♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 22, 2007

Puteri aku

Hari ni aku pakaikan Niesreena gown yang dibuat sendiri oleh moyang Niesreena kat Batu Pahat. Ingatkan hari tu nak pakaikan masa majlis potong jambul tapi baju tu tertinggal plak kat KL. Sayang betul... Comel betul Niesreena dengan gown smoky dia tu...

Hmmmm... dah comel-comel cam ni... biasalah... tangkap gambarlah! Apa lagi... Hehehhe... Haaaa... Niesreena pulak, macam tau-tau jer mama nak tangkap gambar dia, macam-macam aksi dan memek muka plak yang Niesreena buat. Comel tol!


Niesreena ni sebenarnyer malas nak main dengan gym dia tu. Tapi aku dan Neezam selalu letak jer gym tu kat Niesreena sebab gym ni penting untuk mengajar baby main-main dan mencapai objek. Niesreena akan main kejap then jerit panggil mama dan ayah, nak dokong... Kalau kitorang tak layan then Niesreena akan main lagi then jerit lagi dan begitulah seterusnyer sehinggalah Niesreena betul-betul jerit nak berdokong then terpaksalah aku atau Neezam dokong Niesreena.

Niesreena akan betul-betul luangkan masa dengan gym dia kalau kitorang ada sama-sama main dengan dia. Kalau dia mula jerit... cepat-cepat kitorang tarik gym's baby cow tu untuk kuarkan lagu 'twinkle twinkle little star'. Niesreena diam kejap jer dengar lagu tu, pastu Niesreena malas nak layan and continue jerit... "bosanlah gym ni mama!!!"

Kitorang pun selalu ajar Niesreena untuk meniarap supaya dia cepat leh merangkak. Buat masa sekarang Niesreena dah boleh meniarap dengan betul dan menegakkan kepala dia. Cumanyer biler Niesreena cuba bergerak, Niesreena akan bergerak makin ke belakang, bukan ke depan. Huhuhuhuhu... Go go cayuk Niesreena cayang!


Niesreena memang tak reti nak baring lelama. Nanti Niesreena bosan then mulut dia mula bising-bising. Sekarang ni Niesreena dah boleh duduk tapi still dengan bantuan. Niesreena belum boleh duduk sendiri. Hopefully in the next few weeks she can sit by herself!


Banyak lagi gambar-gambar comel Niesreena kat fotopages aku. Jom ler singgah menjenguk yer.

7 comments :

aleeyamarissa said...

ish..ish..baby nie sgtla comel n tembam..rase nk cubit jek pipi tuh..geram..ehehe..kite pun baby gaks..haha

anaknaga said...

sib baik baby ni dalm gambo...kalu depan bijik mata aku...maunyer bdak ni nangis tak henti2 4 hari 4 mlm aku cubit....heheheh...

zahar said...

salamz...

woit budak tecik!! muka ko mcm papa ko lah.... hahaha amacam cehat ker??? yo zam korang sihat ker?? wei ini budak tecik bila nak balik malaysia?aku nak culik dia.....geram tgk pipi dia. wahahahah

niereena punya mama punya suami said...

Ayah@Papa@Daddy@abah@bapak@appa niereena dah makan pipi dia sume...dah tinggal tulang je...har har har!

Zahar said...

takpe... ada satu lagi babi yg aku tunggu dr aus tu... yg rambut afro tu... org jawa ckp "bayi tuek"... yg tu pun aku tunggu gak... nak ajak di amain pool.... pool revenge.... huahahah

Zai said...

Juli..sekali imbas bayk muka Neezam la..

*juliet le sweetheart said...

Banyak kali imbas pun memang banyak muka ayah dia ler zaiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top