♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 30, 2007

Puding caramelku

Hari ni Neezam puasa. So, sajer jer nak wat dessert speciallah kononnyer untuk suami tercinta berbuka puasa. Cari-cari kat internet jumpa resepi puding caramel. So apa lagi… biler tengok semua bahannyer simple dan sedia ada kat rumah, aku pun terus ler mencuba…

Hanguskan gula, kacau telur dan susu, stim 30 minit Siap! Senang jer… Aku buat 2 adunan… 1 aku kukus, dan 1 adunan lagi aku masukkan dalam microwave.

Hasilnyer… huhuhuhuhu… Yang dari dalam microwave, bentuknyer jadi ntah haper-haper ntah. Sebab ikut resepi sepatutnyer kukus, tapi aku sejer jer gunakan microwave. Nasib baik satu adunan lagi yang aku kukus menjadi dengan cantik tapi biler aku terbalikkan puding keluar dari bekas dia, puding tu hancus plak. Huhuuhuhu… Jadilah puding caramel hancur…

Tapi nasib baik rasanyer sedap. Hehhehehehe… Serius sedap! Neezam pun kata sedap. Hmmmm… mungkin Neezam nak amek hati aku jer kot?

Lain kali nak cuba buat lagi! Nak ‘menjelitakan’ lagi pudingku yang sedap itu. Hehhehehehe…

Wednesday, March 28, 2007

Niesreena perhati angin

Sekarang dah masuk autum. So, angin sangat kuat. Sajer jer aku letakkan Niesreena dalam stroller dia sementara aku sidai baju. Diam jer Niesreena duduk dalam stroller dia tu. Biler aku tengok kat Niesreena, ruper-rupernyer Niesreena tengah kusyuk perhati angin. Niesreena pandang jer kat daun pokok kiwi yang bergoyang-goyang tu. Kusyuk betul!

Tengoklah muka Niesreena tu. Hehehhehehe... Comel kan... Ada banyak lagi muka comel Niesreena kat fotopages aku. JOm tengok!

Monday, March 26, 2007

25 jam sehari?

Hari Ahad lepas, sedang kitorang bersiap-siap untuk ke BBQ recognized by our landlord, Jane, tetiba jer aku terdengar Neezam berborak dengan our ‘yardmate’ si May. Then aku pun sajer lah sebuk-sebuk pergi kat diorang untuk mengetahui biji butir perbualan diorang. Bukan jeles tau... sajer jer nak sibuk-sibuk... ;p

Kata May, malam tadi kat berita tv ada bagitau yang masa kat Australia dilambatkan 1 jam sebab dah masuk winter; day light saving ends. Bila jam masuk pukul 3 petang, patah balikkan masa ke pukul 2 petang. Hmmmm?

Aku macam pelik jer; tukar waktu semata-mata kerana dah masuk winter? Sebelum ni aku dan family pernah tinggal kat UK. Tapi kat sana tak der ler tukar-tukar waktu biler tukar musim. Pelik kan? Kat negara mana lagi ada buat sistem macam ni?

So sekarang ni beza waktu antara Malaysia dan Melbourne ialah 2 jam sahaja berbanding minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnyer iaitu 3 jam.

Hmmmm… maksudnyer hari Sabtu lepas, 24hb March, sehari ada 25 jam ler ek..?

Sunday, March 25, 2007

BBQ @ Fairfield Park Boathouse

Penat berjalan sehari suntuk semalam tak hilang lagi, hari ni kitorang ke Fairfield Park Boathouse. Kitorang ke sana atas jemputan tuan rumah kitorang, Jane and family. Diorang recognized bbq ni untuk semua para penyewa dia dan kenalan rapat. Kata Jane Fairfield Park ni antara park yang terkenal dan tercantik dekat Melbourne ni. So, dia sajerlah bawak kitorang ke sini untuk menikmati keindahan alam.

Kitorang bertolak dari rumah dengan cab lebih kurang pukul 1o3o pagi. Tiba kat park tu lebih kurang 1o minit perjalanan. Park tu tak jauh dari rumah kitorang, lebih kurang 7km jer. Biler tiba kat sana, Jane dan family dia tak sampai lagi. Cuma yang dah berkumpul kat sana ialah yardmates kitorang yang lain; Thuy, Kelly, May, Hanh, Kwan dan Nam serta isterinyer. Sementara menunggu Jane dan family dia sampai, sempat lah kitorang menikmati keindahan alam sambil berjemur kat situ sebab cuaca agak sejuk.

Beberapa minit kemudian Jane dan familynyer pun sampai. Jane lambat sebab tunggu banana cake dia masak. Huhuhuu… sedap wooo. Macam-macam makanan ada untuk bbq ni; lamb, chiken, seafoods and corn and other side menu. Untuk kitorang Jane belikan daging halal and as requested by Neezam, there’s no pork meat or seasoning for the bbq. Seronok makan sambil membakar dan sambil menikmati keindahan alam. Makanan pun sedap-sedap dan banyak, sampai tak terhabis semuanyer.

Kawasan Fairfield Park Boathouse ni memang cantik, tenang dan damai. Ramai orang yang datang bersantai, berkayak dan berkelah bersama keluarga dan kengkawan. Tak kire usia; tua, muda, besar, kecik. Tak kurang jugak yang bawak anjing. Sesekali biler anjing lalu, aku takut jer kalau anjing tu ‘meleseh’ kat kaki aku. Huhuhuhu… Ada tu yang datang dan berjemur jer. Nap beberapa minit then jalan.

Kan best kalau kat Titiwangsa ada aktiviti cenggini. Ni tak… kat Titiwangsa tu penuh dengan couple yang bertenet jer. Huhuhuhuhu…

Banyak lagi gambar-gambar bbq dan santai kitorang kat Fairfield Park ni. Jom lah singgah kat fotopages aku untuk tengok-tengok... :)

Saturday, March 24, 2007

Great Ocean Road

Setelah membuat perancangan lebih kurang 2 minggu, hari ni kitorang mengikuti rombongan recognized by LUPA (La Trobe University Postgraduate Association) ke Great Ocean Road. Kitorang bertolak dari Uni pukul 7.40 pagi dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. Nasib baik kitorang sampai cepat 1 saat, kalau tak dah kener tinggal. Huhuhuhuhu… Turut mengikuti rombongan ni ialah 10 orang Malaysian, termasuk aku, Neezam dan Niesreena, and the rest 30 orang ialah foreigner students.

Setelah hamper 3 jam perjalanan, kitorang pun sampai kat first destination iaitu Anglesea. Angin kuat giler kat sini, sampaikan aku rasa nak ikut terbang sekali. Cuaca sejuk sangat membuatkan aku bimbang dengan Niesreena sebab takut Niesreena tak buleh nak adapt dengan cuaca cenggitu. Tapi nampaknyer Niesreena ok jer. Alhamdulillah…

Anglesea ni famous sebagai tempat orang surfing sebab ombak kat sini sangat kuat. So masa kitorang datang tu dapatlah jugak kitorang tengok orang yang dok surfing. Eeeeee… tak sejuk ker ek? Hehehhee… View kat sini sangat cantik! Lepas snap 20 – 30 gambar, kitorang pun bergerak ke second destination.

Second destination ialah kat Lighthouse. Tak jauh dari lokasi Anglesea. Cuma lebih kurang 15 minit perjalanan dengan menaiki bas. Walau camner pun kitorang perlu mendaki lebih kurang 5 minit untuk ke Lighthouse tu. Penat gak naik bukit. Tapi biler dah sampai atas memang sangat puas hati sebab permandangan kat kawasan lighthouse tu dan kawasan sekitarnyer memang sangat cantik. Dari situ jugak boleh nampak country homes di sebalik gunung ganang, laut lepas yang menghijau dan pantai yang cantik.

Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kitorang tiba plak kat Apollo Bay. Perjalanan dari Lighthouse ke Apollo Bay ni sangat snaky. Nak muntah aku dibuatnyer, dah lah perut lapar. Neezam still maintain. Niesreena sempat gak menyusu dalam bas. Huhuuhuh… Sampai kat Apollo Bay ni kitorang (all the Malay excursion members) mulalah menjamu bekalan yang dibawa. Actually memang dah rancang awal-awal untuk wat pot luck. So, macam-macam adaaaa; speghatti, bihun, mee, nasi impit, rendang ayam, agar-agar, sandwich dan tembikai. Kitorang bawak speghatti.

Lepas makan barulah terasa lega sikit perut ni. Tak lah rasa nak termuntah dah sebab masuk angin. Hehehhee...

Apollo Bay ni macam pekan koboi jer. Tapi sangat bersih dan menarik. Banyak sangat burung dari pelbagai spesis. Cuaca masa tu plak sangat sejuk… Menggigil kitorang dibuatnyer. Tambahan pulak hujan renyai-renyai. Hidung Niesreena pun jadi merah sebab sejuk. Nasib baik Niesreena tak selsema.

Dah kenyang kitorang terus bergerak ke destinasi seterusnyer. Ingatkan 20 – 30 minit perjalanan jer, rupa-rupanyer hampir 2 jam. Huhuhuhuhuhu… giler jauh. Jalan yang berliku dan bergunung-ganang membuatkan aku rasa macam nak muntah. Terpaksa aku memaksa diri aku untuk tidur untuk elakkan rasa mabuk. Tapi rasa rugi sangat tidur sebab sesekali aku bukak mata tengok view kat luar sangat cantik. Tapi aku tak larat nak bukak mata lelama sebab rasa nak weeeeekkkkkk… Huhuhuhuhu…

Neezam kejutkan aku biler dah sampai ke destinasi. Ni lah tempat yang kitorang tunggu-tunggu sebenarnyer; 12 Apostles. Apostle ni merujuk kepada batu-batu besar yang terjadi secara semulajadi akibat daripada hakisan angin dan ombak kuat dan ada 12 kesemuanyer. Permandangan kat sini memang tersangaaaattt cantik! Aku teruja sangat melihat keajaiban yang Allah swt tunjukkan. Subhanallah… memang sangat cantik dan unik!

Salah satu daripada batu-batu kat sini dinamakan London Bridge. *Gambar kat atas ni* Kenapa? Sebab bentuknyer macam London Bridge kat London tu tetapi sebahagian daripadanyer dah runtuh. Hmmmm… mungkin lagu ‘London Bridge is falling down’ tu merujuk kepada batu ni ker? Huhuhuhuhu… Apa-apa pun, permandangan kat sini sangaaattt cantik. Cuaca sangat sejuk dengan angin yang sangat kuat. Sesekali aku rasa nak jatuh sebab ditiup angin kuat. ;p

Kitorang bergerak balik pada pukul 4.30 petang. Balik ni kitorang lalu jalan lain, tak lalu jalan yang kitorang lalui masa datang tadi. Kali ni lalu jalan lurus jer. So, mampulah aku menikmati keindahan di sepanjang jalan. Kitorang melalui kawasan suburs dan di kiri-kanan jalan kebanyakkannyer terbentang luas kawasan ladang ragut. Sesekali terdapat banyak lembu, seladang, biri-biri dan kuda yang sedang meragut rumput. Permandangan sangat menarik…

Arrrrhhhhh… penat… tapi puas hati… Kitorang sampi kat La Trobe mengikut schedule iaitu pukul 8 malam.

Memang seronok perjalanan ke Great Ocean Road walaupun penat dan sesekali aku rasa mabuk nak muntah. Hehhehehe… Bersyukur sangat sebab diberikan kesempatan dari Allah swt sebab diberikan peluang melihat salah satu daripada keindahan ciptaanNya. Insya Allah kalau ada rezeki dan biler Niesreena besar sikit, aku akan pergi lagi ke sana…

Ada banyak lagi gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan kitorang. Jom singgah ke FP aku k!

Thursday, March 22, 2007

Puteri aku

Hari ni aku pakaikan Niesreena gown yang dibuat sendiri oleh moyang Niesreena kat Batu Pahat. Ingatkan hari tu nak pakaikan masa majlis potong jambul tapi baju tu tertinggal plak kat KL. Sayang betul... Comel betul Niesreena dengan gown smoky dia tu...

Hmmmm... dah comel-comel cam ni... biasalah... tangkap gambarlah! Apa lagi... Hehehhe... Haaaa... Niesreena pulak, macam tau-tau jer mama nak tangkap gambar dia, macam-macam aksi dan memek muka plak yang Niesreena buat. Comel tol!


Niesreena ni sebenarnyer malas nak main dengan gym dia tu. Tapi aku dan Neezam selalu letak jer gym tu kat Niesreena sebab gym ni penting untuk mengajar baby main-main dan mencapai objek. Niesreena akan main kejap then jerit panggil mama dan ayah, nak dokong... Kalau kitorang tak layan then Niesreena akan main lagi then jerit lagi dan begitulah seterusnyer sehinggalah Niesreena betul-betul jerit nak berdokong then terpaksalah aku atau Neezam dokong Niesreena.

Niesreena akan betul-betul luangkan masa dengan gym dia kalau kitorang ada sama-sama main dengan dia. Kalau dia mula jerit... cepat-cepat kitorang tarik gym's baby cow tu untuk kuarkan lagu 'twinkle twinkle little star'. Niesreena diam kejap jer dengar lagu tu, pastu Niesreena malas nak layan and continue jerit... "bosanlah gym ni mama!!!"

Kitorang pun selalu ajar Niesreena untuk meniarap supaya dia cepat leh merangkak. Buat masa sekarang Niesreena dah boleh meniarap dengan betul dan menegakkan kepala dia. Cumanyer biler Niesreena cuba bergerak, Niesreena akan bergerak makin ke belakang, bukan ke depan. Huhuhuhuhu... Go go cayuk Niesreena cayang!


Niesreena memang tak reti nak baring lelama. Nanti Niesreena bosan then mulut dia mula bising-bising. Sekarang ni Niesreena dah boleh duduk tapi still dengan bantuan. Niesreena belum boleh duduk sendiri. Hopefully in the next few weeks she can sit by herself!


Banyak lagi gambar-gambar comel Niesreena kat fotopages aku. Jom ler singgah menjenguk yer.

Wednesday, March 21, 2007

Niesreena yang semakin membesar

Kelakar sangat tengok gelagat Niesreena. Lebih-lebih lagi biler Niesreena tengah baring dan ada orang pegang tangan Niesreena, Niesreena akan cuba ampu badan dia. Konon-konon nak duduk lah tu. Biler dah dapat duduk, rupa Niesreena macam puas hati sangat. Berjaya! Hehehhehe...

~Mama... Niesreena nak bangun...~

~Tolonglah Niesreena, mama~

~Ok! One...~

~Two...~

~Three! Berjaya!!!~

Tuesday, March 20, 2007

I am a housewife!

Just now...

Tengah aku sibuk angkat kain dari ampaian, Neezam tetiba jer kata "ni mesti awan dari Malaysia kan?" kata Neezam sambil merenung ke arah awan di langit nan biru. Aku tersenyum sambil menoleh ke langit. Sambil tergelak kecik Neezam kata lagi, "bilerlah nak balik Malaysia kan? Ish… baru sampai sini sebulan dah ingat nak balik..."

Ha ah.. aku tak perasan. Dah sebulan rupernyer kitorang tiba kat sini. Dah sebulan jugaklah aku berpisah dengan keluarga yang aku sayangi kat Malaysia. Dan dah sebulan jugaklah aku officially menjadi surirumah sepenuh masa.

Alamak... macam sedih plak nak tulis post kali ni. Tetiba emo plak. Hehehe...

Memang aku tak sedar, it’s been a month since we left Malaysia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak sedar masa berlalu mungkin sebab aku seronok tinggal kat sini? Hmmmm... Tak lah... tapi sebab setiap hari aku sibuk dengan rutin harian aku sebagai surirumah sepenuh masa; membasuh, memasak, mengemas, etc. Dan yang paling memenatkan ialah menjaga Niesreena... Sampaikan tak sempat nak menghitung hari...

Dah sebulan... alhamdulillah... aku sedikit sebanyak dah dapat menerima new environment ni. Semuanyer baru... suasana baru, kawan baru, cuaca baru, lifestyle baru, rumah baru, dan yang paling penting rutin harian aku yang baru. But honestly... kengkadang rutin baru ni membuatkan aku rasa penat sangat!

Balik ke kehidupan aku 5 tahun sebelum ni... Selepas degree, belum konvo dan start kerja. So, rutin harian aku yang simple; pagi gi kerja, balik kerja petang mak dah siapkan makan malam so just makan jer, then tolong basuh pinggan je, malam rehat, tengok tv, tidur, hujung minggu gi jejalan atau dating ngan Neezam. Home chores? Semua mak yang uruskan. That was my simple life before aku berkahwin.

Lepas kahwin, still simple; pagi gi kerja, petang balik masak atau just gi makan kat luar jer, malam rehat, hujung minggu still gi dating atau jejalan atau balik rumah mak abah kitorang, paling-paling pun duduk jer rehat habiskan masa dengan hubby kat rumah.

Then Niesreena yang comel ni lahir... kehidupan still simple, lebih-lebih lagi sejak Niesreena lahir aku habiskan masa 2 bulan maternity leaves kejap kat rumah family aku, kejap rumah family Neezam.

Pas tu masuk kerja semula seminggu sebelum aku berhenti kerja, aku duduk kat rumah mak kat KL. So, mak selalu tolong aku jaga Niesreena. Lagipun sejak Niesreena lahir until the day before kitorang fly ke sini Niesreena tak selalu bersama dengan aku dan Neezam sebab atok-atok, pakcik makcik dia sumer volunteer nak jaga Niesreena. Aku dan Neezam? Relaxxx... Bagi chance kat family menghabiskan masa dengan Niesreena.

Then.. tetiba aku kat bumi asing. Tak der saper yang aku kenal kat sini. Cuma suami dan baby comel yang berusia 2 bulan setengah. Everything is change!

Memula aku jadi tak stabil. Aku mulakan hari pertama aku kat Melbourne ni dengan pertanyaan "what is usually a housewife will do to start a new day?"

Mulakan dengan sarapan dan sedikit demi sedikit aku aturkan hidup aku sebagai surirumah = isteri + ibu; take care of Niesreena and all those chores yang aku jarang-jaraaaaaaaaaaang sangat buat kat Malaysia sebelum ni; memasak, membasuh, mengemas rumah. Waaaaa... rutin harian aku totally change! Mulakan dengan prepare sarapan, mandikan Niesreena, mengemas rumah, membasuh, memasak, sidai pakaian, then mengemas rumah lagi. Waaaaa... penat...

Tapi yang paling aku tak tahan ialah menjaga Niesreena. It's ok biler Niesreena ok; main sendiri, baring-baring, gelak-gelak, berkeletah. So sweet... Tapi biler time Niesreena tak ok!; menangis, merengek, nak dukung jer sepanjang masa... tu yang buatkan aku jadi penat sangat! Kengkadang tu biler Niesreena nangis, aku pun nangis sama.

Aku memang tak pandai jaga baby. Masa tu mulalah teringat nak balik Malaysia, ramai orang bleh jaga Niesreena... Huhuhuhuuhu...

Enche Neezam? Enche Neezam selalu tolong aku buat kerja rumah dan menjaga dan melayan Niesreena. Tapi pada masa yang sama, enche Neezam pun sangat sibuk dengan PhD dia. Enche Neezam selalu tidur lewat sebab nak layan dan tunggu Niesreena tidur dulu sebelum mulakan kerja dia. Kesian laki aku tu... Aku kalau boleh memang tak nak membebankan hubby dengan kerja-kerja rumah. Banyak masa yang Neezam perlukan untuk study dia. Dan aku memang tak der masalah sangat biler nak wat sumer kerja rumah sebab bagi aku, kalau aku rajin, aku buat, kalau aku malas aku biar jer. Hehehehhehe...

Bab memasak memang wajib! Tapi dalam bab menjaga Niesreena, aku memang tak larat. Neezam has to handle her most of the time sebab aku memang fragile. Selalu nangis atau nak nangis biler Niesreena buat hal. Nasib baik ada Neezam. He helps me a lot! He is my wonderful husband... TQ sayang...

Alhamdulillah... sebulan telah berlalu... sekarang aku dah stabil sikit. I can cope with all this new environment. Aku bersyukur kerana mempunyai Niesreena yang sebenarnya sentiasa menemani aku di rumah ketika enche Neezam pergi ke Uni. Mengembirakan aku dan memberikan aku pengalaman baru dengan keletah manja dan kerenah nakal dia. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa membantu dan menyokong aku dari segi mental dan fizikal.

Kerja rumah? It's fun! Aku enjoy buat kerja rumah sekarang... A few weeks before, memang aku down dan rasa yang aku lahir bukan untuk jadi housewife! Aku tak boleh buat! But this is who I really am now. I’m a housewife!

Thursday, March 15, 2007

Aku & rempah

Tamarind puree, turmeric powder, kafir leaves, etc… banyak nama-nama rempah yang kener aku tahu dan belajar kat sini. Mana tak nyer… biler dah sampai kat negeri asing ni, semua nama dah tukar ke bahasa diorang.

First week berada kat sini memang agak susah untuk aku cari bahan masakan terutamanyer rempah ratus. Ini adalah kerana dah tak der dah tertulis kat plastik – serbuk kunyit, asam jawa, kulit kayu manis, jintan halus, dll tapi sumernyer dalam bahasa inggeris.

Honestly, aku memang tak kenal bendalah semua ni dalam bahasa inggeris! Aku cumer tau dalam bahasa melayu jer. Tu pun kengkadang aku tau rupa dan rasa jer tapi tak tau nama. Huhuhhuhuhuhu…

Nampaknyer terpaksalah aku cari dan belajar sumer nama rempah-rempah ni memandangkan aku dah jadi ‘orang dapur’ sepenuh masa!!! Huhuhuhu…

Wednesday, March 14, 2007

Daddy... daddy cool...

Speechless... Mengucap panjang... Tergelak besar... tu lah reaksi kengkawan kitorang biler tengok gambar-gambar Neezam ni. Sama lah jugak dengan aku. Fuuuhhhhhhh... Macam tak percaya jer... Ni lah lelaki yang aku cintai selama 5 tahun ni. Kalau student dia tengok pun, mesti diorang tak percaya ni lah pensyarah diorang. Huhuhuhuhuhu...

Cam bengong jer kan? Hehehehhe... Jangan marah eh sayang...

Walau macam mana pun orang kata, ni lah dia soul mate aku, penghibur di kala duka. Huhuhuhuhu... I love you sayang!

Tuesday, March 13, 2007

Kicap kipas udang… huhuhu…

Antara banyak-banyak makanan Malaysia yang aku rindu nak makan kat sini ialah kicap kipas udang yang manis tu, label warna merah. Huhuhuhu… Aku percaya… rata-rata rakyat Malaysia mesti pilih kicap ni. Sebenarnyer aku bukan lah ‘kaki makan kicap’, dengan kata lain, tiap kali makan tak semestinyer nak ada kicap. Tapi biler dah teringin nak makan kicap mesti nak cari kicap kipas udang. Dan yang pastinyer kat Safeway, Coles, Target, GoLo, K-Mart, Preston market atau Laguna (kedai barangan runcit dari Asia) sekali pun tak der terjual kicap kipas udang ni.

Masa lepak kat rumah kak Tasya hari tu, kawan hubby aku, si Mahazan kata dia ada kenal pengedar kicap kipas udang kat Melbourne ni. Oleh itu, hari Ahad lepas, sementelah Mahazan nak hantar kak Diana ke sini, kitorang pun order lah kicap kipas udang kegemaran kitorang ni. Neezam mintak 3 botol jer. Kononnyer stok untuk 2 bulan. Tapi Mahazan bawak sampai 2 dozen! Giler bengong banyaknyer!!! Hehehhehe… Orang yang paling seronok tengok kicap kipas udang bebanyak tu hubby aku lah. Dapat jer kicap tu terus jer Neezam nak makan nasi. Padahal baru jer makan tengahari. Habis Neezam promote kicap tu kat Jane, tuan rumah kitorang yang baik hati tu.

Mahal woooo kicap tu kat sini, AUD$3.50 sebotol yang besar. Cuba lah korang kalikan dengan 2.8, jadi berapa RM kat sini? Giler arrr…

So, warga Malaysia kat Melbourne yang teringin nak makan kicap kipas udang ni bleh lah contact kitorang k. Kitorang leh jual kicap tu kat korang, cost to cost. Tak amek untung. Demi membantu rakyat Malaysia! Hehehhehe…

Tuesday, March 6, 2007

Baby Niesreena's 3 months old

Hari nie genap 3 bulan usia permata hati aku dan Neezam ni. Bersyukur kepada Allah swt kerana baby Niesreena membesar dengan sempurna dan sihat selalu.

Menjangkau usia 3 bulan, Niesreena dah pandai senyum dan ketawa biler diagah. Kengkadang tu Niesreena gelak sampai terkekeh-kekeh. Niesreena jugak suka berborak-borak. Kuat suara Niesreena biler berborak-borak. Kalau kitorang tak der kat sisi dia, dia akan panggil-panggil. Dah tu pandai pulak biler time mama dan ayah cakap, Niesreena senyap dan dengar jer aper kitorang cakap dan biler kitorang senyap Niesreena plak bercakap. Ntah aper jer lah dia nak sampaikan kat kitorang.

Satu lagi gelagat Niesreena ialah biler Neezam nak tangkap gambar Niesreena, Niesreena akan tengok jer kat kamera tu. Biler agah pun dia tak kan senyum tapi dia tenung jer kat kamera. Agaknyer Niesreena wonder, "aperlah yang ayah dok acu-acu kat muka Niesreena ni ek?" Hehehhehehe…

Seronok tengok gelagat Niesreena. Dialah permata hati aku dan Neezam. Biler Neezam tak der kat rumah, Niesreenalah yang menghiburkan hati aku walaupun kengkadang penat gak layan kerenah Niesreena ni.

Sayang anak mama dan ayah ni! Happy 3 months old my little princess…


More of baby Niesreena pics. Fell free to visit my fotopages! :)

Sunday, March 4, 2007

This weekend @ Melbourne city!

Hari ni plak, kitorang jejalan kat Melbourne city. Meeting point kat Bourke/Swanston Streets, depan 3 patung gangsa pakai sut. Pukul 11.30 pagi semua dah berkumpul kat meeting point.

Hari ni pun berkenalan jugak dengan kawan baru, Malaysian; Dr Norsiah dan anaknyer Zaki yang berusia 7 tahun. Mahazan gak yang kenalkan. ‘D.O’ sorang tu memang peramah, sebab tu ramai kenalan… :)

First plan kitorang ialah untuk isi perut dulu. So, Mahazan bawak kitorang gi mapley kat kedai mamak. Haaa… jangan tak percaya kat tengah Bandar Melbourne ni ada kedai mamak. Hehhehehe… So, dapatlah jugak kitorang pekena teh tarik dan nasi beriani.

Alhamdulillah, cuaca hari ni sangat baik! 24 darjah celcius; sejuk dan windy! Kengkadang tu aku terpaksa cari matahari untuk panaskan badan.

Kitorang pusing-pusing city dengan tram jer. Banyak jugak tempat yang dapat kitorang gi tadi. Tapi aku tak berapa ingat nama-nama tempat dia. Sesekali ada jugak beberapa kali kitorang terjumpa dengan orang-orang Malaysia lain.

Kitorang berhenti sembahyang kat masjid terbesar kat Bandar Melbourne ni. Tapi masjid tu tak lah sebesar mana pun.

Kitorang sempat jugak membeli-belah kat Laguna,kedai runcit bebarang Asia milik orang Indonesia. Cam tak cayer jer ada gak kedai Indon kat sini. Tapi percayalah… orang Indon ni memana diorang gi pun dapat gak ‘hidup’ ek. Sambil shopping, berkumandang lagu-lagu Indonesia berbahasa Melayu. Dan yang paling best… aku jumpa tempe. Tu pun tinggal 1 jer! Terus beli! Huhuhuhuu… terharunyer jumpa tempe kat sini…

Dari pagi sampai ke petang berjalan, baby Niesreena tak buat perangai sangat. Cuma sekali sekala dia nak berdokong dan tak nak duduk dalam baby stroller dia. So, terpaksalah aku mendukung Niesreena.

Pukul 6 petang kitorang sumer berpisah kat meeting point yang sama jumpa pagi tadi. Aku dan Neezam naik tram balik ke Bundoora. Walaupun cuaca masih terang tapi kedai-kedai kat city ni tutup terlalu awal. Jangan tak percaya… pukul 5 kebanyakkan kedai dah tutup dan pukul 7 bandar Melbourne dah sunyi. Tak happening sangat lah kalau nak bandingkan dengan Kuala Lumpur; pukul 2, 3 pagi pun masih ‘hidup’ lagi!

Penattttt… tapi puas berjalan… cumanyer tak habis lagi kitorang pusing bandar Melbourne. So, next time kener buat second trip untuk pusing-pusing kat another part of Melbourne city.

Kepada…

Kak Tasha dan Mahazan. Thanx for everything, sudi bawak kitorang, newcomer ni, jejalan.


Asma, Akmal, Syed, Dr Norsiah dan Zaki; selamat berkenalan. Nice to meet all of you!


Harap-harap pas ni kiter boleh jalan reramai lagi! Mungkin pas ni kiter bleh gi cari kangaroo dan koala plak eh!

~Kat Bourke St; Kenderaan belakang tu dipanggil tram~

~Kak Tasha & aku. Sementara tunggu yang lain, sempat bergambar dulu! (^^)~

~Cute eyy? ;p~

~Dr. Norsiah & anaknya, Zaki, Akmal, kak Tasha, Neezam, Mahazan & Syed~

~My 'big' family + 1. Hehehhe... Depan Flinders Street Station~

~In front of Nila Restaurant~

~Dalam kedai mamak. Tak sabar nak tunggu teh tarik!~

~Kuch kuch hotak kau! Hehehe...~

~Guess who?~

~Kat Federation Square. Tempat ni macam dataran merdeka lah~

~Three of us~

~Cow hangin' up the tree~

~Kat Docklands~

~Wanna ride this tricyle?~

~In front of the state library~


Ada baaaaaanyak lagi gambar around Melbourne city. Nak tengok? Jom singgah fp aku! (^^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top