♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 24, 2007

Great Ocean Road

Setelah membuat perancangan lebih kurang 2 minggu, hari ni kitorang mengikuti rombongan recognized by LUPA (La Trobe University Postgraduate Association) ke Great Ocean Road. Kitorang bertolak dari Uni pukul 7.40 pagi dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. Nasib baik kitorang sampai cepat 1 saat, kalau tak dah kener tinggal. Huhuhuhuhu… Turut mengikuti rombongan ni ialah 10 orang Malaysian, termasuk aku, Neezam dan Niesreena, and the rest 30 orang ialah foreigner students.

Setelah hamper 3 jam perjalanan, kitorang pun sampai kat first destination iaitu Anglesea. Angin kuat giler kat sini, sampaikan aku rasa nak ikut terbang sekali. Cuaca sejuk sangat membuatkan aku bimbang dengan Niesreena sebab takut Niesreena tak buleh nak adapt dengan cuaca cenggitu. Tapi nampaknyer Niesreena ok jer. Alhamdulillah…

Anglesea ni famous sebagai tempat orang surfing sebab ombak kat sini sangat kuat. So masa kitorang datang tu dapatlah jugak kitorang tengok orang yang dok surfing. Eeeeee… tak sejuk ker ek? Hehehhee… View kat sini sangat cantik! Lepas snap 20 – 30 gambar, kitorang pun bergerak ke second destination.

Second destination ialah kat Lighthouse. Tak jauh dari lokasi Anglesea. Cuma lebih kurang 15 minit perjalanan dengan menaiki bas. Walau camner pun kitorang perlu mendaki lebih kurang 5 minit untuk ke Lighthouse tu. Penat gak naik bukit. Tapi biler dah sampai atas memang sangat puas hati sebab permandangan kat kawasan lighthouse tu dan kawasan sekitarnyer memang sangat cantik. Dari situ jugak boleh nampak country homes di sebalik gunung ganang, laut lepas yang menghijau dan pantai yang cantik.

Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kitorang tiba plak kat Apollo Bay. Perjalanan dari Lighthouse ke Apollo Bay ni sangat snaky. Nak muntah aku dibuatnyer, dah lah perut lapar. Neezam still maintain. Niesreena sempat gak menyusu dalam bas. Huhuuhuh… Sampai kat Apollo Bay ni kitorang (all the Malay excursion members) mulalah menjamu bekalan yang dibawa. Actually memang dah rancang awal-awal untuk wat pot luck. So, macam-macam adaaaa; speghatti, bihun, mee, nasi impit, rendang ayam, agar-agar, sandwich dan tembikai. Kitorang bawak speghatti.

Lepas makan barulah terasa lega sikit perut ni. Tak lah rasa nak termuntah dah sebab masuk angin. Hehehhee...

Apollo Bay ni macam pekan koboi jer. Tapi sangat bersih dan menarik. Banyak sangat burung dari pelbagai spesis. Cuaca masa tu plak sangat sejuk… Menggigil kitorang dibuatnyer. Tambahan pulak hujan renyai-renyai. Hidung Niesreena pun jadi merah sebab sejuk. Nasib baik Niesreena tak selsema.

Dah kenyang kitorang terus bergerak ke destinasi seterusnyer. Ingatkan 20 – 30 minit perjalanan jer, rupa-rupanyer hampir 2 jam. Huhuhuhuhuhu… giler jauh. Jalan yang berliku dan bergunung-ganang membuatkan aku rasa macam nak muntah. Terpaksa aku memaksa diri aku untuk tidur untuk elakkan rasa mabuk. Tapi rasa rugi sangat tidur sebab sesekali aku bukak mata tengok view kat luar sangat cantik. Tapi aku tak larat nak bukak mata lelama sebab rasa nak weeeeekkkkkk… Huhuhuhuhu…

Neezam kejutkan aku biler dah sampai ke destinasi. Ni lah tempat yang kitorang tunggu-tunggu sebenarnyer; 12 Apostles. Apostle ni merujuk kepada batu-batu besar yang terjadi secara semulajadi akibat daripada hakisan angin dan ombak kuat dan ada 12 kesemuanyer. Permandangan kat sini memang tersangaaaattt cantik! Aku teruja sangat melihat keajaiban yang Allah swt tunjukkan. Subhanallah… memang sangat cantik dan unik!

Salah satu daripada batu-batu kat sini dinamakan London Bridge. *Gambar kat atas ni* Kenapa? Sebab bentuknyer macam London Bridge kat London tu tetapi sebahagian daripadanyer dah runtuh. Hmmmm… mungkin lagu ‘London Bridge is falling down’ tu merujuk kepada batu ni ker? Huhuhuhuhu… Apa-apa pun, permandangan kat sini sangaaattt cantik. Cuaca sangat sejuk dengan angin yang sangat kuat. Sesekali aku rasa nak jatuh sebab ditiup angin kuat. ;p

Kitorang bergerak balik pada pukul 4.30 petang. Balik ni kitorang lalu jalan lain, tak lalu jalan yang kitorang lalui masa datang tadi. Kali ni lalu jalan lurus jer. So, mampulah aku menikmati keindahan di sepanjang jalan. Kitorang melalui kawasan suburs dan di kiri-kanan jalan kebanyakkannyer terbentang luas kawasan ladang ragut. Sesekali terdapat banyak lembu, seladang, biri-biri dan kuda yang sedang meragut rumput. Permandangan sangat menarik…

Arrrrhhhhh… penat… tapi puas hati… Kitorang sampi kat La Trobe mengikut schedule iaitu pukul 8 malam.

Memang seronok perjalanan ke Great Ocean Road walaupun penat dan sesekali aku rasa mabuk nak muntah. Hehhehehe… Bersyukur sangat sebab diberikan kesempatan dari Allah swt sebab diberikan peluang melihat salah satu daripada keindahan ciptaanNya. Insya Allah kalau ada rezeki dan biler Niesreena besar sikit, aku akan pergi lagi ke sana…

Ada banyak lagi gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan kitorang. Jom singgah ke FP aku k!

1 comment :

zura said...

wah...jalan sakan niesreena ye....

back to top