♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 8, 2006

Selamat Hari Raya Aidiladha 1426H

Insya Allah petang ni aku akan balik ke rumah mak abah aku kat Setapak Jaya bagi sama-sama meraikan hari raya haji esok. So, this will be my first time celebrating hari raya as a wife and the second time aku meraikan hari raya haji dengan Neezam together-gether. Hehehehehehe… Dan pada hari raya haji kali ni, kitorang akan beraya dengan famili aku.

First time meraikan hari raya haji dengan Neezam adalah masa kitorang sesama belajar kat UTM dulu. Masa tu aku final semester dan Neezam tengah amek Masters. Disebabkan hari raya haji gap beberapa hari jer dengan final exam, so, aku memutuskan untuk tak balik kampung dan beraya kat UTM jer. Nak tumpukan perhatian pada studylah konon. Sedangkan kengkawan sumer amek jugak kesempatan untuk pulang beraya ke kampung halaman memasing.

Pepagi hari raya haji, aku bangun awal, sebab nak merasa kemeriahan beraya kat universiti. Syahdu rasanyer biler terdengar takbir berkumandang daripada Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Rasa sebak jugak but still maintain tanpa air mata.

Lepas bersiap dengan berbaju kurung, aku ke dewan Kolej Tun Fatimah. Disebabkan aku datang lambat, sumer juadah hari raya yang disediakan oleh pihak kolej dah habis. Bertambah sebaklah dada aku ni. Rasa sedih sangat, sebab sepatutnyer hari raya makan lemang, ketupat, kuah lodeh, kuah kacang tapi sumernyer dah habis. Takkan nak makan meggi kot… Waaaaa… Sedihnyer… Tapi aku still maintain tak nak nangis di pagi raya.

Nak mengubat kesedihan dan kelaparan di pagi raya, aku dan Neezam pun keluar ke Taman U dan Pekan Nenas. Cuba cecari kot kot ada tersesat rendang ketupat. Tapi… hampa… Satu kedai Melayu pun tak bukak. Cuma bukak kedai mamak jer. Eeeee… tak kan nak makan roti canai masa hari raya?! Waaaaa… Cedihnyer…. Tapi still maintain tak nangis…. Hehehehehe… Akhirnyer terpaksalah aku dan Neezam makan nasi campur kedai mamak untuk mengalas perut.

Ya Allah… sedih sangat masa tu. Terbayang-bayang famili aku berkumpul kat rumah tengah sesedap makan ketupat, lemang, kuah lodeh, sambal kacang yang mak aku masak. Waaaaaa… Tapi… hehehehhe… still maintain tak nangis sebab segan kat Neezam.

Lepas selesai mengisi perut, aku call rumah. Kononnyer nak mengucapkan Selamat Hari Raya Haji dan bagitau yang keadaan aku yang jauh kat JB ni ok dan maintainnnnn… Tapi… biler terdengar jer mak cakap “Hello” kat corong telepon, aku terus jadi sebak sangat dan menangis teresak-esak tanpa pedulikan Neezam yang tengak tergelak sakan tengok aku melalak. Wakakaka… Aku melalak tak hengat punyer masa tu. Salah aku jugak sebab tak nak balik beraya. Puas mak memujuk. Kata mak “Jadikan tu sebagai pengalaman. Kalau tak sekarang, biler lagi nak merasa raya jejauh ngan mak. Tu pun nasib baik kat JB jer. Kalau kat Jerman ker, Jepun ker, Afrika ker, lagilahhhhh….”

Hehehhehehe… Tu lah pengalaman pertama aku beraya jauh dengan famili. Pengalaman yang tak dapat dan mungkin tak kan aku lupakan. Lebih lebih lagi Neezam. Setiap kali tiba raya haji, dia mesti ingatkan aku dan famili aku tentang peristiwa yang memalukan ni. Jadi bahan gelak diorang… Tapi mungkin lepas ni aku kener belajar menyambut perayaan jauh daripada famili aku yang sangat aku sayang. Sebab aku dah bergelar isteri. Kener adil. Kener raya ngan famili mertua. Hmmm… cam ner lah nanti ek? Jangan melalak lagi di pagi raya sudahlah… hehehehheehe…

Selamat hari raya korban buat sumer kengkawan dan pembaca blog aku. Semoga setiap pengorbanan kite mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Insya Allah…

One Response to “Selamat Hari Raya Aidiladha 1426H”

1 comment :

Khairunneezam aka laki kau said...

air mata yang menitis dari matamu itu bukanlah air mata sia-sia.ia adalah titisan air mata yang menjadi bukti betapa teguhnya rasa kasih, sayang dan cintamu pada keluargamu. betapa setiap kali aku mengusikmu dek kerana peristiwa ini bukannya apa, hanya untuk mengingatkanmu bahawa walaupun jauh, itu tidak bererti akan kurang kasih, sayang dan cinta yang telah mekar antaramu dan keluargamu, atau antara dirimu dan diriku, sayang...

back to top