♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 12, 2006

My friends wedding

Huhuuhuhuhuhuuhu… terharu… tak sangka… kahwin jugak kawan aku ni ngan kawan aku ni. Alhamdulillah…

Fari dan Saril, kawan aku sejak sekolah menengah. Setelah hampir 9 tahun diorang bercinta akhirnya diorang sampai gak ke jinjang pelamin. Fari dan Saril telah selamat diijabkabulkan dan melangsungkan perkahwinan pada 12hb Februari, hari Ahad yang lepas.

*Obviously, gambar dicilok dari onizuka... hehehhee...

Aku pernah jumpa Fari sebelum ni, kata Fari, memang susah nak jaga dan mengekalkan percintaan tanpa ikatan aper-aper, walaupun dah bertunang. Banyak betul halangan dan cubaan. Tapi diorang berjaya jugak. Sembilan tahun… lama tu… Mesti kasih sayang dan komitmen sesame diorang sangat tinggi. Alhamdulillah… baguih lah tu.

Pada hari kahwin diorang tu jugak aku sempat jumpa dengan bekas kengkawan sekolah aku dulu; Juhana, Haniza, Liza, Amy, Mastura, Salina, Marlina, Zeha, Zu, Fasilah, Asroma, Hasnah, Megat, Raja Amrol, Awie, etc… Kengkawan Sekolah Menengah Wangsa Maju Zon R1 yang pernah menjadi medan perkenalan dan perjuangan kitorang dulu. Hehehehehe… semangat patriotic lah pulak ek. Hmmm… selalunyer kat majlis perkahwinan macam ni lah kitorang selalu berjumpa. Kalau nak harapkan nak buat reunion, selalunyer terpostpone jer.

Apapun aku harap persahabatan kitorang tetap kukuh walaupun memasing dah bawak haluan memasing. Dan kepada Faridatul dan Saril, aku harap ikatan perkahwinan ni akan membawa lebih makna dalam perhubungan korang yang dah terjalin sekian lamanyer.

1 comment :

Liza Alaiza said...

eee…best nyer ada org ingat tulis nama aku ler…best nyer… Aku pun harap persahatan kita kekal selamanya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top