♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 17, 2007

Majlis doa selamat & potong jambul Niesreena

Pagi tadi, majlis doa selamat ni bersempena dengan kelahiran Khairunniesreena @ puteri sulung kitorang @ cucu sulung mak ayah kitorang @ cicit sulung atok-atok kitorang dan juga bersempena dengan Neezam yang akan sambung belajar ke Melbourne. Kitorang akan fly pada 21hb Febuary ni. Semoga semuanya selamat dan diberkati Allah hendaknyer. Amin...

Majlis doa selamat ni kitorang buat kecil-kecilan jer. Hanya menjemput saudara-mara terdekat jer. Alhamdulillah ramai gak yang datang.

Menu untuk majlis ni ialah nasi tomato dan laksa air tanganku. Lazat tuuuuuu... Percayalahhhhh... Hehehehe... Actually, ayah dan mak mertua aku kata aku wat laksa sedap. So, diorang sengaja jer suruh aku wat laksa untuk majlis hari ni. Sajer lah tu nak tunjuk kat saudara-mara yang menantu diorang ni pandai masak laksa. Hehehehehe... ;p Nasib baik hasilnya memang sedap! Kelassss gitu!

~Laksa johor air tanganku yang sedap itew. Tengok pun dah tau sedap kan? Hehehehe...~

~Tok ayah membacakan doa selamat~

Malamnya pulak, kitorang adakan majlis potong jambul Niesreena. Alhamdulillah... sempat jugak kitorang buat majlis potong jambul baby Niesreena sebelum kitorang fly. Majlis ni turut disertai oleh dua pupu Niesreena iaitu Miftahul Umairah yang comel.

Niesreena tidur tak sedar diri sepanjang majlis tu. Mungkin Niesreena penat sangat sebab pagi tu ada kenduri doa selamat. Ramai yang dok main dengan Niesreena. Jadi malam potong jambul tu Niesreena tidur dari mula kenduri sehingga ke habis tetamu balik sehingga ke esok paginyer. Ish ish ish...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top