♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 26, 2006

Virus detected!

Rentetan daripada kerja aku mendevelope website last minute last week… Ramai gak kengkawan aku yang tanyer, “Julie, sempat siap tak website tu? Boss marah-marah tak?” Hehehehehhe… Ramai kengkawan yang bertanyer, bermakna ramai yang baca blog aku dan mengambil berat tentang kesah hidup aku ni. Tq my prendzzzssss… Terharu aku…

Hmmm… website, alhamdulillah sempat disiapkan walaupun tak lah sesempurna mana sebab rushing giler develope menda alah tu. Cumanyer aku masih tak upload lagi kat internet sebab boss aku tak bagi lagi aku duit untuk daftar domain dan server. So, sekarang ni kerja aku sumer kire dah well done dan boss aku pun tak tanyer kat aku personally pasal website tu sebab dia tau, kalau dia tanyer aku nanti aku mintak duit. Hehehehehehe…

Sejak seminggu dua ni jugak pc aku problem giler sebab diserang virus. Geram betul aku dibuatnyer dan aku rasa bukan aku sorang jer dalam dunia ni kener, tapi begitu jugak dengan beberapa orang kengkawan aku.

Virus ni aku dapat tahu nama dia GWGhost Backdoor bertindak sebagai password stealer. Daripada pengamatan aku *cewah!*, aku dapat tengok apa yang virus ni buat ialah ia ni akan mencilok pasword e-mail yang menggunakan pc yang dijangkiti dan ia akan menyebarkan virus-virus tersebut pada sumer alamat e-mail yang dia jumpa dalam e-mail kite, terutamanya yang kite simpan dalam e-mail’s address book. Baik punyer cilok ek? So, sebab tu lah kengkadang tu ada kengkawan aku yang terima e-mail daripada aku, tapi sebenarnyer aku tak send pun, tapi virus tu yang punyer angkara dan aku jugak terima e-mail yang kengkawan aku yang sebenarnyer diorang tak send pun pada aku. Maksudnyer e-mail diorang pun dah dijangkiti virus ni.

Apa yang merisaukan aku ialah aku ada terima beberapa e-mail ‘Polisy Violant’ daripada beberapa company yang mengatakan aku (melalui e-mail aku) cuba menyebarkan virus kepada diorang. Haiyaaaaa… tatutnyer eden. Eden tak bersalah… Dan yang paling-paling-paling-paling merisaukan aku teramat sangat ialah virus ni jugak dah menjangkiti e-mail company aku yang mana aku bertanggungjawab kat e-mail tu. So, ada lah beberapa client yang dah call aku dan bertanyerkan apa benda alah yang aku send kat e-mail diorang. Berpeluh gak aku nak menjawab.

Masalahnyer kalau e-mail tu hantar sekali jer tak per, tapi kengkadang tu hampir 10 e-mails virus pada orang yang sama. Waaaaaaa… aku cuak gak ni. Takut client bengang dan marah plak kat aku. Eden tak bersalah… Budak technician kat company aku ni pun tak tau nak buat cam ner. Aku pun pening.

Akibat daripada virus jahanam ni jugak, pc aku selalu sangat hang dan restart sendiri, kengkadang tu sesetengah software tak boleh digunakan, dan biler nak bukak sesetengah program tu lambaaaaat sangat. Bengang gilossss… Nasib baik masih boleh bersabar, kalau tak aku dah mintak boss aku pc baru. Hehehehhehe… ok tak?

Sampai sekarang ni aku tak dapat lagi solution untuk remove virus ni daripada e-mail aku, dan aku tak pasti darimana aku terberjangkitkan e-mail aku dari virus ni. Kalau korang kat luar sana ada solutionnyer, kindly sharelah ngan aku eh. Tq!

Apasallah si hackers-hackers ni susah-susah nak buat virus, hack pc orang. Apa yang seronok sangat hack pc orang ek? Dah tak der kerja agaknyer. Gi lah hack bank ker, database kerajaan ker, boleh gak jadi kaya. Setakat hack e-mail dan menyusahkan orang wat per?

Dan satu lagi yang menambahkan kebengonggan pc aku sebab streamyx sekarang ni yang macam badigol. Kejap ok, kejap ko, kejap ada, kejap tak der. Promosi beria-ria, tapi service haram jadah teruk. Dah sebulan problem dengan streamyx. Geram betullah! Sabar Julie… Sabar…

Hmmmm… hari ni hari Jumaat, hari terakhir sebelum bercuti panjang. Pagi tadi aku datang kerja pun dah tak ramai orang naik train. Mesti ramai yang dah bercuti. Seronok ek? Tapi yang tak seronoknyer, gaji kitorang kat sini masih tak masuk lagi hari ni dan insya Allah memang tak kan masuk hari ni. Cedih nyer… Maybe boss tak nak kasi gaji lagi sebab takut hari Jumaat akan datang ni ramai orang MC lah, EL lah, CL lah… Kalau boss tak bagi gaji hari ni maybe hari Jumaat akan datang ni ramai gak yang datang kerja, maklumlah, nak tuntut gaji. Hmmm tapi, jangan kakak akaun tu tak datang hari Jumaat nanti sudahlah. Melalak kitorang kang banjir plak office. Hehhehehe…

Bagi aku tindakan boss tak bagi lagi gaji sebelum cuti panjang ni bagus jugak. Sekurang-kurangnyer masa cuti nanti aku tak lah berjoli sakan. Ye tak? Hehehehhehe…

So, petang ni aku akan balik bermalam kat rumah famili aku. Neezam plak aku tinggalkan kat Nilai. Cian laki aku. Nasib baik ada Isa dan Nazreen yang akan datang tidur kat rumah malam ni. Taklah Neezam ketakutan tidur sesorang kat rumah walaupun dia tak takut. Hehehehehe…

Dan besok, Neezam akan hantar aku dan adik-adik dia balik ke Segamat untuk bercuti. Aku dan famili Neezam akan bercuti ke Terengganu dan Neezam akan ke Medan, Indonesia. Semoga percutian kitorang dan lawatan kerja Neezam akan berjalan lancar, selamat pergi dan selamat balik. Amin…

Waaaaaa… cedih nak berpicah ngan Neezam…

Monday, January 23, 2006

Hatiku ‘terkehel’ lagi…

Kite hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan…

Waaaaa… Cedih… Once again, for the second time, my honeymoon plan was postponed! Why? Because my beloved hubby dubby has some works to do and he will go to Medan, Indonesia as a deligation from KUIM on that supporsedly our honeymoon dates. Waaaaaaaa… hatiku terkehel lagi… cedih…

Kalau nak ikutkan, banyak plan kitorang untuk cuti raya cina yang panjang akan datang ni. Ingat bleh lah jalan-jalan sampai muntah ngan Neezam. Tapi sumer hanya tinggal angan-angan jerssss lerssss. Waaaaaa… Cedih sangat…

Sepatutnyer, aku dan Neezam akan bertolak ke Langkawi malam ni and we’ll be there in Langkawi until 27th before we join Neezam’s family for the trip to Terengganu on 28th until 31st. Hmmm… tapi… bak kata pepatah ‘kite hanya merancang, tuhan yang menentukan’. So… postpone jer lah honeymoon ke Langkawi tu.

And all the plans changed. 28th pagi, Neezam akan hantar aku balik ke rumah famili mertua aku @ famili Neezam kat Segamat. Then, aku dan famili Neezam akan ke Terengganu, while Neezam akan bertolak balik ke Nilai hari yang sama dan bersiap untuk ke Medan keesokan harinyer. Cian Neezam sesorang kat Nilai nanti dan cian kat aku ditinggalkan laki. Waaaaa…

Memula tu aku sedih jugak dan tak dapat terima bahawa segala perancangan yang dah dibuat berminggu-minggu ni terpaksa ditukar, ditangguh. Tak suka! Geram sangat! Geram kat KUIM sebab hantar Neezam gi Medan pada tarikh honeymoon kitorang. Tapi biler difikir-fikirkan balik, mungkin ini lah peluang terbaik untuk Neezam memajukan diri dalam kerjaya dia. Mesti ada sebab kenapa Neezam dipilih antara ramai-ramai orang yang ada kat KUIM tu untuk menyertai 8 orang deligasi lain untuk ke Medan. Betul tak? Aku harap Neezam akan manfaatkan peluang ni sebaik-baiknya dan aku harap aku dapat menyokong Neezam sepanjang perjalanan Neezam meningkatkan diri dia, samada dalam kerjaya atau belajar. Insya Allah…

Dan aku jugak akan manfaatkan percutian aku ke Terengganu dengan keluarga Neezam ni untuk merapatkan lagi hubungan antara kitorang. Hmmmm… hari tu, biler dapat tahu Neezam tak dapat nak join gi Terengganu, aku pun tak nak ikut gak. Nak balik rumah famili aku jer lah, sebab sepupu aku pun kahwin 30hb ni. Tapi mak mertua aku plak call aku dan ajak gak aku join diorang walaupun Neezam tak der. Aku dengan senang hati setuju jer lah. Aku memang suka gi jejalan… Hehehhehehe… Tapi… Neezam tak der, mesti tak best! Huhuhuhuhuhuhuu…

Setiap kali hati aku ni ‘terkehel’ mesti Neezam ada pengubatnyer. Dan untuk mengubatkan hati aku yang terkehel kali ni, aku dan Neezam gi tengok wayang kat KLCC last weekend dan tengok citer ‘Baik punyer cilok’. Kelakar gilos! Dari awal sampai habis kelakar. Lawak selamba, muka selamba, jalan citer selamba. Overall, memang best! Korang gi lah tengok…

Hari Ahad lepas jugak, abah bertolak gi Jerman. Harap-harap abah selamat pergi dan selamat balik… Amin…

Tuesday, January 17, 2006

Penangan mulut

Last two weeks, Friday, CEO aku yang garang giler baban tahap singa lapar panggil aku masuk bilek dia. Waaaaaa… aku memang pantang kener panggil dek dia. Bukan aper… takut giler! Biler dah kener panggil, mulalah dada aku ni berdegup kencang macam nak amek keputusan pereksa gamaknyer. Apalah orang tua ni nak agaknyer…

Dengan muka garang dan bengisnyer, dia suruh aku develop one more company website beside 3 websites yang aku dah buat sebelum ni. Alamakkkk… malasnyerrrr… Tapi depan orang tua garang tu aku angguk jer lah.

Then dia mintak due date, biler aku bleh siapkan website tu. Lama gak aku pikir (30 saat) then disebabkan perasaan takut dan gigil, tersebul plak perkataan 20hb. Then dia setuju dan dia nak tengok website tu kat internet by 20th January 2006.

20hb?! Hilang akal ke hapa aku ni. Waaaaa… dua minggu untuk siapkan website. Dah lah aku ni bz gilers. Then ada cuti hari raya Haji plak. Nak kener develope website dalam masa 2 minggu. Giler! Giler! Betul betul nak kener tampar mulut aku ni. Naper lah aku cakap 20! Naper tak cakap bulan depan ker… Tahun depan ker… Giler! Giler!

Waaaaaa… Sempat ker siap? Sah sah lah tak sempat siap. Hari ni dah 18hb. Two more days left and I didn’t start a thing! Dan hari ni aku sempat menulis blog lagi, bukan nak start buat ek. Giler! Aku memang giler!

Waaaaaa… aku cuma harap boss aku tu hilang akal jap hari Jumaat ni dan kalau boleh sepanjang bulan ni dan bulan depan dan bulan depannyer lagi atau sepanjang tahun ni, so dia luper pasal website yang patut aku siapkan tu. Wakakakakkaka…

K lah… nak sambung wat kerja yang melambak gilos di atas meja dan di kepala hotak aku ni.

Chiyok!

Thursday, January 12, 2006

Tetiba aku teringat…

Pagi ni aku baca blog Adah yang baru diupdatekan. Ada satu ayat Adah yang membuatkan aku nak menulis blog aku kali ni. Ayat Adah tu ialah ‘buat masa nih aku tanak halal kan lagi sebahagian selimut yg kene potong tuh.. nnt aku dah kool aku halalkan lah kot..’.

Citernyer cam ni, dalam bulan 8 tahun lepas, Neezam terlibat sebagai Pengarah bagi Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan yang dianjurkan oleh KUIM dan berlangsung di UKM. Dalam pada waktu-waktu macam tu Neezam memang sibuk sangat, sampaikan tak der masa untuk kitorang berborak panjang. Cuma kengkadang tu curi-curi masa seminit dua jer sehari.

Sampailah pada satu hari Jumaat, masa hari-hari konvensyen tu tengah sebuk berlangsung, adik Neezam, Nazlee, call aku dan bagitau yang dia call handphone Neezam tapi budak perempuan yang answer dan mengaku tu nombor dia. Berkali-kali Nazlee call nombor Neezam but still budak perempuan tu yang answer. Dan biler budak tu reject call Nazlee, keluar plak suara Neezam kat peti suara mail box. Cam ner tu ek?

Hati aku terus berdebar-debar biler dengar citer Nazlee. Macam-macam syak timbul kat kepala hotak aku ni. Tanpa berlengah aku pun terus dail nombor Neezam. Macam kata Nazlee, memang budak perempuan yang answer. Aku terus tanyer soalan bertalu-talu; ‘Ni nombor siapa? Macam mana plak bleh jadi nombor awak sedangkan sebelum ni tunang aku (masa tu tunang) yang pakai nombor ni? Kalau betul ni nombor awak, kenapa biler mail box keluar suara tunang aku tu pulak?’ Budak perempuan tu jadi takut dan terus panggil mak dia. Aku dengar jer melalui telefon. Dari suara dia aku rasa budak perempuan tu masih bersekolah lagi.

Biler mak dia jawab telefon, mulanya dia memarahi aku sebab tanya soalan bertalu-talu kat anak dia. Tapi aku jawab dengan cara baik dan mengatakan yang nombor telefon yang aku sedang call dia sekarang ni adalah nombor telefon tunang aku dan telefon serta nombor telefon tu sangat penting buat Neezam sebab dalam handphone tu terdapat banyak maklumat dan nombor telefon penting untuk program Konvensyen Pendakwah Muda yang Neezam tengah handle pada waktu tu. Barulah dia bercakap lembut dengan aku dan memperkenalkan diri dia sebagai kak Siti.

Aku mintak dia memulangkan semula handphone tu. Tapi katanya dia hanya jumpa sim card, tapi aku tahu dia berbohong sebab ketika berbincang dengan dia aku terdengar bunyi ringtone handpone Neezam tu dimainkan. Mungkin dia dah alihkan sim card Neezam ke handphone lain. Beberapa kali aku tanyer, tapi dia tetap mengatakan yang dia hanya jumpa sim card jer. Tapi bagi aku cukuplah jika dia dapat memulangkan sim card jer sebab nombor Neezam tu memang penting sangat bagi Neezam. Akhirnyer dia bersetuju untuk pulangkan sim card tu pada aku dan kitorang pun berjanji untuk berjumpa kat stesen komuter Kajang (sebab dia orang Kajang) pukul 6.30 petang. Aku bagi kat dia nombor handphone aku untuk memudahkan perjumpaan nanti.

Aku rasa sedikit lega pada masa tu tapi pada masa yang sama aku rasa marah sangat dengan Neezam sebab Neezam sedikit pun tak call aku dan bagitau kat aku yang handphone dia hilang.

Petang tu aku terus bergegas ke stesen komuter Kajang. Dada aku berdebar-debar menahan perasaan marah kat Neezam sebab cuai dan tak cuba pun call aku.

Aku sampai kat stesen komuter Kajang tepat pukul 6.00 petang. Dari sana aku try call nombor handphone Neezam tu, tapi tak berjawab. Berkali kali aku cuba call, ringing tapi tetap tak berjawab dan asik masuk mail box jer. Akhirnyer handphone tu off. Aku jadi bengang dan marah. Tapi aku tetap tunggu dia sehinggalah pukul 7.30 malam.

Ya Allah… Tuhan sajer yang maha tahu aper perasaan aku masa tu. Geram, marah, bengang! Bengang pada penipu yang janji nak pulangkan sim card pada aku! Dan bengang pada Neezam yang sehingga ke saat itu pun masih tak call aku!

Dah pukul 7.30 malam dan aku yakin yang perempuan penipu tu takkan datang. Akhirnya aku memutuskan untuk balik jer. Balik dengan perasaan yang bercampur baur. Geram, marah, tension, dan rasa diri ni diperbodohkan sesangat! Tak semena-mena aku menangis waktu tu. Orang kiri kanan tengok jer aku. Tapi aku dah tak ambil peduli. Aku terus jer nangis sambil berjalan ke tempat menunggu train.

Dalam waktu tu lah Neezam call aku daripada hanphone kawan dia. Neezam dengar aku nangis. Aku marah dia sebab tak call aku sebelum tu. Tapi Neezam ada sebab dia sendiri kenapa dia tak call aku.

Aku cerita kat Neezam yang aku dah diperbodohkan oleh orang Kajang yang kurang hajar, menganiayai aku. Neezam kesal jugak dengan aper yang jadi kat aku hari tu. Kata Neezam, handphone dia hilang masa dia tengah ambil air sembahyang Jumaat kat masjid UKM, tempat konvensyen tu diadakan.

Aku redha handphone tu hilang mungkin sebab dah tak der rezeki. Tapi aku tak redha dengan aper yang kak Siti penipu tu buat pada aku. Kalau dia tak nak pulangkan, dia sepatutnya beritahu aku awal-awal lagi dan tak perlu bagi aku harapan sampai aku ke stesen komuter Kajang for nothing!

Setiap kali aku pergi dan balik kerja (menaiki komuter) dan melalui stesen komuter Kajang, aku akan ingat peristiwa ni dan tiap kali itulah aku menyumpah diorang yang aniaya aku.

Macam kata Adah dalam blog dia, buat masa nih aku tanak halal kan lagi sebahagian selimut yg kene potong tuh.. nnt aku dah kool aku halalkan lah kot..’. Dan bagi aku, buat masa ni (dan still sekarang ni) aku tak redha dengan apa yang diorang buat pada aku… Nanti biler aku dah ok nanti (entah biler), aku akan maafkan… Aku harap diorang akan dapat pembalasan Allah dengan penganiayaan yang diorang buat terhadap aku samada di dunia dan di akhirat. Sesungguh doa-doa orang yang teraniya akan dimakbulkan Tuhan. Insya Allah…’

Sikap buruk aku sebab tak memaafkan diorang dan berdendam hingga sekarang, ye tak? Mungkin satu hari nanti aku akan luperkan peristiwa ni dan akan memaafkan diorang. Lebih baik memaafkan daripada terus menyimpan rasa, ye tak? Tapi bukan sekarang… Entah biler…

Sunday, January 8, 2006

Selamat Hari Raya Aidiladha 1426H

Insya Allah petang ni aku akan balik ke rumah mak abah aku kat Setapak Jaya bagi sama-sama meraikan hari raya haji esok. So, this will be my first time celebrating hari raya as a wife and the second time aku meraikan hari raya haji dengan Neezam together-gether. Hehehehehehe… Dan pada hari raya haji kali ni, kitorang akan beraya dengan famili aku.

First time meraikan hari raya haji dengan Neezam adalah masa kitorang sesama belajar kat UTM dulu. Masa tu aku final semester dan Neezam tengah amek Masters. Disebabkan hari raya haji gap beberapa hari jer dengan final exam, so, aku memutuskan untuk tak balik kampung dan beraya kat UTM jer. Nak tumpukan perhatian pada studylah konon. Sedangkan kengkawan sumer amek jugak kesempatan untuk pulang beraya ke kampung halaman memasing.

Pepagi hari raya haji, aku bangun awal, sebab nak merasa kemeriahan beraya kat universiti. Syahdu rasanyer biler terdengar takbir berkumandang daripada Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Rasa sebak jugak but still maintain tanpa air mata.

Lepas bersiap dengan berbaju kurung, aku ke dewan Kolej Tun Fatimah. Disebabkan aku datang lambat, sumer juadah hari raya yang disediakan oleh pihak kolej dah habis. Bertambah sebaklah dada aku ni. Rasa sedih sangat, sebab sepatutnyer hari raya makan lemang, ketupat, kuah lodeh, kuah kacang tapi sumernyer dah habis. Takkan nak makan meggi kot… Waaaaa… Sedihnyer… Tapi aku still maintain tak nak nangis di pagi raya.

Nak mengubat kesedihan dan kelaparan di pagi raya, aku dan Neezam pun keluar ke Taman U dan Pekan Nenas. Cuba cecari kot kot ada tersesat rendang ketupat. Tapi… hampa… Satu kedai Melayu pun tak bukak. Cuma bukak kedai mamak jer. Eeeee… tak kan nak makan roti canai masa hari raya?! Waaaaa… Cedihnyer…. Tapi still maintain tak nangis…. Hehehehehe… Akhirnyer terpaksalah aku dan Neezam makan nasi campur kedai mamak untuk mengalas perut.

Ya Allah… sedih sangat masa tu. Terbayang-bayang famili aku berkumpul kat rumah tengah sesedap makan ketupat, lemang, kuah lodeh, sambal kacang yang mak aku masak. Waaaaaa… Tapi… hehehehhe… still maintain tak nangis sebab segan kat Neezam.

Lepas selesai mengisi perut, aku call rumah. Kononnyer nak mengucapkan Selamat Hari Raya Haji dan bagitau yang keadaan aku yang jauh kat JB ni ok dan maintainnnnn… Tapi… biler terdengar jer mak cakap “Hello” kat corong telepon, aku terus jadi sebak sangat dan menangis teresak-esak tanpa pedulikan Neezam yang tengak tergelak sakan tengok aku melalak. Wakakaka… Aku melalak tak hengat punyer masa tu. Salah aku jugak sebab tak nak balik beraya. Puas mak memujuk. Kata mak “Jadikan tu sebagai pengalaman. Kalau tak sekarang, biler lagi nak merasa raya jejauh ngan mak. Tu pun nasib baik kat JB jer. Kalau kat Jerman ker, Jepun ker, Afrika ker, lagilahhhhh….”

Hehehhehehe… Tu lah pengalaman pertama aku beraya jauh dengan famili. Pengalaman yang tak dapat dan mungkin tak kan aku lupakan. Lebih lebih lagi Neezam. Setiap kali tiba raya haji, dia mesti ingatkan aku dan famili aku tentang peristiwa yang memalukan ni. Jadi bahan gelak diorang… Tapi mungkin lepas ni aku kener belajar menyambut perayaan jauh daripada famili aku yang sangat aku sayang. Sebab aku dah bergelar isteri. Kener adil. Kener raya ngan famili mertua. Hmmm… cam ner lah nanti ek? Jangan melalak lagi di pagi raya sudahlah… hehehehheehe…

Selamat hari raya korban buat sumer kengkawan dan pembaca blog aku. Semoga setiap pengorbanan kite mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Insya Allah…

One Response to “Selamat Hari Raya Aidiladha 1426H”

Thursday, January 5, 2006

Apapun… Aku bersyukur…

Semalam, pepagi lagi hati aku retak remuk hancusss berkecai dan biler petang barulah hati aku mula berbunga kembali bak bunga-bunga cinta.

Keputusan KPLI keluar semalam. Memang hari yang aku tunggu-tunggu. Dari pagi sampailah ke office hati aku berdebar-debar, tak sabar nak tahu keputusan temuduga aku untuk ke KPLI.

Sampai office, tak sempat lagi aku bukak laman web kementerian pelajaran, hubby aku call dan beritahu keputusannya pada aku… Neezam dah checkkan kat laman web kementerian. Mungkin tak der rezeki aku kat situ. Aku gagal mendapatkan tempat. Sedih sangat…

Aku harap sangat yang Neezam hanya berlawak dan berbohong, tapi… tu lah keputusannya… aku gagal. Tahun ni kali ketiga aku mohon tapi masih tak dapat. Mungkin aku memang tak ditakdirkan untuk menjadi cikgu. Hati aku remuk, hancus, sedih sesangat. Tak mampu nak kata aper-aper lepas tahu keputusan tu. Nasib baik ada Neezam yang comfortkan aku. Kata Neezam, ada rahmat disebalik apa yang berlaku. Aku tahu tu… Cuma aku tak dapat elak untuk terus berasa sedih.

Petang tu, dalam aku dok bersedih-sedih, Melur (PA boss), call aku dan berikan aku satu surat. Surat yang menjadikan hati aku berbunga-bunga segar bugar kembali. Alhamdulillah… aku dinaikkan pangkat dan gaji. Seronok sangat walaupun aku dah dengar ura-ura dari dua hari sebelum tu lagi. Hehehehehe…

Dan hari ni, Neezam plak diberitahu berita gembira. Mungkin Neezam pun akan dinaikkan gaji. Alhamdulillah… Mungkin rezeki orang baru kahwin ek?

Apapun… Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah s.w.t bagi…

P/s: Dayah, tahniah sebab dapat tempat ke KPLI! Semoga dapat menjadi guru yang baik dan cemerlang! Insya Allah…

Tuesday, January 3, 2006

Voila!

Cuti 3 hari yang lepas adalah antara cuti yang menyeronokkan dan memenatkan bagi aku. Setiap tiga hari tu aku dan Neezam menjadikan hari-hari tu penuh dengan aktiviti yang berfaedah dan tak membuang masa. Tapi tulah… penat gilos.

Hari Sabtu, kitorang (aku & Neezam) bergotong-royong membersihkan rumah. Sejak hari aku berpindah ke rumah ni, kitorang masih tak der masa untuk betul-betul membersihkan rumah hinggalah semalam.

Susun atur rumah, bersihkan tingkap, bersihkan laman, macam-macam lagi lah… Walaupun rumah aku masih tak banyak barang, tapi banyak sangat kotak-kotak hadiah yang aku longgokkan kat salah satu daripada bilik kat rumah tu. Penat oooo susun kotak-kotak hadiah tu, pening kepala aku. Tapi biler sumernyer dah tersusun rapi; sedap mata memandang, lega hati aku. Memang berbaloi penat.

Hmmmm… Sampai hari ni aku masih tak berpeluang berkenalan dengan jiran-jiran baru aku. Kengkadang tu aku terpandang diorang dan diorang terpandang aku, tapi aku seganlah nak tegur. Mesti diorang kata aku sombong ek? Cam ner nak memulakan perkenalan ngan jiran baru ek? Perluker aku terhegeh-hegeh gi kat diorang dan tegur diorang? Nak mulakan dengan kata aper ek? Hmmmm….

Hari Ahad, kitorang ke butik mak andam aku untuk tangkap gambar pengantin kat studio dia. Ya Allah… tolonglah… Seronok sangat! Aku pakai 4 persalinan; Melaka, kimono, cheong sam dan gaun. Penat salin baju, penat posing. Lebih-lebih lagi masa pakai persalinan negeri Melaka dengan sanggul lintang. Ya Allah… sakit kepala hotak eden ha. Berat betul sanggul lintang tu. Nasib baik aku tak terteleng. Hehehehehe… tapi seronok!

Seronok sangat! Mungkin tulah kali pertama dan kali terakhir aku akan rasa pengalaman seperti tu. Rasa macam model. Ahakssss…

Aku rasa aku cantik sangat dengan setiap persalinan tu. ;p Perasan ek? Tapi tu lah yang aku rasa masa tu. Nanti biler gambar-gambar aku tu dah siap, aku akan upload ke fotopages aku untuk tatapan korang k! Korang yang ada kesempatan gi lah amek gambar kat studio, memang seronok sangat! Once in a lifetime, apa salahnyer.

Hari Isnin, reunion yang tak dijangka. Mak abah aku dan mak ayah Neezam datang bertandang ke rumah kitorang. Aku memang suka kalau ada orang datang bertamu. Seronok betul! Penuh rumah kitorang. Meriah, lebih-lebih lagi dengan keletah Sarah yang ‘baru dapat mulut’. Hehehhehe…

Alhamdulillah… Waktu-waktu macam tu lah diorang sumer, keluarga aku dan keluarga Neezam, boleh lebih saling mengenali dan mengeratkan silraturrahim sesama diorang. Petang tu, diorang sumer balik semula ke rumah memasing. Tinggallah aku dan Neezam kat rumah.

Fuhhh… tiga hari yang memenatkan, tapi menyeronokkan. Harap-harap masa menyeronokkan macam tu akan datang dan datang lagi.

Monday, January 2, 2006

Tahun baru, azam baru 2006

Biler tahun baru tiba mesti orang akan kaitkan dengan azam baru. Setuju? So, aper azam baru korang sumer tahun 2006 ni ek? Azam tahun 2005 dah terlaksana sumer tak? Mesti tak kan? Tau dah. Hehehehehe… Samalah macam aku.

Orang kata, kalau kite nak tekadkan supaya azam kite terlaksana tahun tu, kite kener bagitau kengkawan kite. So, kengkawan kite tu akan tolong bagi support kat kite untuk kiter capai azam kite tu. Ataupun biler kengkawan kite dah tau apa azam kite, kite mesti nak laksanakan jugak azam tu, sebab kalau tak terbuat atau tak tercapai malu jer lah ek. Betul ker gitu?

Hmmmm… azam aku tahun ni tak banyak berubah dengan azam-azam aku tahun-tahun lepas. Cumer tambahlah sikit azam baru untuk tahun 2006 ni, memandangkan aku dah bergelar isteri tahun ni. Sumernyer berfokuskan untuk memperbaiki diri sendiri, nak buat tu, nak buat ni, nak yang terbaik. Mungkin azam aku sama jer dengan azam sumer orang yang bergelar manusia, anak dan isteri. Dan aku harap aku dapat laksanakan sumer azam aku sebelum berakhirnyer tahun 2006 ni. Insya Allah kalau panjang umur.

Neezam berazam untuk sambung PhD tahun ni dan aku tahu Neezam akan dapat capai azam dia. Insya Allah… Neezam selalunya akan berusaha keras untuk capai apa yang dia nak dan biasanya dia akan dapat. Aku kagum dengan dia dan aku harap aku akan dapat sokong dia sepenuhnyer. Cayok!

Selain daripada usaha yang bersungguh-sungguh, jangan kite luper untuk memohon doa kepada Allah s.w.t supaya apa ajer yang kite azamkan, impikan dan angankan akan tercapai. Insya Allah...

Semoga kite sumer dapat capai apa yang kiter azam akan tahun ni! :) chaiyoi chaiyok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top