♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 1, 2007

Kisah baby Alesha Abriza

Dah lama aku tak update blog. Antara beberapa sebabnya ialah tak der benda sangat nak citer a.k.a ada citer tapi tak per lah, dan aku sangat-sangat bz. Muahahhahaha… I’m the bziest housewife! Walaupun duduk kat rumah 24 jam tapi ada jer benda nak buat. Jarang-jarang jugak nak dapat surf internet dan chatting dengan kengkawan. So biler ada peluang akan aku cuba manfaatkan betul-betul.

Beberapa malam yang lepas aku tak boleh tidur. Neezam dan Niesreena dah lama beradu. Aku plak dah tak tau nak surf apa lagi kat internet ni. So aku surf laman-laman fotopages orang. Aku just klik dari satu link ke satu link sehingga aku terjumpa fotopages yang satu ni >> http://viruspadu.fotopages.com. Dan kat sini aku nak kongsi pengalaman dan ketabahan sepasang suami isteri ni dengan korang, pembaca blog aku.

Aku view dari laman pertama fotopages ni. Bermula dengan wajah gembira ibu yang sedang mengandung setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga. Then baby comelnya dilahirkan dan diberi nama Alesha Abriza. Ditakdirkan Allah swt, baby Alesha nie sakit. Dan bermula perjalanan cerita baby Alesha. Aku sedih sangat baca coretan ibu dan ayah baby Alesha ni. Diorang selalu berdoa dan meminta pembaca blog diorang mendoakan baby Alesha sehat. Baby Alesha keluar masuk hospital sejak 2 hari dilahirkan sebab sakit. Bermula dengan sakit kuning dan kemudian jangkitan kuman kat paru-paru. Dalam fotopages ni memang banyak gambar-gambar baby Alesha yang comel. Tapi kesian tengok gambar-gambarnya yang kebanyakkannya baby Alesha dalam keadaan penuh dengan tiub-tiub pada badan terbaring dalam incubator. Dari hari ke sehari baby Alesha bertarung untuk hidup sehingga ke hari 150 baby Alesha berada di dunia akhirnya baby Alesha pergi menghadap Illahi.

Ya Allah! Sedih sangat. Bergenang air mata aku membaca blog tu, lebih-lebih lagi bila baca coretan ayah baby Alesha di saat-saat baby Alesha menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Sekarang ni rasanya dah hampir setahun baby Alesha meninggal dunia dan kedua ibu bapa baby Alesha pun dah dapat baby baru pada bulan lepas. Dan aku doakan semoga baby baru diorang yang diberi nama Annisa Abriza berada dalam keadaan yang sehat walaupun ada tanda-tanda kuning.

Malam tu, lepas baca fotopages tentang baby Alesha, aku terus tutup pc dan baring di sisi baby Niesreena yang sedang tidur. Aku tatap wajah Niesreena lama-lama tapi rasa tak puas, kemudian aku kucup dahi Niesreena. Comel sangat anak mama ni…

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana menganugerahkan aku seorang bayi yang sehat dan comel serta suami yang baik.

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memudahkan segala urusan kehidupan kitorang dan jauh daripada segala penderitaan dan kesedihan.

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana orang-orang yang aku cintai dan sayangi masih ada di samping aku.

Dan aku akan terus berdoa kepada Allah swt agar selalu mencurahi nikmat dan rahmat ke atas kehidupan kami sekeluarga. Sesungguhnya Dialah yang berkuasa diatas segalanya…

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top