♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 14, 2005

Smokes Get Into My Eyes…

Malam selepas majlis selesai, selepas berehat melepaskan lelah, aku dan Neezam bertolak ke rumah sewa kitorang kat Nilai. Tapi sebelum bertolak balik aku sempat mengucapkan terima kasih pada mak dan abah atas segala pengorbanan diorang pada aku selama ni, memberikan aku kasih sayang dan pendidikan. Aku juga berterima kasih pada diorang untuk majlis aku yang meriah siang tu. Berjujuran jugak air mata aku. Terharu biler mengenangkan aku sekarang ni bukan lagi di bawah tanggungjawab emak dan abah.

Tak tahan biler aku tengok mak dan adik turut mengalirkan air mata, menangis. Dari pagi, dari start majlis, sampai malam mak menangis. Cuma aku tak tahu apa sebenarnya yang tersirat jauh di lubuk hati emak, apa yang menyentuh hati mak. Mungkin mak sedih sebab aku telah menjadi isteri orang. Mungkin mak terharu sebab aku bukan lagi tanggungjawab mak. Mungkin mak ingat aku akan meninggalkan mak dan melupakan mak. Mungkin mak masih belum bersedia dengan segala perubahan lepas ni. Aku tak tahu… Aku tak dapat baca naluri mak. Mungkin biler aku berada kat tempat mak satu masa nanti aku akan faham.

Adik pun asyik menangis. Adik takut akan ‘kehilangan’ aku sebab aku akan ada adik-adik lain @ adik-adik ipar. Adik takut aku tak boleh lagi nak spent masa dengan adik seperti sebelum-sebelum ni. Adik bongsu aku tu memang seorang yang emosional, mudah tersentuh. Puas aku nasihatkan adik bahawa kasih sayang aku pada adik tak kan berubah, tapi adik tetap menangis.

Malam tu, abah sempat nasihatkan aku dan Neezam supaya menjadi suami isteri yang soleh dan solehan, jaga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Kalau dulu masing-masing boleh ‘terberkasar’ sesama sendiri, tapi sekarang kener ubah. Buang sikap buruk kalau nak jadi yang terbaik. Abah minta Neezam beri aku tunjuk ajar, didik aku dengan cara yang terbaik. Apa yang salah, tegurlah. Masing-masing mesti banyakkan bersabar demi keutuhan rumahtangga. Banyak jugak nasihat yang abah bagi malam tu. Terima kasih abah…

Aku sedih, terharu, sebak… Aku tahu diorang sumer sayangkan aku dan aku jugak amat menyanyangi diorang. Bagi aku, family aku tak kan ada siapa yang boleh ganti. Emak tak kan sama dengan emak mertua, abah tak kan sama dengan ayah mertua, adik tak kan sama dengan adik ipar. Cuma aku harap masing-masing faham dengan tanggungjawab yang perlu aku pikul sekarang sebagai seorang anak dan juga isteri.

Sebelum bertolak balik, emak sempat memeluk dan mencium aku berulang-ulang kali. Sambil menangis mak kata “Jangan lupakan mak…”.

Malam tu aku balik ke Nilai bersama Neezam dengan linangan air mata…

2 comments :

Siti Rahah said...

julie... sedihnyer baca blog awak kali ni... sebak sangat rasanya...

Zai said...

JULIE... saya faham perasaan mak awak... mestila sedih sbb anak yang ditatang selama ni dah jadi milik orang... tak bolehla nak seperti sebelum ni kan… apa pun tabahkan hati melayari alam rumah tangga... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top