♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, February 21, 2007

Dari KLIA ke Melbourne

Hari ni, hari Rabu, 21 Februari, kitorang bertolak ke Melbourne, Australia. Ramai jugak yang hantar kitorang ke KLIA. Selain keluarga aku dan keluarga Neezam, mbah dan wak Mus dari Tapah pun ada jugak. Begitu juga dengan beberapa rakan sekerja dan students Neezam.

Rasa sedih sangat masa berpisah dengan keluarga. Sangat memilukan. Lebih-lebih lagi nak berpisah jauh dengan mak, abah dan adik-adik. Aku tahu... diorang pun sedih berpisah dengan aku... dan jugak cucu tunggal diorang; Niesreena. Sedih sangat. Aku tak boleh nak cover nangis dah. Mak dan adik pun sama. Begitu jugak dengan family mertua. Semua sedih.

~I will miss her the most! Sayang mak! :'(~

~Dan adik jugak!~

Dari balai berlepas, sampailah naik kapal terbang, aku tak dapat nak menahan sebak. Asyik menangis jer. Aku tahu... Neezam pun sedih gak. Tapi still maintain lagi dan cuba gak comfortkan aku.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir 8 jam. Niesreena beberapa kali mengamuk kat dalam flight. Mungkin sebab bosan duduk jer. Beberapa kali Neezam terpaksa bawak Niesreena jalan-jalan dalam flight. Barulah Niesreena senyap dan tidur.

~Ruang udara Australia~

Kitorang sampai kat Melbourne Airport lebih kurang jam 8.30 malam. Penat nak menunggu masa beratur untuk kastam kat airport sebab ramai sangat orang. Mungkin banyak flight yang landing waktu yang sama. Walau macam mana pun kitorang bersyukur sangat sebab semua barang lepas.

Kat balai ketibaan, dah ada representator dari La Trobe *to-go-to* yang dah menunggu kitorang untuk hantar kitorang kat rumah sewa. Kitorang tiba kat rumah sewa kitorang lebih kurang jam 10.30 malam.

Alhamdulillah... bersyukur sangat... perjalanan kitorang smooth jer. Tak der apa-apa masalah. Kitorang takut kalau sangkut kat kastam jer. Tapi alhamdulillah semua lepas tanpa sebarang masalah.

Lepas ni tak tau biler balik lagi. Tapi yang pasti aku tak kan tunggu hingga 3 tahun untuk balik semula ke pangkuan keluarga aku. Aku akan cuba balik secepat mungkin, bergantung kepada keadaan.

Rindu sangat kat sumer!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top