4 kerusi. Kat hujung sebelah kanan ada orang duduk dan 3 sederet sebelah dia duduk masih kosong tapi ada sorang perempuan berdiri kat 2 kerusi dari kiri. So, kerusi di sebelah kanan dan kiri perempuan ni kira available lah kan. Aku pun duduklah kat sebelah kanan perempuan yang berdiri ni.

Aaaahhhhh… Lega dapat duduk. Tetiba perempuan yang berdiri ni tengking kat aku ‘Excuse me please! Where’s your manace?’. Terkejut aku dibuatnya. Aku pun cakaplah ‘Apasallah pulak pompuan ni…’. Aku bukannya langgar dia pun. Nway, aku memang tak berniat nak cakap bahasa inggeris sebab kononnya malas nak cari pasal. Lagipun aku cakap pun kat diri sendiri. Aku pun duduk jer sementara tengok dia beralih berdiri kat belakang aku. Lantak ar kat dia. Masa aku duduk ni aku masih dengar dia memaki-maki aku. Ni dah lebih ar… Aku tak buat apa-apa pun. Pahal ko tetiba tak pasal-pasal nak maki aku. Aku pun toleh dah tengking balik kat dia, ‘I’m not touching you. Not even a bit…’. Then dia kata ‘English please!’ dan disusuli dengan maki hamun. Tapi masa ni aku dah tau lah yang mungkin dia bengang kat aku sebab apa yang aku cakap bahasa melayu tu tadi dia tak paham. Mungkin dia ingat aku maki dia. Tapi aku still bengang sebab pahallah dia nak maki-maki aku plak. Aku malas nak layan perempuan tu. So, aku pun keluar dan gi kat Neezam. Tapi masa nak keluar tu sempatlah gak aku maki dia. Bengang beb!

Tak lama lepas tu, Umi, Diana dan Kak Amy pun kuar gak. Umi tanya apa sebenarnya yang berlaku dan bagitau yang perempuan tu masih mencarut-carut kat dalam tu. Aaahhhh… lantaklah.

Aku ceritalah kat Neezam dan diorang apa yang berlaku tapi tak lama lepas tu perempuan tu pun keluar. Masa dia lalu sebelah aku, aku pun cakaplah kat Neezam, ‘this is the crazy b***h’. Perempuan ni dengar dan terus berhenti dan menjerit-jerit kat muka aku. Barulah aku tahu masalah dia. Perempuan giler ni baru jer miscarriage hari ni. Dia kata aku ada baby. Sepatutnya aku paham masalah dia. Manalah aku tahu masalah dia. Dia ingat aku ni psikik ke hapa, boleh baca apa dia fikir. Pastu dia kata apasal aku nak cari pasal kat dia. Aku pun benganglah dengar dia kata cam tu sebab dia yang cari pasal dengan aku dulu. Aku rasa macam nak tolak dia ke landasan keretapi jer. Biar mampos. Pastu dia blah sambil menjerit-jerit lagi kat aku. Aku pun makilah dia balik. Giler bengang! Mahu aku tampar jer muka minah saleh tu. Dari jauh aku masih boleh dengar lagi dia memaki-maki aku. Eeeeee… geram! Nasib baik ada Neezam dan kengkawan yang lain cuba mententeramkan aku.

Tension tahap gaban aku jadinya. Bila dah naik train aku masih ada rasa bengang lagi. Aku dah fikir kalau aku jumpa balik perempuan ni kat station Melbourne nanti mahu aku tampar muka dia. Nasib baik tak jumpa.

Last night I’m still thinking about the incident happened that morning. I’m trying to put myself in her shoe. She just lost her baby that morning. And by the time that incident gaduh-gaduh dengan aku happened, nobody besides her. She must be in very sad, frustrated, depressed and tension. Mungkin dia masih tak luahkan perasaan sedih dia. She just like bom jangka that waiting to explode. Dah tu sambil sorong Niesreena punyer pram. Mungkin dia ada rasa sakit hati bila tengok pram tu kot.

Aku kesal sangat insiden ni terjadi. Kesal dan malu gak sebab ramai kengkawan aku ada kat situ masa kejadian. Apalah impression diorang kat aku pas ni. Bila fikir-fikir balik, sepatutnya aku diam jer dan blah dari tempat tu dan jangan nak jolok lagi sarang tebuan. Ye tak? But hey… masa tu tengah bengang, dah tak boleh nak fikir panjang. Memang dah nasib nak kena hari tu.

I’m just in the wrong place at the wrong time...

Wednesday, February 13, 2008

“Ayah…”

Macam biasa, setiap pagi hubby pergi kerja Niesreena mesti dah bangun dan main. Dan macam biasa gak setiap kali hubby gi kerja mesti aku dan Niesreena akan sebuk melambai hubby dari balkoni. Dari balkoni rumah aku ni memang nampak kereta yang diletakkan di parking lot kat bawah.

Pagi ni, masa Neezam turun ke kereta, aku dan Niesreena kat balkoni. Aku nak tanam benih pokok bunga matahari dalam pasu yang Diana bagi hari tu. Niesreena pun sebuk gak nak kacau tanah-tanah dalam pasu tu. Aku pun cakap kat Niesreena (dengan niat menghalau Niesreena ke tempat lain), "gi lambai ayah tu…". Masa tu Neezam sedang turun ke kereta. Tiba-tiba jer Niesreena bersuara seakan-akan memanggil sambil memandang ke Neezam "ayah… ayah… ayah…" Terkejut aku dan Neezam dibuatnya, then tergelak-gelak. Niesreena panggil ayah for the very first time! Mungkin tak sengaja tapi kitorang memang terkesima sangat-sangatlah.

Mesti Neezam rasa seronok sangat. Hahahaha… Aku pun sama.

Niesreena sekarang ni memang banyak sangat keletah. Kengkadang tu sampai penat nak layan. Niesreena suka tengok iklan tv. Kalau sedang iklan memang Niesreena kusyuk sangat tengok tapi bila start citer dia tak hirau plak. Cerita kegemaran Niesreena sekarang ialah ‘Teletubbies’. Kalau tengok ‘Teletubbies’ Niesreena mesti gelak sorang-sorang. Lebih-lebih lagi masa keluar muka baby kat matahari tu. Bila baby tu gelak, Niesreena pun gelak gak. Hahaha…

Niesreena dah pandai menyakat mama dan ayah dia. Jangan tak caya. Geram aku dibuatnya. Apa yang Niesreena buat? Nak tau? Niesreena ni suka kutip benda-benda atas lantai dan masuk mulut. (Sebab tu rumah aku ni kena sentiasa bersih. Kalau tak Niesreena jadi ‘vakum’nya.) Setiap kali Niesreena kutip benda dan masuk mulut mesti membuatkan aku kelam kabut gi kat dia dan keluarkan apa yang dia makan tu. Pastu mestilah Niesreena kena marah dengan aku. Ada satu hari tu, eh bukan satu hari, dah banyak kali, aku tengah tengok tv, tak hiraukanlah Niesreena. Tiba-tiba Niesreena gi kat depan tv, buat-buat kutip (padahal tak der apa pun yang dikutipnya), dan masukkan dalam mulut. Yang tak tahannya, masa suap dalam mulut tu siap dengan bunyi ‘aaammmm…’ then beria-ia kunyah! Aku punyalah kelam kabut tengok apalah yang dia kutip dan makan. Tapi tak der apa-apa. Aku fikir, mungkin Niesreena dah telan. Tapi rumah bersih jer, ntah apalah yang dia kutip, aku fikir. Jap tu Niesreena buat lagi. Aku tengok jer telatah dia. Rupa-rupanya Niesreena sajer jer. Bukan ada apa pun yang dimakan. Sajer buat aku kelam kabut. Geram betul.

Nak tengok tv sekarang ni pun tak senang. Niesreena dah pandai tekan buttons kat tv, suka sangat tukar-tukar channel. Bila dah tukar channel Niesreena gelak plak tu. Kitorang yang tengah tengok tv ni benggaaaaang jer. Neezam plak bengang kalau dia tengah main PS2, Niesreena plak sebuk nak tukar-tukar channel. Neezam bagi Niesreena main joystick lagi satu. Niesreena tak nak. Niesreena nak yang ayah tengah main. Geram… geram…

Seronok tengok telatah Niesreena. Aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku Niesreena yang cerdik dan manja ni. Kalau Niesreena tak der mesti aku bosan tahap cipan. Bila tengok telatah Niesreena yang bukan-bukan ni jugak aku selalu teringat kat famili aku dan Neezam kat Malaysia. Mesti diorang seronok kalau dapat main-main dengan Niesreena waktu-waktu Niesreena sedang membesar dan belajar ni. Cian kat diorang tak dapat peluang macam tu, dah lah Niesreena ni the only cucu kat dua-dua belah pihak. Dan cian gak kat Niesreena sebab jauh dari atuk nenek dia. Bila nak balik ek? Rindu sangat dah kat diorang sumer…

Tuesday, February 12, 2008

Penjawat awam perlu hargai jasa majikan

Artikel enche Neezam dalam Berita Harian hari ni.

Penjawat awam perlu hargai jasa majikan

BAHANG Pilihan Raya Umum ke-12 semakin hangat dan lebih bersemarak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa beliau ‘sudah mendapat ilham’ mengenai tarikh pilihan raya. Ramai tertarik untuk mengetahui perkembangan politik dan pilihan raya daripada media massa. Rata-rata meramalkan pilihan raya diadakan bulan depan.

Pun begitu di sebalik kehangatan musim pilihan raya ini semua pihak terutamanya kakitangan kerajaan harus sedar bahawa selama ini negara kita berada dalam keadaan cukup aman, harmoni dan maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebagai penjawat awam mereka sememangnya tahu bahawa kerajaan dari semasa ke semasa tidak putus-putus berusaha dengan pelbagai cara untuk meningkatkan profesion mereka ke tahap lebih tinggi dan berkualiti.

Segala kemahuan dan tuntutan kakitangan awam menjadi agenda utama kerajaan. Misalnya penambah baik kualiti bekerja menerusi pelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO, pengurangan hari bekerja daripada enam kepada lima hari seminggu, pengenalan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang lebih berkesan dan adil dalam hal kenaikan pangkat, pelarasan dan kenaikan gaji kakitangan awam serta sebagainya.

Ia sekadar contoh berbanding usaha pembangunan mikro dan makro lain yang dilaksana kerajaan demi kepentingan kakitangan awam dan hal ini tidak ubah seperti peribahasa ‘bagai menatang minyak yang penuh’.

Yang menjadi keanehan dan sedihnya apabila ada sebilangan penjawat awam seakan-akan menjadi ejen penentang aspirasi kerajaan. Duduk bekerja dalam pejabat kerajaan, tetapi pemikirannya dangkal dan hatinya gelap apabila mudah percaya dan terpedaya dengan fitnah dan berita palsu pihak penentang kerajaan. Mereka bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ dan tidak keterlaluan untuk dilabel sebagai ‘gunting dalam lipatan’.

Pelbagai tohmahan dan komen melampau terhadap kerajaan yang diterima bulat-bulat kemudiannya disebar luas kepada pihak lain dengan harapan ada orang terpengaruh dan ikut sama menentang kerajaan. Pendek kata, kerjanya tak sudah-sudah mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan dan dengan mudah melabel kerajaan sebagai tidak efisien, zalim dan mengkhianati rakyat.

Golongan ini terlupa atau tidak sedar bahawa setiap akhir bulan, apabila wang gaji mereka masuk dalam akaun bank masing-masing, siapakah yang memberikan gaji berkenaan? Jika ada antara ahli keluarga yang sakit dan dirawat di hospital, siapa yang membantu meringankan beban bayaran perubatan mereka?

Mereka mendapat kemudahan pinjaman perumahan atau pembelian kereta, siapakah agaknya yang memberikannya? Atau jika anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, siapakah yang membantu dalam pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mereka? Sudah tentu jawapannya adalah majikan mereka iaitu kerajaan. Tetapi kalau hati sudah gelap, semua perkara ini akan ditenggelami dengan rasa benci tidak berasas lalu mereka mengangkat dan memuliakan golongan penentang kerajaan!

Bukanlah hajat untuk mengajak kakitangan awam menghargai usaha kerajaan secara membuta tuli. Tetapi cuba timbang-timbangkan dengan pemikiran rasional mengenai kepentingan menghargai segala jasa dan budi kerajaan selama ini. Buka lembaran sejarah negara dan hayati akan keikhlasan pemimpin kerajaan dari dulu hingga kini dalam memartabatkan keagungan negara.

Kemudian bandingkan dengan apa yang berlaku di sesetengah negara lain yang kerajaannya gagal memenuhi hak dan tuntutan rakyatnya, sehingga perbalahan, perpecahan dan peperangan tidak mampu dikawal lagi. Bersyukurlah kita kepada Tuhan kerana dianugerahkan pemerintah adil, bijak dan berjaya membina tamadun agama, bangsa dan negara.

Penjawat awam seharusnya menggunakan kematangan pemikiran dengan terus menyokong aspirasi kerajaan. Jika ada yang tersilap masuk haluan, marilah kita pupuk kembali kesedaran mereka supaya dapat kembali berpijak di bumi nyata. Jadilah kakitangan awam yang memiliki kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN yang diakui kredibilitinya di mata dunia!

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia.

Sunday, February 10, 2008

St Kilda Festival

Penat berjalan sepanjang hari Sabtu pun tak hilang lagi, hari Ahad tu kitorang keluar gak lagi dan kali ni ke St Kilda sempena dengan St Kilda Festival. Macam-macam acara dan pertunjukkan ada kat St Kilda; bola tampar pantai, gerai foxtel, funfair, etc... Konsert pun ada tapi aku bukan kenal sangat pun penyanyi oz ni. Hehehehehe... Punyalah ramai manusia kat sini dan yang bagusnya bila masuk kawasan festival orang ramai tidak dibenarkan membawa sebarang minuman beralkohol.

Balik dari St Kilda kitorang singgah ke city jap. Lepak kat Max Brenner makan tutti-frutti waffle yang memang sedap.

:: More piccas @ my fotopages k! Enjoy! ::

Saturday, February 9, 2008

Dating : Shopping : Eating

Hari ni kitorang plan nak gi dating; just 3 of us. Hehehe... Pagi-pagi lagi aku dah bangun masak untuk berpicnic kat Fairfield Park; bihun goreng, sosej, kentang goreng, etc. Fairfield Park ni tak jauh sangat dari rumah kitorang. Just 10 minit perjalanan jer. Seronoknya picnic kat sini. Suasananya cantik, udara nyaman. Rasa tenaaaaaaaannnng sangat!

Pagi tu cuaca agak mendung. Kitorang takut gak kalau hujan bila-bila masa. Tapi alhamdulillah akhirnya matahari muncul jugak disebalik awan tu. Masa kat Fairfield ni sempat gak kitorang online dengan famili. Itulah untuknya guna online broadband. Senang dibawa kemana-mana. Cewah... macam eklan plak. Hehehehhe...

Seronok kat sini; kawasannya cantik. Kitorang makan-makan, jalan-jalan, tangkap gambar banyak-banyak! :)

Niesreena pun seronok berjalan. Siap tak nak pegang tangan. Kadang-kadang jatuh gak, tapi nasib baik tak nangis. Kuat anak mama ni. Hehehhe... Siap bangun sendiri lagi...

Selesai berpicnic, kitorang ke Northland plak. Sajer jer jalan-jalan cuci mata. Aku macam biasalah... suka sangat tengok baju-baju baby. Kalau ada yang cantik dan murah. Terus jer grab untuk Niesreena.

~Boring tunggu mama shopping lah tu~

Malam kitorang ke Coburg plak. Mengakhiri hari Sabtu yang memenatkan ni dengan makan malam kat Alamaro. Kalau dah sampai Alamaro mestilah pekena steak. Yum... yum... Sedap...

Sampai rumah jer semua terus tidur termasuklah Niesreena. Semua kepenatan tapi seronok! Hari yang seronok sangat!


:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Wednesday, February 6, 2008

Bundoora Park on his birthday

Hari ni hari jadi mr hubby. Kitorang tak merancang untuk celebrate sesangat pun. Just have fun kitorang tiga beranak jer. Lagipun Neezam ada banyak kerja. So, petang lepas Neezam balik dari office tadi, kitorang gi Bundoora park. Nikmati hari istimewa ni dengan cuaca yang sangat cantik! Niesreena pun seronok main-main kat sekitar taman...

Happie birthday to you…

Hari ni, 6 hb Febuari, genap usia suami tercinta 28 tahun dan usia Niesreena 14 bulan. Alhamdulillah… aku bersyukur kerana kedua-dua insan kesayangan aku ni dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ada bersama-sama aku.

Buat abang, tak der hadiah yang dapat diberikan. Tunggulah hujung minggu nanti kite gi cari sama-sama hadiah besday abang k! Cuma lagu ni sayang tujukan untuk abang.

Hehehehehe… Lagu kegemaran aku, ‘Lelaki Ini’ nyanyian Anuar Zain yang telah diubah sikit liriknya dan dinyanyikan oleh aku khas untuk suami tercinta. Huhuhuhu…

* * * * *

Kasih
Kenanganku ingatkah saat-saat dulu

Kasih
Apakah dirimu merasakan semua itu

Kemana pun langkah ku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu KUCINTAI
Selalu tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu KUPUJA
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubariku… ooooo
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu… ooooo

Karena cintaku
Tak berbatas waktu

Karena cintaku
Tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu… ooooo

Lelaki ini yang selalu KUCINTAI
Selalu tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu KUPUJA
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku… ooooooo
Yang bertakhta dalam sanubariku…

I LOVE U SO MUCH!

Untuk Niesreena pun mama tak der hadiah nak bagi kat Niesreena. Hujung minggu ni k. Kite cari baju baru atau toys k cayang!


Tuesday, February 5, 2008

Kekalkan formula ‘ABCDE’ penjawat awam

Hari ni nyer artikel di Utusan Malaysia

Kekalkan formula ‘ABCDE’ penjawat awam

KINI hasil daripada penambahbaikan berterusan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki kualiti pekerjaan penjawat-penjawat awam menyebabkan semakin ramai orang yang celik hati untuk menjadi sebahagian daripada warganya.

Terkini, laporan daripada World Competitiveness Year Book 2007 yang dikeluarkan oleh IMD sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka di Switzerland, meletakkan kerajaan Malaysia sebagai keenam terbaik di dunia dari aspek kecekapan.

Kerajaan Malaysia berjaya mengatasi negara-negara seperti United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis dalam kategori negara berpenduduk melebihi 20 juta orang.

Kejayaan kerajaan ini membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memperbaiki kualiti perkhidmatan sektor awam sehingga mampu untuk duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan negara-negara maju lain.

Tidak hairanlah kini bila mana iklan-iklan pekerjaan di sektor awam dihebahkan di media cetak atau media massa, ia mampu menarik minat puluhan malah ratusan ribu pemohon dalam tempoh yang singkat. Masyarakat mula memandang tinggi sektor awam dan tidak lagi menganggap ia pekerjaan kelas kedua. Untuk mengekalkan bahkan meningkatkan lagi kedudukan sektor awam ini bukanlah sesukar mana, bak kata orang ‘kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Banyak panduan yang telah digariskan oleh tampuk kepimpinan kerajaan ke arah usaha penambahbaikan berterusan ini.

Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini telah menggagaskan formula ‘ABCDE’ untuk meningkatkan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau kita perhalusi satu persatu huruf-huruf dalam formula ‘ABCDE’ ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang harus dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.

Huruf A yang membawa maksud ‘Amanah’ memperihalkan akan peripentingnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuat sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperti ‘mencuri tulang’, mengamalkan rasuah atau bersifat bengis terhadap pelanggan.

Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.

Konsep pekerja yang bersifat ulul albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud ‘Bijak.’ Ulul albab dalam sektor awam – merangkumi semua pekerja daripada pembantu am rendah hinggalah kepada ketua jabatan – adalah mereka yang bijak dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak kira ia bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama.

Sasaran

Huruf C untuk ‘Cekap’ menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ‘aras tanda’ iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realistik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap pencapaian tersebut.

‘Dedikasi’ yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam bekerja akan mewujudkan apa yang dipanggil sense of belonging yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertanggungjawaban terhadap organisasi.

Manakala huruf E pula membawa erti ‘Efektif.’ Efektif yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna kepada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima panggilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelanggan itu diambil tindakan yang sewajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.

Ramuan ‘ABCDE’ ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalipun, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawat awam itu mencipta kesempurnaan dalam bekerja.

Rasionalnya, sehingga bila-bila sektor awam akan sentiasa ‘berkhidmat kepada rakyat’ dan perkhidmatan yang diberikan perlulah kekal di kelas pertama.

Khairunneezam Mohd. Noor ialah pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Saturday, February 2, 2008

Geelong Waterpark & Waterfront

Akhirnya sampai jugak kitorang kat Geelong setelah beberapa lama merancang. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Geelong dengan 2 kereta. First destination kat Geelong ialah water park Geelong yang baru jer dibuka. Alhamdulillah kitorang sampai kat Geelong seperti yang dirancang tiba pada pukul 11 pagi. Punyalah ramai manusia kat sana.

Seronok pergi ramai-ramai sebab masing-masing bawak pot luck, so banyak sangat makanan. Macam-macam ada. Aku buat sushi jer.

Lepas penat main-main air dan makan-makan untuk ke-8 kalinya, kitorang bertolak pulak ke Geelong Waterfront. Cantik sangat pantai kat Geelong. Air laut dia sangat bersih. Tapi tak larat dah nak mandi pantai. Hehehehe...

Yang menariknya di sepanjang pantai Geelong ni terdapat 100 jenis statue yang diperbuat daripada kayu balak yang dinamakan bollard trail. Tapi kitorang tak sempat nak tengok semua. Cuma yang sempat dan dekat dengan kereta jer.

Nway, Geelong memang cantik. Tak menyesal gi. Niesreena pun seronok hari tu; seronok main air sampai mengigil-gigil dan seronok lepas berjalan. Insya Allah kalau ada rezeki kitorang nak gi lagi.

:: More piccas @ my fotopages ::

Friday, February 1, 2008

Mewujudkan kepuasan bekerja

Artikel last week, 1 Febuari, juga di Utusan Malaysia

Mewujudkan kepuasan bekerja

DALAM dunia pekerjaan sejak dahulu hingga kini, sesetengah daripada kita asyik merungut tentang pelbagai perkara. Gaji tidak cukup, kerja terlalu banyak, rakan sekerja tidak ‘sebulu’, ketua hanya pandai mengarah ataupun suasana kerja yang tidak kondusif.

Ini adalah antara elemen di tempat kerja yang menyebabkan sesetengah orang berasa cukup menyampah hendak berada di tempat kerja. Itu sebabnya ada di antara kita yang cuba mencari ‘ketenangan’ dengan kerap keluar minum semasa bekerja, melayari Internet berjam-jam lamanya, leka berborak dengan rakan sekerja atau ke tahap ponteng kerja sehingga sanggup menunjukkan majikan surat cuti sakit palsu.

Semua ini adalah petunjuk bahawa produktiviti kerja seseorang itu telah menurun kerana kepuasan kerjanya tidak dipenuhi.

Ini memberi kesan negatif terhadap perkembangan kariernya dan juga kemajuan organisasi. Pekerja yang menunjukkan masalah sebegini mungkin akan dikenakan tindakan disiplin atau ke tahap yang lebih teruk dibuang kerja.

Dalam dunia pengurusan sumber manusia, hal ini sangat berkait rapat dengan kepuasan kerja. Istilah kepuasan kerja boleh difahami dengan maksud ‘keadaan emosi yang menyenangkan hasil daripada penilaian seseorang terhadap kehendaknya yang selaras dengan apa yang ada dalam pekerjaannya’.

Ini bermakna unsur-unsur yang dikehendaki oleh seseorang itu mestilah wujud di tempat kerjanya jika dia mahu berasa puas semasa bekerja. Zahirnya, puas atau tidak seseorang itu sangat bergantung kepada apa orientasi diri atau matlamatnya dalam bekerja. Kalau orientasi diri seseorang terfokus kepada gaji, maka dia mengharapkan gaji yang besar atau setidak-tidaknya kena dengan kehendaknya.

Namun, tidak semua orang mempunyai orientasi diri yang sama, bahkan apa yang mempengaruhi kepuasan kerja seseorang juga berubah dari semasa ke semasa.

Ada orang sentiasa tidak berpuas hati dengan gaji yang diperolehnya kerana kos kehidupan yang semakin membelit leher saban hari, terutamanya bagi warga kota raya.

Namun, masih juga ia bersifat subjektif, iaitu jika seseorang bijak berjimat dan menguruskan hal ehwal perbelanjaannya dengan berhemah, masih juga cukup duit untuk menabung di dalam bank bahkan menunaikan haji dan umrah di Tanah Suci Mekah berkali-kali.

Ada pula tanggapan sesetengah orang bahawa jenis pekerjaan mempengaruhi kepuasan kerja. Orang sebegini terlalu memilih akan jenis pekerjaan yang nampak elit, pejabat berhawa dingin dan tidak perlu bersusah-payah mengeluarkan tenaga. Bekerja di tempat yang ada unsur 4D – susah (difficult), bahaya (dangerous), kotor (dirty) dan sampah (dust) – dianggap tidak menarik dan menyumbang kepada ketidakpuasan kerja.

Namun, bila bulat-bulat menerima ideologi bahawa kerja yang tiada unsur 4D akan memberikan kepuasan kerja, ini adalah suatu kesilapan besar. Lihat sahajalah para pesawah yang bergelumang dengan lumpur dan pacat di bendang, masih juga mampu berasa syukur dan gembira sewaktu bekerja.

Kepuasan kerja boleh dicipta, dan ia tidak seharusnya berorientasikan faktor-faktor tertentu sahaja. Mungkin kerana terlalu memikirkan rasa tidak seronok terhadap satu-satu elemen, maka kita mengabaikan elemen lain yang besar pengaruhnya dalam membuat kita gembira di tempat kerja.

Kita perlu mewujudkan perasaan seronok untuk ke tempat kerja kerana satu pertiga daripada masa dalam kehidupan kita banyak dihabiskan di situ. Itu sebabnya bila tidak seronok bekerja, maka diri kita mencari jalan penyelesaian yang tidak tepat dan menjejaskan produktiviti.

Banyak usaha yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan kepuasan kerja. Jika suasana tempat kerja tidak selesa seperti keadaan meja yang berselerak dan merimaskan, berusahalah menjadikan menarik dan teratur. Jika selama ini komunikasi dengan rakan sekerja atau pihak pengurus menjadi faktor ketidakpuasan kerja, maka ubahlah cara berkomunikasi seperti memohon maaf, bersifat terbuka dan tidak terlalu sensitif.

Banyak kesan positif yang boleh diperoleh jika kita bijak mewujudkan apa yang dikatakan kepuasan dalam bekerja. Kepuasan kerja mampu mewujudkan sifat integriti kerana setiap tugasan yang perlu dibuat dianggap sebagai amanah dan kepercayaan oleh organisasi.

Dengan itu, produktiviti kerja akan dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan organisasi khususnya dan pembangunan negara amnya.

PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top