♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 29, 2007

My sweet little angel

Khairunniesreena, a few hours after born.

She’s sweet and perfect! Alhamdulillah…

Sometimes she’s awake


But most of the time she’s… zzzzzzzzzzzzzzzzz


In many styles

She is my sweet little angel…

Thursday, January 25, 2007

Baby Niesreena was born!

5 Disember 2006, 6.30 petang, Nilai - tengah sedap-sedap aku tidur tetiba aku dikejutkan dengan bunyi guruh, serentak dengan itu aku teringat dengan baju yang disidai kat ampaian. Terus aku berlari untuk angkat baju sebelum baju-baju tu basah balik kener air hujan. Tapi rupa-rupanya kain baju sumer dah diangkat. Mungkin Neezam angkat waktu aku tengah tidur tadi. Lega rasanya. Tetiba… aku rasa ada air yang mengalir keluar tanpa dapat aku kawal. Aku ingatkan aku terkucil. Hehehehehe… tapi biler tengok balik air yang mengalir keluar tu lain macaaammmm jer… aku terus kejutkan Neezam untuk dapatkan kepastian, aper bendalah yang baru jer mengalir tu. Neezam pun tak pasti air apa, tapi yang pastinya bukan urine. Arrrggghhhh… mungkin sebab aku berlari tadi… mungkin jugak dah tiba masa aku bersalin…

Lepas solat maghrib aku dan Neezam berangkat ke KL tapi tak terus ke HKL. Kitorang balik ke rumah family aku dulu sebab aku rasa masih belum tiba masanya lagi untuk bersalin. Lepas jer makan malam, sedap-sedap melantak tomyam yang adik buat, tetiba aku rasa ada lagi air yang keluar. Kali ni bukan sebarang air tapi lendir yang bercampur dengan darah. Aku terus bagitau Neezam dan mak. Kata mak, baik ke HKL sekarang, takut terberanak kat rumah plak. Huhuhuhuhu… Perasan aku ketika tu bercampur baur; excited sebab akhirnya tiba jugak hari yang aku nanti-nantikan, tak sabar nak tengok wajah baby yang selama ni berada kat dalam belly aku ni, dan takut, takut nak berhadapan dengan waktu bersalin tu, takut sakit…

Sampai kat HKL pukul 10.20 malam, lepas buat pendaftaran dan pemeriksaan aku dibawa ke wad. Aku terkesima sangat biler nurse buat pemeriksaan denyut jantung baby. Terdengar dengan jelas sekali bunyi jantung baby aku. Seronok sangat!

Sejak datangnyer tanda nak bersalin tu aku tak der rasa sakit langsung, tapi start pukul 12.45 malam tetiba aku rasa sakit sangat kat pinggang. Sakit tu datang setiap setengah jam ke satu jam sekali. Sakit sangat! Rasa macam nak putus pinggang aku ni. Tidur pun tak lena.

Esoknyer, pagi-pagi lagi Neezam dah datang temani aku kat wad. Aku asyik mengadu sakit pinggang kat Neezam membuatkan Neezam tak senang duduk. Sakit pinggang aku plak makin lama semakin sakit dan makin lama semakin kerap. Neezam bagitau tentang sakit aku kat doktor dan doktor terus periksa aku. Katanya pintu rahim dah bukak hampir 5cm dan aku dah boleh dibawa ke labour room.

Pukul 9 pagi aku dibawa masuk ke labour room. Jantung aku berdegup laju sangat. Takut… Kata Neezam, selawat banyak-banyak supaya hilang rasa takut dan sakit.

Kat labour room, doktor pecahkan air ketuban. Tapi air ketuban dah kotor. Kata doktor mungkin baby dah berak. Enam jam aku kat labour room tapi pintu rahim baru terbuka 6cm. Penat sangat menanggung sakit pinggang. Pinggang rasa macam nak putus! Sesekali Neezam masuk menemani aku kat labour room tu. Tersentuh hati aku biler tengok air mata Neezam mengalir sebab tengok aku tengah menangggung sakit.

Pukul 4.45 petang, still 6cm so baby tak buleh lagi nak kuar. Doktor mencadangkan aku ceasar. Aku terdiam. Binggung. Ya Allah! Takut sangat! Kata doktor takut baby lemas dan hubby aku dah tandatangan setuju. Aku tak tahu nak kata aper. Kalau boleh memang aku tak nak operate. Aku takut! Tapi aku tak nak aper-aper jadi kat baby. Penat aku mengandung 9 bulan kalau terjadi aper-aper yang tak diingini. Terketar-ketar, aku tandatangan jugak form yang mengatakan aku setuju untuk ceasar. Sambil menangis aku cakap kat Neezam yang aku takut sangat. Neezam pun nangis. Tapi dia cuba jugak comfortkan aku.

Beberapa orang nurse menyiapkan aku untuk ke operating teater. Aku dah tak menangis lagi walaupun aku masih takut. Aku hanya tawakal. Apa yang aku fikirkan ialah ‘kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh buat’. Aku disorong sepanjang perjalanan ke operating teater. Neezam sentiasa berada di sisi aku. Biler keluar jer dari labour room, aku tengok family aku dan family Neezam berada kat luar. Mak, adik dan mak mertua aku tengah menangis. Diorang menerpa ke arah aku, mencium aku dan minta aku kuat semangat. Aku hanya tersenyum. Lidah aku kelu untuk menyuarakan aper-aper.

Sampai kat OT menaiki ambulans pukul 5.10 petang. Keadaan kat dalam OT sejuk sangat, lebih-lebih lagi sebab hujan lebat kat luar. Seluruh badan aku menggeletar sesangat! Bukan setakat sebab takut, tapi jugak sebab sejuk! Korang mesti tak percaya, sepanjang aku dioperate aku tengok keseluruhan proses, dari perut aku dibelah sehinggalah dijahit. Aku dapat tengok melalui pantulan cermin lampu walaupun tak berapa jelas. Aku dapat tengok perut aku ditoreh dengan pisau, aku dapat tengok kepala baby yang keluar daripada perut aku, aku dapat tengok dalam perut aku dibersihkan dengan kain putih, dan aku dapat tengok perut aku dijahit. Aku sendiri tak percaya yang aku berani tengok semua tu, sebab aku ni sebenarnya seorang yang pengecut dan lemah semangat dalam bab-bab bersangkut paut dengan darah ni.

6 Disember 2006, pukul 5.56 petang baby Niesreena telah dilahirkan. Lepas baby dikeluarkan, aku terdengar doktor memukul punggung baby dan ketika itu aku terdengar suara baby menangis. Tangisan pertama baby Niesreena! Seronok dan terharu aku dibuatnya. Lepas baby dah dibersihkan, nurse menunjukkan baby pada aku dan meminta aku mencium baby. Comel sangat! Mata baby Niereena celik melihat mata aku. Seronok dan terharu sangat!

Aku bersyukur sangat ke hadrat Allah swt kerana aku dan baby Niesreena selamat, sihat dan sempurna. Aku juga bersyukur kerana aku berjaya melalui semuanya. Aku gembira biler tengok Neezam gembira menjadi ayah. Mak, abah dan adik-adik serta keluarga mertua juga gembira. Syukur… semuanya selesai dengan selamat…

Kini, aku dah tak membuyut lagi. Tiada lagi baby dalam belly aku dan aku rindu sangat waktu-waktu aku mengandung dulu. Rindu sangat! Tapi aku tahu, sepanjang aku mengandung aku banyak bergantung kepada orang, banyak menyusahkan orang. Tetapi Alhamdulillah, semua sudi membantu.

Kepada…

Abang, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi sayang di setiap saat sayang memerlukan.


Emak, terima kasih kerana bersusah payah untuk Julie dan menjaga Julie masa Julie mengandung dan berpantang.


Abah, terima kasih kerana mengambil berat terhadap Julie.


Emak dan ayah, terima kasih atas segala kata-kata semangat yang diberikan.


Adik-adik, terima kasih kerana sentiasa membantu.


Kawan-kawan, terima kasih kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan tips-tips mengandung.


Terima kasih atas segala doa yang diberikan…

Saturday, January 6, 2007

She's one month young

Hari ni Niesreena dah masuk 1 bulan. Aktiviti Niesreena; nangis, menyusu, tidur, nangis, menyusu, tidur... tidur... tidur... Hehehhe... Sekali sekala Niesreena bangun dan main-main... Tapi most of the time... ZZZZZZzzzzzzzzzz... jer lah kerjanya... Paling tak larat kalau Niesreena bangun pukul 2 3 pagi untuk menyusu pastu tak nak tidur... waktu tu plak dia nak main... Haaaa... layaaaannnnn... :)

~Niesreena dimandikan oleh atuk dia. Baik jer mandi. Senyap jer. Sedaplah tu...~

Banyak lagi gambar-gambar puteri aku ni kat fotopages aku. Meh lah singgah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top