♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 6, 2007

Niesreena dah 5 bulan!

Hari ni, 6hb Mei, usia Niesreena dah mencecah 5 bulan. Dah besar dah anak mama dan ayah nie. Rasa macam sekejap jer. Rasa macam baru jer keluar dari operation theater bersalinkan Niesreena. Alhamdulillah Niesreena seorang baby yang comel dan bijak. Niesreena cepat belajar benda baru. Makin besar makin banyak gelagat dan keletah dia.

Sekarang ni Niesreena dah kurang tidur siang sebab… dia nak mainnnnn jer. Kitorang yang penat nak melayan Niesreena. So, sebuk atau tak, terpaksa jugak kitorang meluangkan masa untuk melayan keletah Niesreena sebab Niesreena tak suka main sorang-sorang. Tapi paling tak tahan kalau Niesreena bangun tengah malam, pukul 3, 4 pagi minum susu then nak main. Niesreena akan panggil-panggil mama dan ayah. Jangan tak tahu… Niesreena dah pandai jerit kuat-kuat, mana tak terbangun kitorang dibuatnya.

Waktu minum susu pun suka main-main; kejap hisap susu then gelak-gelak then hisap balik then luah semula then nak isap lagi. Kengkadang nak marah jugak sebab habis susu terluah, comot-comot kat mulut Niesreena dan kengkadang tu sampai basah baju. Bila Niesreena main-main macam tu aku terpaksa tunggu (sebab pegang botol susu Niesreena) Niesreena minum susu dalam jangka masa yang lama. Fuuuhhhhh… Tak sabar nak tunggu Niesreena pandai pegang botol susu sendiri. Biler letak tangan Niesreena kat botol kengkadang tu Niesreena akan pegang botol tu jugak tapi sekejap jer.

Tabiat baru Niesreena sekarang ialah hisap jari, jari-jari… Hmmmm… kalau nak tahu, jari-jari Niesreena memang basah setiap masa. Hehehhehe… Yang kelakarnya biler dah masuk sumer jari-jari dalam mulut then nak masukkan sekali dengan tangan dia dan kengkadang tu dua-dua belah tangan nak masuk dalam mulut. Macamlah mulut dia yang comel tu besar sangat. Biler kitorang tarik tangan Niesreena, Niesreena akan buat lagi dan biler berkali-kali ditegah, Niesreena akan marah. Mulalah dia merengek…

Sejak dah pandai meniarap sendiri ni, Niesreena memang asyik nak meniarap jer. Pantang dibaringkan, sekejap jer Niesreena akan meniarap sendiri. Paling aku tak tahan biler nak tukar pampers dan bersihkan Niesreena. Bersungguh-sungguh Niesreena nak meniarap. Aku baringkan, Niesreena meniarap balik… Fuhhhh… penat! Macam-macam cara aku buat untuk tarik perhatian Niesreena supaya sentiasa baring, tapi Niesreena kurang berminat. Huahahhahaha… So, waktu membersihkan Niesreena adalah waktu ‘berperang’ kitorang!

Ish… macam-macam… penat gak layan Niesreena tapi seronok! Memang seronoklah ada baby! Bersyukur sangat sebab diberi peluang olehNya untuk menjadi emak.

Niesreena sayang…

Happie 5 months old!!!

Semoga membesar dengan sehat, ceria dan bijak serta menjadi anak yang solehah hendaknya… Amin…

Jangan lupa lawat fotopages kitorang untuk tengok lebih banyak lagi Niesreena’s comey-comey pics kat fotopages aku ok!

13 comments :

Nat said...

Makin besar..makin cam muka neezam laa……
Rindunya lama tak tengok Niesreena!!!!

Sabrina said...

These pictures look so wonderful.. and the baby look so adorable and cute....
Muuuaaahhhhhhzzzssss....from auntie... :*

Ummi Farra said...

soooooooooo cute this baby la....umie fara rasa nak cubit pipio dia geyamnyeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Kak Amy said...

mmg seronok tau bile our baby on their learning path...ya rabiiii comey x hingat n hepi sesgt......

Fynn said...

She's soooo cheeky and cuteee!!!! Anyway Happy 5 Months Old!!!

MaLyN said...

ala tomeiiiinyeeeeeeeee

*juliet le sweetheart said...

Tq uols! :)

Mas said...

comei bgt baby reena.....hehehe..umur baby reena sama ngan umur baby dlm peyut auntie mas la...

*juliet le sweetheart said...

teringin nak tengok mas pakai baju ngandung. Jaga diri bebaik tau mommy-to-be! Wish you all the best!

Sid said...

gebu nyer niesreena....se GEBU mama nyer! hahhahahah...

*juliet le sweetheart said...

gebu tak tahaaaannnnnn...

As mama iffah said...

comeeeyyy betulla anak kak julie...geramnye as...x sabo nak tunggu iffah besar...hehe..

*juliet le sweetheart said...

As, akak dah tengok gambar anak as tapi kat fp zura. Hehhehehehe... Comey betul... Rambutnyer lebat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top