♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 26, 2007

Coretan terakhirku di 185 Albert Street

Lebih setengah tahun dah rupanya kitorang berhijrah ke bumi Melbourne ni. Membina hidup baru dengan kitorang bertiga jer; tanpa mak abah dan adik-beradik serta saudara mara di sisi. Niesreena pun dah nak masuk 9 bulan. Banyak masa dalam hidup dia dihabiskan kat dalam rumah kecil kitorang kat 185 Albert St ni.

Esok, insya Allah, kitorang akan pulang balik ke Malaysia untuk bercuti selama 2 bulan bersempena nak menyambut puasa dan raya. Ramai kengkawan kata “tak thrilllah raya kat kampung”, “nanti tak bolehlah nak hantar ucapan salam Aidilfitri dari perantauan kat Utusan atau Berita Harian”. Hehhehehehe… Aku tak kesah tu sumer. Yang penting buat masa ni aku nak balik. Balik ke sisi keluarga aku yang sangat-sangat-sangat aku rindui. Aku pasti diorang pun rindu sangat-sangat-sangat-sangat kat aku, Neezam dan lebih-lebih lagi pada Niesreena. Insya Allah, dalam masa 3 tahun Neezam study ni kitorang akan beraya jugak kat bumi Melbourne ni satu hari nanti. Don’t worry… Tahun-tahun depan pasti kitorang akan sama-sama menangis di pagi raya kat sini. Hehehhehe…

Sejak 2-3 hari yang lepas aku dan Neezam dah mula sibuk-sibuk mengemas barang; barang-barang yang nak dibawa pulang ke Malaysia dan jugak barang-barang yang akan dibawa ke rumah baru November nanti. Penat rasanya… Tapi macam tak habis-habis jer mengemas. Kengkadang tu dah packed, pastu kuar balik, pastu packed balik, pastu kuar balik. Bilalah nak siap mengemas cam tu ek? ;p

Sementara kitorang pulang bercuti ni, semua barang-barang yang kitorang tak bawak balik kitorang tinggalkan kat stor rumah ni. Tuan rumah kitorang yang baik hati ni tak kesah kitorang tinggalkan barang untuk sementara kat sini. Actually tuan rumah kitorang ni memang tersangat baik hati hinggakan diorang sediakan teksi untuk kitorang ke airport esok for free! Thanks Jane!!!

Apa-apapun aku harap perjalanan kitorang esok selamat dan tak bermasalah. Aku cuma risaukan Niesreena ni jer. Takut dia bosan dan mengamuk duduk dalam kapal terbang nanti. Kitorang yang susah. Nak jer aku bagi ubat tidur kat dia esok. Hehehhehe… Tapi aku harap Niesreena baik-baik jer esok. Amin!!! Tak sabar dah nak tengok muka mak dan Joy serta keluarga mertua yang akan menyambut ketibaan kitorang kat KLIA nanti. Tapi diorang mesti lagi tak sabar nak peluk cium Niesreena. Dan aku pun tak sabar nak tengok muka Niesreena yang pastinya cuak melihat atok-atok dan pakcik makcik dia yang menerpa. Mesti gamatlah KLIA nanti dengan bunyi tangisan anak aku yang takut dengan orang yang tak biasa dia tengok ni. Hahahahhaha…

So, untuk makluman semua kengkawan dan pembaca blog aku yang setia, aku dan famili akan berada kat Malaysia dari 28 Ogos hingga 4 November, but will be rotating KL - Segamat. Paham-paham jer lah yer… Insya Allah kalau ada rezeki bolehlah jumpa kengkawan kat Malaysia.

Ok! Sampai sini dulu buat masa ni. Nak mengemas for the very last time!!! Hoperfully!!! Fuuuhhhh… Chiyok Julie!!!

Bye… Taa… Chaow… See ya!!!

Saturday, August 25, 2007

A house we called home

Beberapa hari lagi kitorang akan pulang ke Malaysia. Maknanya tinggal beberapa hari lagi jer lah kitorang akan tinggal kat rumah ni. Balik dari Malaysia nanti kitorang akan masuk ke rumah baru kat Bundoora. Sebenarnya sayang sangat kat rumah ni walaupun tak sebesar mana. Sayang sangat! Rumah ni fully furnish, selesa dan memang lengkap sangat. Internet pun laju dan sewanya pun berpatutan. Tuan rumah pun baik sangat.

Cuma...

Rumah ni terlalu kecik dan sempit. Walau macam manapun kitorang terpaksa gak tinggalkan rumah ni, demi keselesaan Niesreena. Ye lah... Niesreena semakin membesar. So, tak sesuai nak tinggal kat rumah yang kecik ni. Sian plak kat dia nanti...

So, sebelum meninggalkan rumah ni aku snap a few pics sebagai kenang-kenangan. Waaaa... Selamat tinggal, rumah...

Rumah ni ada dua bilik dan satu bilik air...

~Dua bilik tidur~

~Ruang dapur & ruang makan. Ni jugaklah ruang tengok tv~

~Ruang beradu~

~Niesreena's~

~Backyard~

One more thing yang aku suka sangat pasal rumah ni ialah dalam kawasan rumah ni banyak sangat pokok buah-buahan; kiwi, pisang kaki, lemon, zaiton dan banyak lagi buah-buah yang kitorang tak tau namanya. Pokok morning glory pun ada. Cuma musim sejuk ni semuanya dah botak; tak berdaun apatah lagi berbuah. Sebelum masuk musim sejuk ari tu puas kitorang makan buah kiwi dan pisang kaki. Sedap sangat!

:: More pictures @ my fotopages ::

Friday, August 24, 2007

Pupuk patriotisme melalui perarakan

Artikel Neezam disiarkan kat suratkhabar lagi pada hari ni. Artikel Neezam kali ni bukan disiarkan kat Utusan seperti artikel-artikel Neezam yang lepas tapi kat Berita Harian pulak.

Dalam sibuk-sibuk berkemas nak balik Malaysia ni, Neezam sempat lagi menghantar artikel ke suratkhabar. Bagus betul! :)

So, feel free to read it ok!

Pupuk Patriotisme Melalui Perarakan

‘TANGGAL tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah’. Bait dalam lagu bertema kemerdekaan dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini sangat dalam maknanya dan mampu meresap ke dalam jiwa sesiapa saja yang mendengarnya.

Demikian juga dalam meniti tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia tahun ini, menjadi satu kemestian untuk semua warganya berasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai ini.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini adalah peribahasa yang tepat dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak di negara kita perlu dididik nilai patriotisme yang utuh dan penghayatan mendalam terhadap lipatan sejarah dan perkembangan negara dalam era pra dan pasca kemerdekaan.

Mereka perlu kenal siapakah tokoh penting yang memacu kepada kejayaan kemerdekaan negara. Semangat perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V T Sambanthan dan lain-lain lagi perlu diserapkan ke dalam jiwa kanak-kanak agar mereka faham betapa besarnya tanggungjawab untuk mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara.

Kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan setahun jagung ini ke arah landasan yang tepat. Mereka perlu dijelaskan merdeka bukan bererti bebas melakukan apa saja sehingga melampaui batas tata susila, budaya, keagamaan dan perundangan.

Merdeka perlu dihayati sebagai teras menjana pembangunan kendiri, perkembangan nilai keintelektualan dan kesepaduan di antara rakyat berbilang kaum dan agama. Dengan pendedahan seawal usia begini, adalah sangat berkesan dalam membimbing mereka menjadi warga negara yang cintakan negara tanpa belah bagi.

Banyak kaedah boleh dilaksanakan untuk memupuk jati diri dan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak sempena hari kemerdekaan ini. Ibu bapa boleh membelikan anak mereka bahan bacaan yang mengkisahkan susur galur pembangunan dan sejarah negara.

Di pasaran mutakhir ini, terdapat banyak kaset dan CD yang memuatkan lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya disinonimkan dengan halwa telinga kanak-kanak.

Pada peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak, pertunjukan fesyen berbilang kaum, persembahan teater dan nyanyian lagu patriotik atau kempen mengibarkan Jalur Gemilang adalah antara aktiviti yang sangat wajar didedahkan kepada mereka.

Sambutan dan perarakan hari kemerdekaan adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini sama ada berkunjung ke tempat berlangsungnya sambutan berkenaan atau menontonnya di kaca televisyen.

Dalam usia muda sebegini, jika pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak ini diterapkan dengan nilai patriotisme, adalah diyakini mereka akan terus menjadi generasi yang kental dengan semangat sayangkan negara.

Mereka akan sentiasa mempunyai kesedaran untuk mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara sebaiknya, walau dengan apa cara sekalipun.

Penghayatan nilai kemerdekaan sebegini juga dapat memastikan bahawa ke mana-mana saja mereka pergi di setiap ceruk dunia kelak, perasaan bangga menjadi ‘anak Malaysia yang merdeka’ akan dibawa bersama-sama.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Universiti Sains Islam Malaysia(Usim).

Wednesday, August 22, 2007

Bila pisang dan Oprah berjumpa!

Macam biasa, pukul 1 mesti aku tengok Oprah. Tetamu jemputan hari ni ialah Morgan Freeman. Freeman nak tunjuklah skill memasak dia pada Oprah. Resepi istimewa Freeman untuk Oprah ialah 'Banana Beignets'. Aku pun beria lah tengok. Kot-kot kalau senang nak buat, nanti bolehlah cuba. Nama resepi tu macam best jer… mesti sedap!

Mula-mula pukul telur sebiji, then masukkan garam… Freeman kata “I’m good at this…” pastu masukkan flour. Bila dah sebati celupkan pisang dan deep fry. Taaadaaaaaa… dah siap!!! Rupa-rupanya Freeman buat pisang goreng! Ceh! Si Oprah ni makan beria jer. Macam tak pernah makan pisang goreng seumur hidup dia. Mungkin memang tak pernah kot. Hahahhaha… Kesian kat Oprah…

Tuesday, August 21, 2007

MSA Dinner 2007, La Trobe Uni

Baru jer balik menghadiri dinner 'Malaysian Student Association' kat La Trobe tadi. Ramai lagi rupanya orang Malaysia kat La Trobe ni yang kitorang tak kenal. So, tadi sempatlah berkenal-kenalan dengan diorang.

Walaupun cuaca sejuk giler, tapi ramai gak yang berbaju kurung. Nasib baik dalam dewan makan tu warm. Hehehhe...

Banyak acara kebudayaan Malaysia yang ada tadi; sajak, pantun, zapin, live band pun ada! Neezam took part dalam menggayakan baju batik. Jadi model seh! Hehehhe... Makanan Malaysian pun banyak. Memang bestlah makan. Tapi kitorang tak tunggu sampai habis majlis pun sebab Niesreena nampak dah kepenatan. Sian puteri aku... So, kitorang decided untuk balik jer...


:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Sunday, August 19, 2007

Melbourne Parliament and surroundings

Hari ni kami jalan-jalan ke city lagi. Main objectives are, 1st; seeking for some more sourvenirs for our relatives. Al maklumlah, hari tu dah gi beli 3-4 kali pun, still ada orang-orang yang tercicir dari list... so kenalah beli jugak, as our token of remembrances bila balik Malaysia lagi 1 minggu nih.

So today we disembarked at Parliament Station, snapped some pictures depan Princess Theater, Parliament, Hotel Windsor, Hard Rock Cafe, and Queen Victoria Market.

2nd, kami sudah ketagih laa mau makan di Es Teller... enak pak, sedep buk!! Kesian kat Niesreena, mama dgn ayah makan sedap-sedap, Niesreena cuma makan bekal dibawak dari rumah... huhu... Takpe, dah besar sikit sok Niesreena makanlah puas-puas eh sayang? Boleh jadi debab dan montel macam mama. :)


:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Saturday, August 18, 2007

Tahniah Joy! Chaiyuk adik!

Untuk kali ketiganya, mak menjejakkan kaki ke Dewan Sultan Ismail, UTM Skudai hari ni. Tujuan yang sama seperti mana mak duduk di dalam dewan tu dua kali beberapa tahun yang lalu.

Pertama kali mak masuk ke DSI dengan abah masa aku terima ijazah aku. Kali kedua masa adik aku, Joy, konvo untuk diploma dia. Dan hari ni mak sekali lagi duduk di DSI untuk tengok Joy terima ijazah dia pulak. Insya Allah, tiga tahun lagi, mak akan sekali lagi duduk di dewan yang sama untuk tengok adik pulak terima ijazah dia, sementelah adik pun sedang study kat UTM.

Yup! Ketiga-tiga adik beradik aku sambung belajar kat UTM. Termasuklah hubby aku. Hehehhehhe…

Hari ni abah tak ikut untuk tengok Joy konvo sebab kaki abah yang masih belum sembuh. So terpaksa berehat kat rumah jer. Masa Joy konvo diploma dulu, abah datang tapi tak masuk ke dewan. Abah bagi peluang untuk adik masuk (sebab 2 orang untuk satu family jer yang boleh masuk ke dewan konvo) dan tengok abang dia naik ke pentas untuk terima diploma. Kononnya sebagai perangsang untuk adik aku yang masa tu masih sekolah lagi supaya dia dapat ikut jejak langkah abang dan kakak dia ni lah kononnya. Dan alhamdulillah adik dapat jugak masuk U dan kat U yang sama plak tu. Tak berkembang langsung. Hehehehhehe…

Konvo Joy kali ni mak masuk sorang jer, tak berteman memandangkan abah tak dapat nak ikut. Actually adik pun berada di dewan yang sama gak tapi dia ikut okestra, main piano yang mengiringi sepanjang upacara konvokesyen. So, dia duduk kat tingkat atas dewan tu.

Aku dapat jugak tengok Joy pakai jubah dan mortar board dia masa adik call melalui 3G tadi. Tak sangka dapat jugak tengok Joy yang segak dengan jubah dia. Nampak happy jer dia. Mak pun nampak happy sangat. Mana tak nya… tu lah yang dia harap-harapkan dari kitorang adik-beradik selama ni – ‘belajar biar sampai masuk universiti, genggam ijazah, so, tak der orang akan pandang rendah pada kita’. Tu lah kata-kata perangsang mak selama ni.

Joy, nasib memang menyebelahi dia. Dia tak susah-susah cari kerja tapi kerja yang datang cari dia. Company cina yang Joy pernah kerja sebelum dia sambung belajar dulu offer dia kerja semula. Seminggu selepas habis jer final exam, Joy dah mula kerja dengan gaji yang memang best untuk fresh graduate. Dapat kereta dan laptop company dan beberapa elaun termasuklah elaun untuk topup handphone. Giler ar… Aku dulu 6 bulan nganggur sebelum dapat kerja tetap dengan gaji best. Huhuhuhu…

Apa-apapun aku gembira untuk Joy. Aku harap dia berjaya dalam hidup dia. Aku tahu… Satu kenangan pahit dalam hidup dia dulu telah mengubah hala tuju dia ke destinasi yang sekarang ni. Dan aku juga berharap hasrat dia untuk mendapat gelaran IR akan terlaksana suatu hari nanti. Aku jugak berdoa agar adik dapat menghabiskan pengajian dia dengan baik dan bertahan dengan dean list dia hingga ke akhir semesta nanti.

Amin…

Dan untuk diri aku! Aku tak nak berhenti belajar setakat ni jer. Insya Allah kalau ada rezeki aku masih bercita-cita lagi untuk sambung master dan kalau ada rezeki lagi, kalau panjang umur aku jugak nak sambung PhD macam hubby aku. Semuanya bergantung pada usaha, masa, duit dan yang penting doa. Betul tak? Buat masa ni aku terpaksa kuburkan dulu hasrat untuk sambung belajar sebab nak tumpukan perhatian untuk puteri kitorang yang sorang tu. Insya Allah bila sampai masanya, akan ku kerah otak aku untuk bekerja supaya tak terus tepu seperti sekarang ni!!!

Thursday, August 16, 2007

Rajinnya... Niesreena 'tolong' mama lipat baju

Tengoklah Niesreena ni... Mama lipat baju, dia 'tolong' serakkan pulak. Sabar je lah...



:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Saturday, August 11, 2007

Taa...

Hari ni, akhirnya, kak Diana, our housemate, berpindah keluar. Aku ingatkan kitorang yang akan tinggalkan kak Diana sesorang tinggal kat rumah ni, rupa-rupanya dia yang pergi meninggalkan kitorang terlebih dahulu. Actually kak Diana berpindah ni pun tanpa dirancang. Secara tak sengaja, ada sorang hamba Allah ni offer rumah kat dia. Sewa murah dan lebih dekat dengan office dia.

So, tadi kitorang tolong kak Diana berpindah. Tolong angkat sikit-sikit barang dia ke rumah baru sebab kak Diana tak dapat cari kereta dan terpaksa naik tram jer. Teksi mungkin too costing sebab rumah baru kak Diana tu memang jauh dari rumah kitorang ni. Dapatlah jugak aku berkenalan dengan housemate baru kak Diana tadi sebab dia pun tolong kak Diana pindahkan barang. Berasal dari mana ntah aku tak hengat tapi dari tanah Arab lah dan dia dah dapat PR sini. Duduk kat bumi Australia ni hampir 13 tahun dan memang ‘Aussie’ giler lah. Agak menjengkelkan bagi aku. Huhuuhuhu… Maybe kak Diana boleh tahan dengan orang macam tu and hopefully she's really can!

Walau macam mana pun aku rasa housemate baru kak Diana tu walaupun menjengkelkan (bagi aku) tapi mungkin baik jugak orangnya. Kalau dia tak baik tak kan lah dia susah-susah nak tolong kak Diana pindah barang dengan naik tram pulak tu, 2 kali trip pulak tu. Ye tak? Baik tak? Hehehehhe…

Anyway, aku harap kak Diana bahagia dengan rumah dan housemate baru dia.

And hopefully we can still keep in touch.

Ok, taa…

Tuesday, August 7, 2007

Balik dah…

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas abah dah keluar dari hospital. So abah dan mak, berehat kat rumah ajerlah.

Adik pun dah balik ke UTM sehari selepas tu. Abah bosan terbaring kat atas katil, dan mak pulak tak boleh nak buat kerja rumah seperti biasa sebab tangan mak masih sakit.

Setiap hari ada jer sedara-mara dan jiran-jiran yang sedekah lauk pauk memandangkan mak tak boleh nak masak. Baiknyer diorang… Tu lah untungnya berbaik-baik dengan orang; bila kita dalam kesusahan ada jer tangan yang menghulurkan bantuan.

Kadang-kadang Joy beli lauk kedai jer. Abah tu kalau boleh tak suka makan masakan dari air tangan orang. Kalau boleh nak masakan mak jugak. Tapi memandangkan mak pun tak boleh ‘berfungsi’ so terpaksalah jugak makan jer apa yang ada.

Macam tu lah setiap kali bila mak tak sehat; mesti ‘dapur tak berasap’. Hehehehehhe… Hopefully they will recover really soon. Lebih-lebih lagi aku nak balik ni. Rindu sangat nak makan masakan emak.

Monday, August 6, 2007

Happie birthday Adik!

Adik
Heppie 20th birthday!
Dah tua dah adik. Hehehe...
Tunggu 3 minggu lagi akak balik Malaysia kite gi round KLCC, shopping-shopping dan makan kat nandos k!
Miss you sooooo much!





Sunday, August 5, 2007

8 bulan si Niesreena

Esok Niesreena akan masuk 8 bulan. Dah besar kan? Kejap jer rasa dah 8 bulan dah si kecik nie. Banyak perkembangan terbaru Niesreena dalam sebulan dua ni.

First sekali, as I wrote in my post before, Niesreena dah ada gigi pertamanya! Dan sekarang ni, sebatang lagi gigi Niesreena sedang nak tumbuh, menyebabkan gums Niesreena bengkak sekali lagi. Tapi alhamdulillah, setakat ni Niesreena tak demam dan meragam teruk. Cuma kengkadang tu Niesreena nangis sekejap-sekejap, mungkin bila terasa gums dia sakit. Sejak-sejak ada gigi ni lagi ligat Niesreena nak mengigit-gigit. Dah tu gigit geram pulak tu. Kelakar bila tengok muka dia yang tengah geram tu. Beria-ria dia gigit.

Niesreena jugak dah pandai bergerak ke depan ketika meniarap dan juga berjalan. Laju pulak tu gerak dia. Lebih-lebih lagi kalau aku buka pintu, laju jer Niesreena gerak ke pintu, nak keluar.

Niesreena pantang kalau orang ambil barang yang sedang dia pegang. Terutamanya kalau rampas jer. Nanti mesti dia jerit. Kalau mintak elok-elok, insya Allah, Niesreena akan bagi…

Kalau tak suka atau tak nak, Niesreena akan geleng kepala. Begitu jugak kalau ayah atau mama kata ‘tak nak’, nanti Niesreena akan geleng jugak. Kalau ayah atau mama kata ‘aaaa ayah’ atau ‘aaaa mama’, Niesreena akan sua tangan dia kat mulut ayah atau mama. Konon-konon nak suaplah. Tapi yang paling aku tak tahan bila tangan dia dah sampai kat mulut kitorang, nanti dia cekau pulak. Sakit tuuuuu…

Makin kuat membebel. Ntah apa-apalah yang dia bebel. Pagi-pagi lagi bila dia dah bangun, terus jer membebel. Kengkadang tu tak bukak mata lagi dah bebel. Mungkin Niesreena nak ikut jejak langkah ayahnyer yang suka membebel dan kerja pun membebel gak. Huhuhuhuhu….

Niesreena dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi malas. Kengkadang jer dia nak pegang, kalau pegang pun jap tu dia tarik-tarik botol tu dari mulut dia pastu dia gelak. Mesti dia gelakkan mak ayah dia yang terpaksa pegang botol susu dia tiap masa.

Banyak lagi development Niesreena kalau aku nak senaraikan kat sini. Tapi aku hilang idea nak menulis sebab Neezam tengah sebuk nyanyi lagu ‘Aku anak singkong’ dengan lirik dia sendiri sambil joget-joget dengan Niesreena. Haiyoooooooooo….

Anyway, heppie 8 months young my little angel! Mama & ayah luv you sooooo much!

:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Thursday, August 2, 2007

Niesreena enjoying her rusk >> sleeping >> laughing

Ada-ada jer gelagat Niesreena yang mengelikan hati mama dan ayah. Sambil makan boleh tertidur dan sambil tertidur boleh pulak tergelak-gelak. Bukan senyum tau... gelak. Memang gelak tahap terkekeh-kekeh. Kitorang pun ikut tergelak sekali dengan keletah Niesreena ni.


:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

Wednesday, August 1, 2007

The third day

Pagi tadi sementara abah dalam bilik operation, adik teman mak gi periksa tangan kanan mak yang sakit dan semakin membengkak tu. Tu pun setelah dipaksa oleh adik, barulah mak nak check, kalau tak mak kata “alaaa cuma terkehel jer. Esok lusa baik lah…”

Haaaa… bila dah buat check-up barulah tahu rupa-rupanya dua daripada jari tangan kanan mak patah akibat daripada accident hari tu. So, mak perlu ditahan kat wad gak. Adik terpaksa buat urusan ward mak pulak sebab Joy kerja setelah cuti 2 hari.

Untuk sementara waktu, mak ditempatkan kat ward sementara. Setelah tangan mak siap disimen. Mak request kat doctor supaya dia tak ditahan kat ward sebab mak nak jaga abah kat ward abah. Nasib baik doctor tu paham dan tak tahan mak.

Macam tu lah mak; selalu pentingkan orang lain dulu tanpa pedulikan keadaan diri sendiri. Tapi ‘orang lain’ tu bukan saper pun, orang yang mak sangat sayang, orang yang mak habiskan lebih separuh daripada hidup dia hidup bersama-sama. Mungkin kalau aku kat tempat mak, aku pun akan jadi macam tu jugak.

Kesian abah, lapar sangat lepas operation. Mana tak nya, dari malam tadi abah disuruh puasa; tak boleh makan dan minum selagi belum operate. Mak pun kelaparan sebab kelam kabut dengan urusan abah nak operate pagi tadi dan tak pasal-pasal tangan dia pulak bersimen.

Jap tadi, adik dan Joy keluar gi cari makanan untuk abah dan mak. Abah teringin nak makan capati mamak dan mak pulak nak makan nasi. Tak lalu makan makanan kat hospital. Kesian kat diorang. Mesti kepenatan…

Sabarlah mak, abah, Joy dan adik. Nanti kitorang balik, kitorang akan tolong. Memang kalau boleh nak jer terbang balik saat ni jugak. Mintak maaf sangat sebab tak berada di sisi korang masa ni. Minta maaf sangat…

Di saat ni barulah aku sedar, adik-adik aku dah besar rupanya. Dah boleh tolong uruskan keperluan mak abah di saat diorang memerlukan dan di saat aku tiada di sisi diorang untuk membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top