♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 3, 2006

My cuti

Cuti memang best walaupun tak kemana-mana. Tapi cuti aku kali ni sarat dengan pengisian menjamu mata dan memanaskan punggung yang asyik dok melekat kat Honda CRV ayah. Waduh waduh… penat kok duduk lelama dalam keter…

28 Januari 2006 (Sabtu)

8.00 pagi - Pepagi lagi aku dah bertolak balik ke Nilai dari rumah mak kat Setapak. Malam sebelumnyer tu aku tidur kat rumah mak sebab rinduuuuuu sangat kat mak. Nasib baik ada 2 orang teruna menemani hubby kat rumah; Isa dan Nazreen. Kalau tak… cian kat Neezam tinggal kat rumah sesorang.

9.30 pagi – Aku tiba kat Nilai. Neezam dah setia menanti aku kat stesen komuter Nilai. Turut ada bersama hubby ialah Isa dan dua orang adik Neezam iaitu Nazlee yang baru sampat ½ jam sebelum aku dan Nazreen.

11.00 pagi – Lepas breakfast kat kedai mamak dan siap aku menyetelkan bebarang aku yang nak dibawa, kami pun bertolak ke Segamat. Ya Allah! Tolonglah… Kalau korang nak tau, empat-empat orang jejaka (my hubby, Isa, Nazlee & Nazreen) yang ada dalam kereta tu adalah pak lawak tahap gaban mabuk. Sakit perut aku dibuatnyer, penangan lawak-lawak selamba kodok diorang tu.

2.30 petang – Alhamdulillah… kitorang selamat tiba kat Segamat.

6.30 petang – Lepas ayah balik dari JB, kitorang pun bertolak dari Segamat menuju ke Kuala Terengganu, konvoi dua buah kereta. Satu ayah pandu, satu lagi Nazlee pandu. Neezam plak bertolak balik semula ke Nilai bersama Isa. Sedih sangat disaat nak berpisah ngan Neezam. Huhuhuhuhu…

29 Januari 2006 (Ahad)

On the way, biler dah masuk Terengganu, aku tak ingat kat kawasan mana, kitorang lalui satu kawasan pemprosesan petroleum. Aku pernah tengok sebelum ni tapi siang. So, tak Nampak menarik sangat. Kali ni aku lalu kawasan tu malam. Terpegun sangat aku tengok bangunan-bangunan besi dalam kawasan minyak tu yang penuh dengan lampu-lampu neon. Aku rasa macam kawasan alien jer kat situ. Hehehehehe… Cantik, menarik dan deboom!!!

2.30 pagi – Kitorang tiba kat Kuala Terengganu. Nak check-in kat Hotel Sri Malaysia tapi HSM penuh. Nasib baik ada lagi bilik kosong kat Permai Inn. So, kitorang pun check-in kat situ. Hotel dia ok, not bad!

8.30 pagi – Aku dan famili Neezam ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Best! Barang kat sana memang murah; tudung, kain, periuk belanga tapi songket mahal lah. Tapi tu sumer tak menarik perhatian aku. Apa yang menarik perhatian aku ialah… hehehehehe… makanannyer. Baaaaaaaaanyak sangat makanan yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. So, setiap satu jenis makanan kat situ aku beli untuk aku cuba. Banyak gilos aku beli oooo… macam tak makan setahun… Hehehehhehe… Nasib baik ada orang-orang yang boleh tolong perabiskan sumer. Saper lagi kalau bukan Nazlee dan Nazreen. Hehehehehe… tq guys. Dapat gak elak pembaziran. Wakaka…

Antara bebanyak kuih yang ada terjual kat kedai-kedai kecik kat Pasar Payang ni ialah ‘kuih dorayaki’. Hehehehhee… Sebenarnyer aku tak ingat apekebenda nama kuih ni. Tapi adik-adik Neezam dok panggil kuih dorayaki sebab bentuk dia serupa dengan kuih kegemaran doreamon tu. Kuih ni rasa dia maca bahulu tapi lembut sangat.

Menariknyer, diorang jual kuih ni banyak sangat dan susun setiap satu kuih ni tinggi-tinggi tapi tak jatuh. Kuih ni diorang jual bukan siap berbungkus macam bahulu tapi macam kuih-muih biasa. Biler nak beli, baru bungkus. Satu benda jugak yang buat aku terkejut ialah harga kuih-kuih ni yang murah. Kalau kat KL, kuih paling murah pun 30 sen, tapi kat Pasar Payang ni masih ada lagi terjual kuih dengan harga 10 sen satu.

Satu lagi makanan yang aku first time jumpa dan cuba ialah kuih sarang burung. Rasa dia manis. Tapi yang menariknyer ialah struktur dia buatkan aku terfikir, ‘camner lah diorang buat kuih ni?’. Hehehehehe… Jakun ek?

12.30 tgh – Kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Punyerlah besar muzium ni. Tak rugi masuk ke muzium ni sebab banyak sangat cerita dan artifak menarik yang berkaitan dengan negeri Darul Iman ni.

3.00 petang – Check-out hotel dan bertolak ke Kota Baru. Honestly, sebelum ni aku pernah ke Kuala Terengganu, tapi sekarang ni Kuala Terengganu jauh lebih bersih dan cantik berbanding beberapa tahun dulu. Setuju tak? Dan yang aku perasan, kebanyakan pulau-pulau kat Terengganu ni guna nama binatang; Pulau Duyung, Pulau Kambing, Pulau Musang. Hehehehhe… mesti ada cerita disebalik sumer nama pulau tu kan? On the way ke Kota Baru, kitorang sempat singgah kat mana ntah tak ingat (bukan Losong) untuk beli keropok lekor dan beberapa jenis makanan laut kering. Kat situ gak aku dapat tengok sendiri cam ner diorang proses keropok lekor.

6.00 petang – First time dalam hidup aku tiba kat Kota Baru, Kelantan. Terus pepusing KB cari hotel. Malangnyer tak der satu pun hotel yang kosong. Begitu gak hotel-hotel atau chalet kat sepanjang Pantai Cahaya Bulan, tak der yang kosong. Fully booked! Full House! Tapi ayah tetap tak putus asa dan terus jugak mencari tempat untuk kitorang bermalam malam tu.

11.30 malam – Lepas dinner, ayah agak putus asa untuk cari hotel kat Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan. So, ayah decided untuk cari chalet kat Pantai Irama, Bachok. Alhamdulillah, ada gak kosong dan kitorang bermalam kat sana. Hotel ‘A’. Wakakakakaka… Paham tak? Tak paham, tak per… Kalau paham, sonyap yo lah ekau yer. Malam tu aku tidur lena sangat walaupun kat hotel ‘A’. Sebab penat sangat duduk dalam keter.

30 Januari 2006 (Isnin)

7.00 pagi – Aku, mak, Nazreen, Ireen dan Ira dah dok melepak kat pesisir Pantai Irama, bebetul depan chalet kitorang. Malam tu aku tak perasan pun depan chalet kitorang tu ada pantai sebab gelap. Cuma dengar deruan ombak jer. Tapi biler pagi, pantai terbentang indah. Tempat ni memang best. Pantainya bersih, angin dan ombaknya kuat. Aku sempat jugak tengok sun rise pagi tu. Best! Memang best! Cuma tak sempat nak mandi jer kat pantai tu sebab sejukkkkk. Hehehhehe…

10.00 pagi – Check-out dari hotel dan menuju ke Rantau Panjang. Sepanjang perjalanan dari Kota Baru ke Rantau Panjang, aku dapat tengok kelainan rumah-rumah kat Kelantan ni berbanding dengan rumah-rumah negeri lain. Bukan rumah tradisional tapi rumah moden, rumah banglo. Setiap rumah banglo yang dibina mesti ada satu menara tinggi. First time aku tengok rumah yang ada menara tu, aku ingatkan surau atau masjid. Tapi banyak sangat lah plak suraunyer. Ruper-rupernyer rumah, dan menara tinggi tu adalah tempat diorang letak tangki air. Aku pelik dan hairan sangat, kenapalah diorang buat pesen rumah cenggitu? Kenaper diorang tak letak tangki air atas bumbung rumah jer? Kan ke lebih menjimatkan kos berbanding nak buat menara tinggi-tinggi semata-mata untuk letak tangki air? Hmmmm… kenapa ek?

11.00 pagi – Tiba kat Rantau Panjang. Jem giler jalan nak masuk ke kawasan Rantau Panjang. So kitorang decided untuk parking jauh skit dari kawasan kastam dan terpaksa berjalan lebih kurang 1 kilometer. Walaupun jauh tapi tak terasa sangat penatnyer sebab aku sebuk tengok ragam-ragam orang dan kenderaan kat sana. Yang aku perasan, motosikal Thailand bakulnya kat depan. Nampak kelakar. Hehehehhe… Kat Rantau Panjang barang memang murah-murah. Cuma aku tak tau nak beli aper sebab dah rambang mata sangat. Akhirnya aku banyak beli makanan jer dan t-shirt sebagai kenangan. Handset pun murah sangat kat sana. Tapi takut nak beli sebab takut tiruan. Cuaca masa tu panas sangat.

4.00 petang – Kitorang ke Pasar Besar Siti Khatijah. Tak banyak beza dengar Pasar Payang kat Kuala Terengganu. Cumanya kitorang sampai petang kat pasar tu, so, tak berkesempatan untuk beli makanan pelik-pelik orang Kelantan sebab makanan kat situ diorang jual pagi jer.

7.00 malam – Bertolak balik ke Kuala Terengganu. Sebelum tu sempat jugak aku beli sotong bakar yang diorang buat fresh. Best! Walaupun liat sangat. Apa yang menarik perhatian aku sepanjang aku berada kat Kuala Tengganu dan Kota Baru ni ialah billboard diorang. Lain daripada billboard yang ada kat luar daripada Terengganu dan Kelantan. Kalau model perempuan kat billboard ni mesti pakai tudung. Satu pendekatan yang baik dan menarik bagi menggalakkan orang menjaga mata dan aurat. Cuma yang aku tak minatnyer ialah kat Kota Baru tu banyak sangat papan tanda yang bertulis 'Kelantan come sokmo’. Come benor ker? Orang Kelantan jangan marah eh. Tapi aper yang aku tengok, bandaraya Kota Baru Kelantan dan kawasan-kawasan yang aku lalui kat Kelantan keadaannyer daif dan kotor berbanding dengan negeri-negeri aku pernah pergi sebelum ni. Kuala Terengganu jauh lebih baik.

Satu lagi pengalaman aku kat Kelantan ialah papan tanda jalan. Ya Allah… macam maze, tak kasi orang keluar dari Kelantan. Biler dah masuk negeri Kelantan, tak der pun papan tanda arah yang menunjukkan jalan ke kawasan luar daripada kawasan Kelantan; misalnyer Kuala Terengganu ker, Kuantan ker atau Kuala Lumpur. Tapi yang banyak sepanjang jalan ialah papan tanda jalan menuju ke daerah-daerah Kelantan yang lain. Banyak sangat! Dan berulang-ulang kali! Berapa kali papan tanda ‘Tok Bali’ aku jumpa sepangjang satu jalan yang sama. Kat satu jalan lurus tu, setiap 1 km ada 1 papan tanda ke ‘Tok Bali, tempat yang aku tak pernah tahu kewujudannyer sebelum ni’. Kitorang yang kurang mahir nak keluar Kelantan ni terpaksalah berhenti beberapa kali untuk tanyer jalan ke Kuala Terengganu. Hmmm… may be pihak bertanggungjawab tertentu kener ambil perhatian sikit pasal benda ni.

11.00 malam – Check-in kat Hotel Suria, Kuala Terenganu. Hotel cantik, mengadap pantai.

31 Januari 2006

11.30 pagi – Lepas breakfast kat hotel yang sediakan memacam makanan best-best, kitorang terus bergegas balik ke Segamat sebab Nazlee nak balik ke KL dengan keretapi malam tu. Kitorang sempat singgah kat Dungun untuk berehat sambil nikmati sata dan air kelapa. Uhhh nikmatnyer. Sepanjang melaui jalan-jalan kat Terengganu memang best. Lebih-lebih lagi biler melalui jalan tepi pantai. Pantai-pantai kat Terengganu memang bersih dan cantik. Air lautnyer hijau dari persisir pantai lagi. Cantik sangat!

7.00 malam – Tiba dengan selamatnya kat Segamat. Alhamdulillah…

Pengalaman ke Terengganu dan Kelantan memang best, walaupun banyak duit habis. Huuhuhuhuhuhu… Aku suka dengar budak-budak kecik yang bercakap bahasa diorang. Comey sangat. Alhamdulillah… aku paham lah jugak bahasa Terengganu dan Kelantan ni sikit-sikit sebab ramai jugak aku berkawan dengan orang pantai Timur masa belajar dulu.

Insya Allah… Kalau ada rezeki aku nak gi lagi ke sana bersama hubby tercinta…

2 comments :

Khairunneezam aka laki kau said...

uhuk2… cedehnya tak dapat ikut… uhuk uhuk…

Sit said...

rindunya nak mkn kepok lekor ngan air kelapa muda kat pantai dungun….waaa….

back to top