♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 30, 2005

Citer 2 hari

Sejak dua malam yang lepas aku dan Neezam balik rumah mak. Temankan mak sebab abah tak der, gi outstation ke Johor Baru. Insya Allah abah balik KL semula hari ni. Mak memang penakut skit kalau tinggal sesorang kat rumah. (Samalah ngan aku pun… Muahahahah…)

So, aku pun temankanlah mak dengan bermalam kat rumah. Walaupun Joy, satu-satunyer adik lelaki aku tu ada kat rumah, tapi biasanya dia tak ‘lekat’ kat rumah. Gi merambu jer kerjanya, jadi musang memalam, pepagi baru balik. Tapi yang bagusnyer, biler abah tak der, Joy akan kuar lepas mak tido. Joy tak sampai hati nak tinggalkan mak tinggal sesorang.

Best balik rumah. Mak masak nasi ayam special untuk aku. Dah lama betul rasanya tak rasa masakan mak. Maklumlah… sejak akhir-akhir ni aku masak sendiri, kalau malas skit, gi beli jer kat kedai. Bukan sedap mana pun.

Insya Allah aku dan hubby tercinta, Neezam, akan balik ke Nilai malam ni. Hmmmm… bulan depan abah nak gi Jerman pulak 2 minggu, Joy plak tak der dah sebab nak balik semula ke UTM Skudai next week, adik plak dah lama balik ke matrikulasi Tangkak. Cian mak tinggal sesorang.

Nampak gayanyer 2 minggu tu aku kener dok temankan mak kat KL jer lah. Tak sampai hati tinggalkan mak sesorang, memalam. Best… best… Bleh tidur bawah ketiak mak… Hehehehhe…

Sejak akhir-akhir ni, kengkawan aku ramai tanyer pasal gambar-gambar kahwin aku. Minta maaf lah sesangat yer kengkawan, sebab gambar-gambar tu masih kat miss photographer aku. Insya Allah minggu depan settle kot… So, tungguuuu… But for a moment korang bleh lah tengok sesikit gambar kat fotopages Adah atau kat fotopages Malin, ok!

Sebenarnya aku bercuti semalam sebab nak jumpa wedding’s photographer aku, Mazlin, dan mak andam aku, Kak Tini, untuk sessi photography kat studio. Tapi last-last minute Kak Tini ada emergency plak. Terpaksalah aku dan Neezam tangguhkan sessi photography tu ke minggu depan dan terpaksalah jugak aku amek gambar aku kat Mazlin minggu depan gak. Sia-sia jer cuti semalam…

So, korang sabarlah eh. Next week ok… Aku pun tak sabar gak nak nengok gambar tu sebenarnyer… ;p

Tuesday, December 27, 2005

Blog abang

Seperti biasa, setiap pagi biler sampai kat office aku akan surf internet dulu, login ym, login skype, check all the emails. Tu memang rutin aku setiap pagi.

Pagi ni aku check emails, antara first subject yang menarik perhatian aku ialah ‘Khairunneezam has updated his friendster blog’. Hmmmm… Apalah yang suami aku dah tulis awal pagi tadi ek? Tanpa berlengah lagi aku pun teruslah surf my hubby’s blog.

‘Lelaki, suami & pelindung’, tu lah tajuk blog post Neezam kali ni. Waaaaa… terharu aku baca blog Neezam ni. Berkali-kali aku baca coretan Neezam. Tersentuh sangat. Aku tahu… apa yang Neezam tulis adalah ikhlas dari hati dia. Dari dulu lagi Neezam macam tu; very loving, honest, loyal and romantic person.

Coretan Neezam kali ni menyedarkan aku betapa aku bertuah dicintai Neezam. Betapa ikhlasnya dia mencintai aku. Aku bukanlah isteri yang sempurna, belum lagi, tapi aku akan cuba menjadi yang terbaik, biar bukan di mata orang, tapi cukuplah di mata Neezam. Apa yang Neezam harapkan, itulah jugak yang aku harapkan. Semoga ikatan percintaan aku dan Neezam mendapat keredhaan Allah selama-lamanya…

Terima kasih abang… i love u soooo much!!!

Monday, December 26, 2005

Melaka & shopping!!!

Untuk mengubat hati yang terkehel akibat plan ke Langkawi yang terpaksa dipostponekan ke tarikh yang tak tau lagi biler, Neezam bercadang untuk bawak aku jejalan kat Port Dickson. Hmm… syok gak kan. Tapi nanti balik dari PD mesti muka aku jadi merah dan mengelupas macam udang kener bakar. Biasalah tu… kalau dah berterik mentari dan mandi air masin. So, aku ingat nak pikir dulu.

Tetiba pagi hari Sabtu tu, mak ayah Neezam call dan diorang ajak kitorang join diorang bercuti ke Melaka hari Ahad tu. Apa lagi… kitorang pun setuju lah.

So, pagi Ahad yang lepas aku dan Neezam pun bertolak ke Ayer Keroh. Our meeting point kat toll Ayer Keroh; aku dan Neezam dari Nilai and his parent from Segamat.

Dari Ayer Keroh kitorang ke Bandar Hilir. Gi muzium and of course A Famosa and a few places sekitar Bandar Hilir. Nasib baik sangat cuaca hari Ahad yang lepas cerah dan sesekali mendung dan tak hujan. Memang sesak sangat orang kat sana. Maklumlah, cuti hari krismas.

Penat berjalan sekitar Bandar Melaka, petang tu kitorang gi Umbai. Gi pekena ikan bakar dan sea food kat sana. Best! Memang best! Lebih lebih lagi sebab orang belanja. Wakaka…

Sepatutnya aku dan Neezam bertolak balik ke Nilai after the trip but my mother in law has ‘poisining’ me and she wants us to go back with her to Segamat. Mak guna racun ‘jakel’. Muhahahahha.. Jangan tak tau… Dan aku ngan mudahnyer termakanlah racun tu. Neezam malas nak balik Segamat, tapi aku plak yang beria ajak dia balik. Hehehehehehe… Cam ner tu ek? Ha… kalau dah pakai nama ‘jakel’ memang mudah sangat orang terpengaruh. So, malam tu aku dan Neezam ikutlah diorang balik Segamat.

Hari Isnin, kitorang kat Segamat. Pepagi lagi dalam kepala otak aku ni nak gi shopping kat Jakel. Kalau korang nak tau, Jakel tu adalah sebuat kedai kain yang terkenal kat Segamat, sebab kain dia murah dan berkualiti. Jauh lebih baik daripada kain-kain kat Nilai dan Tangkak. Cewah… macam iklan plak ek.

So, lepas breakfast aku dan mak mertua aku pun gi lah Jakel. Waaaaa… rambang mata… rambang telinga… Ambik punyer ambik kain, tak sedar diri, habis duit aku RM700. Waaaa… giler… giler… Neezam kata, pas ni makan pasir goreng, bubur pasir, pasir masak lemak gili api. Muahahahhaha… Tapi aku puas hati, sebab dapat banyak kain cantik-cantik dan dapat belikan setiap ahli keluarga aku dan aku sendiri kain untuk hari raya haji nanti.


Malam tadi baru bertolak balik ke Nilai. Cian Neezam kepenatan bawak keter. Dah lah jalan jem sepanjang 16 km menuju ke Senawang dan Seremban. Aku pun penat dan ngantuk, tapi tak sampai hati nak tido dan biarkan Neezam drive sesorang. Tapi ntah camner tertidur gak kejap. Wakaka… Berhenti kat hentian Seremban, ramai sangat orang. Surau penuh, nak masuk toilet kener q panjang gilos.

Akhirnyer, pukul 9.30 malam sampai kat rumah. Penat gilos, tapi sempat habiskan tengok citer ‘7 Perhentian’ yang hampeh tak sedap langsung.

Penat jalan, duit habis, tapi seronok. Minggu depan cuti nak gi mana plak ek?

Thursday, December 22, 2005

Postpone gak akhirnyer

Sejak dua tiga hari ni berita samada kat tv mahupun kat suratkhabar tak sudah-sudah memaparkan kesah banjir teruk kat Kedah dan Perlis. Banyak jalan ditutup. Alahai… ni yang buat aku susah hati ni.

Next week aku dan Neezam bercadang nak gi bercuti kat Pulau Langkawi. Kitorang ingat nak bawak keter sampai ke Kuala Perlis. So, biler balik dari Langkawi nanti bolehlah gi jejalan kat sekitar Perlis dan Kedah. Ingat nak lah gi shopping kat Bukit Kayu Hitam, nak jumpa kengkawan kat sekitar Kedah, nak jumpa Sarah kat Kulim. Tapi… keadaan macam tak mengizinkan jer. Uhuk uhuk uhuk…

Beberapa hari sebelum ni aku dan Neezam ada gak berbincang samada untuk teruskan atau postpone jer plan kitorang nak gi Langkawi. Susah nak tentukan. But finally, this morning we have made our final decision that we have to postpone our honeymoon plan to other dates that we don’t know when.


Waaaaaaa… cedihnyer… Terpaksalah batalkan sumer plan yang dibuat, terpaksalah batalkan cuti, nasib baik balance cuti tu bleh carry forward ke tahun depan. Cedih cangat…

Nak buat cam ner kan, kite merancang, Allah s.w.t yang berhak menentukan… Hmmm… Neezam kata nak bawak aku gi bercuti kat Port Dickson jer cristmas day nanti. Pandai dia amek hati aku yang tengah berduka lara ni… Ok lah tu kan daripada tak berjalan langsung.

So korang, jom lah kite berdoa agar keadaan kat Kedah dan Perlis beransur baik. Cian diorang kat sana.

Tuesday, December 20, 2005

The Wedding Part ii – De tour di Segamat

Alhamdulillah majlis perkahwinan aku dan Neezam kat Segamat telah pun berlangsung dengan lancar, smooth, tanpa sebarang masalah…

Aku sampai kat Segamat sebelum hari majlis lagi. Mujur adik aku temankan aku. Kalau tak aku seganlah jugak. Masa sampai kat rumah Neezam, aku tengok pelamin dah siap terpasang dan yang uniknyer kat luar rumah Neezam ada tergantung 2 buah banner besar untuk majlis perkahwinan aku ni; serangkap pantun beserta dengan gambar aku dan Neezam sekeluarga. Tak pernah aku jumpa kat memana sebelum ni.

Malam hari Sabtu keluarga Neezam ada buat majlis tahlil. So, aku bantulah sesikit. Ramai jugak saudara mara Neezam yang datang. Masa ni lah aku mengambil peluang untuk berkenalan dengan diorang.

Hari Ahad, 18hb Disember 2005, hari majlis perkahwinan aku dan Neezam di pihak Neezam berlangsung.

Majlis hari tu dimulakan dengan upacara khatam Quran untuk aku dan dua orang adik-adik ipar perempuan aku, Ireen dan Ira. Alhamdulillah, famili dan kengkawan daripada pihak aku dari KL sempat sampai sebelum majlis. Dua bas diorang datang dari KL.

Pagi sebelum diorang sampai, aku dah berlinang air mata dah sebab ingatkan diorang tak sempat sampai sebelum upacara bermula. Puas Neezam dan adik-adik comfortkan aku tapi aku melalak jugak. Aku sedih sangat masa tu. Takut sangat diorang tak sempat sampai. Aku nak sangat keluarga aku ada di samping aku masa aku khatam. Nasib baik famili Neezam faham dan diorang tangguhkan upacara yang sepatutnya bermula pada pukul 10.30 pagi ke pukul 11.30 pagi. So, sempat jugak famili aku berada di samping aku masa aku khatam.

Pukul 12.30 tengahari majlis khatam selesai dan aku terus disolek mak andam. Warna tema majlis perkahwinan aku hari tu ialah warna hijau epal. Kalau kat KL hari tu aku pakai baju songket bunga tabur, kat Segamat aku pakai lace pulak. Neezam segak dengan baju melayu satin berwarna hijau epal, bersongket dan bertanjak.

Nak tahu apa yang special majlis kat Segamat? Hehehehehhehe…. Lepas siap bersolek, aku & Neezam ke masjid. Dari masjid kitorang diarak ke rumah Neezam dengan menaiki vespa! Bukan sebuah vespa tapi berbelas-belas buah! Bermacam-macam warna! Muahahahahaha… Pengalaman yang tak sumer orang rasa. Betul tak? Aku membonceng Neezam.

Perasaan masa tu bercampur aduk; takut jatuh, segan, kelakar, seronok! Memang seronok sangat! Dengan menaiki vespa, kitorang pusing satu taman perumahan Neezam tu dan dihebohkan lagi dengan bunyi hon vespa-vespa yang lain. Sumer orang dalam rumah keluar untuk tengok. Muahahahhahaha… Malu naaa…

Sampai kat rumah Neezam, kitorang diarak masuk ke pelamin diiringi dengan bunyi kompang. Then kitorang ditepung tawar oleh famili dan saudara mara serta kengkawan kedua-dua belah pihak aku dan Neezam. Saudara mara Neezam memang ramai dan pihak aku yang datang dari KL pun ramai. Jadinyer upacara tepung tawar mengambil masa yang agak lama berbanding kat rumah aku dulu.

Terharu aku tengok Neezam biler dia menitiskan air mata masa bersalaman dengan famili dia kat atas pelamin. Tak sangka, Neezam seorang yang emosional.

Setelah selesai upacara menepung tawar, majlis diteruskan pulak dengan upacara makan berdamai @ beradab. Masa tu aku memang lapar sangat! So, aku makan tak hengat!

Alhamdulillah majlis akhirnyer selesai. Tetamu pun dah ramai balik. Tapi kat satu sudut masih ada ramai lagi orang berkumpul sebab berkaraoke. Aku memang penat sangat masa tu tapi aku tetap gagahkan diri untuk melayan para tetamu yang datang.

Tetiba aku terdengar satu suara bergema melalui speaker. Muahahhahaha… Suara Neezam. Dia nak berkaraoke?! Hehehehehe… Bleh ker Neezam menyanyi? Neezam dedikasikan lagu buat aku. Neezam nak nyanyi, dada aku plak yang berdebar-debar. Neezam menyanyikan lagu ‘Hingga Akhir Nanti (Alleycats)’. Neezam memang boleh nyanyi, suara pun sedap. Waaaaa… romantiknyer… Hehehhehehe… Tq abang!

Petang tu mak, abah dan adik-adik aku bertolak ke KL. Sedih tengok diorang pergi meninggalkan aku. Cuma aku tak nak mengeluarkan air mata kat depan famili aku dan jugak famili suami aku.

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Allah s.w.t, akhirnya majlis yang kitorang rancang dalam masa kurang dari setahun ni dapat berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah besar. Mungkin ada cacat cela kat memana, tapi tu sumer adat. Ye tak?

Aku pun bersyukur sangat sebab cuaca pun ok sangat walaupun sekarang ni musim tengkujuh. Saudara-mara dan kengkawan aku dan Neezam pun ramai yang datang. Majlis yang sederhana tapi meriah.

Haaaaa… Lega dah… Lepas ni nak tunggu giliran saper plak kawin ek?

Ps : Kronier! Haaaa… jangan terkejut! Ada orang Kota Tinggi tu datang kat majlis kite bawak boyprennnnn… Senyap-senyap jer dia yer… Haaa… Tak lama lagi lah tu…

Thursday, December 15, 2005

Happy 47th Birthday Emak!

Hari ni, 15 Disember 2005, hari jadi emak yang ke 47 tahun. Semalam aku dan Neezam balik rumah mak dengan membawa kek harijadi mak. Alhamdulillah mak nampak seronok walaupun kitorang celebrate cepat sehari.

Kesian aku tengok mak. Air muka mak masih nampak kepenatan sebab majlis aku Ahad lepas. Kata abah, mak pengsan beberapa hari lepas sebab kepenatan. Waaaaa… sedih betul aku. :'(

Sempena hari jadi emak yang ke 47 tahun ni, aku berdoa kepada Allah swt, agar mak sentiasa dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesenangan dan berbahagia selalu. Amin…

Sayang sangat kat mak!!!

Cuti Lagi!

Dah dua hari ni aku datang kerja naik train komuter dari Nilai. Alhamdulillah, sumernyer ok. Tak lah susah sangat dan tak lah memenatkan. Perjalanan dari Nilai ke office aku ni cuma mengambil masa 1 jam jer. Setiap pagi Neezam hantar aku ke stesen komuter Nilai yang jauhnyer dalam 1 km dari rumah kitorang. Train pun senang nak dapat, once every 15 minutes. Ok lah tu.

Esok aku akan bercuti lagi untuk buat preparation majlis perkahwinan aku kat sebelah pihak Neezam plak. Insya Allah malam ni kalau tak der aral melintang kitorang akan bertolak balik ke Segamat. Ahad lepas, aku lega dah sebab majlis kat tempat aku dah selesai. Tapi hari ni dada aku bergelodak balik sebab majlis kat Segamat pulak. Waaaaa… takutnyerrrr…

Korang kalau ada kesempatan meh lah datang memeriahkan majlis kitorang kat Segamat. Alamat sila tengok dalam inlay kat bawah ni ok! Aku harap majlis kat Segamat ni pun dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Harap-harap tak hujan.

Korang sumer doakanlah yer!

Wednesday, December 14, 2005

The Day Before

The day before, Saturday, I’ve been sooooooo bz of course! Bz gilos! Terkejar-kejar aku ke sana sini untuk settlekan apa yang patut. Walaupun orang kata aku tengah ‘berdarah manis’ dan tak elok keluar, tapi aku tetap keluar. Aku tak boleh lepas tangan dan serahkan semua kerja dan persiapan majlis perkahwinan aku ni pada orang lain. Mak, abah dan adik-adik aku dah cukup sebuk dengan benda-benda lain. Aku rasa bersalah kalau tak membantu diorang.

Hari Sabtu tu aku susah hati sangat. Sebab hujan sepanjang hari. Aku hanya mampu berdoa agar hari Ahad nanti cuaca akan cerah, tak hujan. Ada jugak aku dapat beberapa petua untuk elakkan hujan atau ‘alihkan’ hujan. Mak ngan abah gunakan kelapa tua, baca surah-surah tertentu dan rendam dalam kolah. Ada jugak petua yang suruh baling baju pengantin kat atas bumbung rumah pengantin. Hmmmm… tapi aku dok rumah flat. Jenuh plak kang nak baling. Hehehehehe… macam-macam petua ada, sebagai usaha, hanya Allah yang menentukan.

Mak andam aku, kak Tini dan abang Baharom nak datang ke dewan pengaman petang tu. Diorang nak pasang pelamin dan fresh flowers. Ketika sampai kat dewan pengaman petang tu, aku tengok pelamin aku dah tersergam indah kat atas pentas. Kagum aku tengok hasil kerja tangan diorang. Bukan aku nak ‘masuk bakul angkat sendiri’, tapi aku rasa pelamin aku memang cantik, lebih-lebih lagi dihiasi dengan bunga-bunga hidup disekeliling pelamin tu. Hehehehehe… Petang tu jugak kak Tini pakaikan aku inai. Kat office abah, adik dan kengkawan dia serta mak dan beberapa orang kawan mak sibuk menguruskan telur, cenderahati tetamu dan bunga pahar.

Malam tu… dada aku berdebar kencang. Makan tak lalu, tidur tak lena, nasib baik mandi basah. Muahahahhaahha… Akhirnya, pukul 4.30 pagi baru tertidur. ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz……

The Wedding Part i - Once in a life time

Alhamdulillah… aku bersyukur sangat ke hadrat Allah s.w.t kerana atas hikmah dan rahmatNya majlis perkahwinan aku hari Ahad yang lepas dapat berjalan dengan lancar; sederhana tapi meriah, kengkawan pun ramai datang, cuaca pun ok, makanan pun sedap, mak, abah & family pun gembira. Mungkin ada cacat cela kat mana-mana, tapi aku tetap rasa bersyukur.

Majlis aku bermula dengan majlis akad nikah. Pukul 10.30 pagi, kadi dah tunggu kitorang kat masjid. Terpegun jugak aku tengok Neezam berpakaian baju melayu satin putih, bersamping songket putih dan bersongkok. Nampak segak sangat. Heeheheheehe…

Pada saat tu hanya Allah ajer lah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu; butterflies in my stomach, berdebar-debar, takut, cuak, tapi yang pasti aku gembira. Aku tahu… Neezam mesti lagi cuak masa tu sebab tanggungjawab Neezam lebih besar; ijab dan kabul.

Alhamdulillah, pukul 10.55 pagi tu aku selamat diijabkabulkan dengan suami aku yang tercinta dengan sekali lafaz. Rasa terharu dan bersyukur sangat. Genap 4 tahun aku bercinta dengan Neezam, akhirnya aku sah menjadi isteri Neezam. Di saat itu, aku tengok emak mengalirkan air mata. Mungkin terharu sebab puteri sulung emak dah jadi isteri orang, mungkin terharu sebab tanggungjawab emak telah bertukar pada Neezam sebagai suami aku.

Apa-apa pun pada aku, emak tetap emak, tiada tolok banding, tiada ganti, tempat aku bermanja dan mengadu masalah dan aku tetap anak emak, tempat emak bermanja dan mengadu masalah juga berleter. Baru aku sedar betapa bermaknanya dan berharganya setiap leteran mak.

Majlis bersanding bermula pukul 1.30 tengahari. Pakaian bersanding pilihan aku di hari bahagia aku ialah baju kebaya songket bunga tabur warna oren. Kedatangan rombongan Neezam diiringi dengan alunan kompang. Berdebar-debar aku menanti kedatangan Neezam. Tangan, kaki aku sumer sejuk, kepala lutut mengeletar macam nak jatuh. Hehehehehehe…. Nasib baik ada juga sedikit kekuatan untuk aku terus berdiri.

Bila Neezam sampai, genggam tangan aku dan jalan beriringan dengan aku, barulah aku rasa lega cikit. Perarakan masuk ke dewan, kitorang diiringi dengan alunan bagpipes dan melalui red carpet menuju ke pelamin. Neezam tak tau pun ada bagpipes, so dia terkejutlah jugak. Hehehehhe…. Surprise!

Biler dah duduk atas pelamin aku yang indah tu, baru lah aku rasa legaaaa sangat. Aku cuba menghayati saat-saat tu. Memang rasa macam permasuri raja, heheheheh…. raja sehari! Dari atas pelamin aku dapat lihat para tetamu yang hadir, saudara mara, sahabat handai dan mak abah dan adik-adik yang sedang sibuk, orang-orang yang tengah penat lelah bekerja bagi memastikan majlis aku ni sempurna. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab ramai sangat tetamu yang hadir dan ramai jugak yang membantu.

Upacara menepung tawar dimulakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar dan isteri beliau. Kemudian disusuli dengan mak ayah Neezam dan mak abah aku. Sedih sangat biler mak abah menepung tawar aku. Rasa terharu. Entah… aku tak tahu kenapa.

Upacara makan beradab; aku dan Neezam diapit oleh KPN dan pasangan beliau. Hehheehhehee… rasa special lah jugak. Sepanjang majlis makan beradab tu, kombo A PDRM rancak mendendangkan lagu-lagu terbaru. Ruper-rupernyer ada jugak penyanyi PDRM yang bersuara macam Mawi. Aku ingatkan Mawi yang datang menyanyi kat majlis aku. Hehehhehehe… Kawan aku, Yang @ Ezlynn pun sempat menyanyikan sebuah lagu.

Selesai upacara makan beradab, majlis diteruskan pulak dengan upacara memotong pulut kuning. Sebilah pedang panjang digunakan untuk potong pulut kuning tu. Hehehehehhehe… Best! Best!

Alhamdulillah…. Akhirnya semua berjalan lancar; berprotokol dan mengikut masa seperti yang dikehendaki. Sumer orang rasa lega. Bak kata abah, berakhirnya majlis ni bagaikan menunggu bisul yang nak pecah, dan pecah jugak akhirnya, lega rasanya. Hehehehhe… Mungkin ada cacat cela kat memana yang aku tak terpandang. Tapi bagi aku, tu sumer adat. Tak der aper yang betul-betul sempurna, pasti ada retak sumbing kat memana. Setuju?

Banyak lagi gambar di majlis persandingan ni kat fotopages aku. Singgahlah k!

Bila majlis persandingan di dewan pengaman ni berakhir, kak Tini, mak andam aku, terus bawak kitorang untuk sessi fotografi outdoor. Kitorang gi Taman Tasik Titiwangsa jer memandangkan memang dah dekat sangat. Lagi pun kat sana pun cantik.

Segan gak masa bergambar kat sana. Ramai orang kat sana dok tengok jer kat kitorang. Terasa macam artis plak. Hehehehe... Mak andam tu plak bukan main lagi suruh kitorang posing. Ala ala macam hindustan pun ada. Segan... segan... tapi buat gaks! ;p

Lagi gambar-gambar outdoor kat fotopages aku k! :)

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan…

Terima kasih kepada kengkawan dan hadirin yang hadir dari jauh dan dekat semata-mata memeriahkan lagi majlis perkahwinan aku ni. Aku hargai sangat kehadiran korang. Tapi yang tak dapat hadir tu tak per. No hard feelings. Mungkin tak der rezeki. Nanti aku akan updatekan fotopages aku untuk tatapan korang sumer ok!

Terima kasih kepada saudara mara yang datang dari pagi sampai ke petang dan menjadi saksi percintaan dan perkahwinan aku dan Neezam.

Terima kasih kepada kengkawan abah & emak yang bertungkus lumus bekerja dan memastikan majlis aku sempurna.

Tak luper jugak thanx to Yang @ Ezlynn sebab sudi meluangkan masa datang dan menyampaikan lagu buat aku, walaupun dia sibuk ngan Sure Heboh.

Terima kasih kepada adik dan Joy kerana sanggup bersusah payah, berpenat lelah, bersengkang mata demi majlis aku.

Aku amat berterima kasih kepada mak dan abah. Tanpa diorang aku tak pasti majlis aku ni akan semeriah ni. Mak dan abah banyak sangat membantu dan berkorban untuk memastikan yang terbaik untuk majlis aku. Mak dah buat persiapan daripada awal tahun lagi, bersengkang mata dan berpenat lelah buat sendiri bunga telur, bunga pahar, cenderahati, roset, semata-mata untuk dapatkan yang terbaik! Abah tak cukup rehat sejak sebulan dua ni demi kelancaran majlis. Terima kasih, emak dan abah! Julie amat berterima kasih dan terharu sangat dengan pengorbanan mak abah…

Smokes Get Into My Eyes…

Malam selepas majlis selesai, selepas berehat melepaskan lelah, aku dan Neezam bertolak ke rumah sewa kitorang kat Nilai. Tapi sebelum bertolak balik aku sempat mengucapkan terima kasih pada mak dan abah atas segala pengorbanan diorang pada aku selama ni, memberikan aku kasih sayang dan pendidikan. Aku juga berterima kasih pada diorang untuk majlis aku yang meriah siang tu. Berjujuran jugak air mata aku. Terharu biler mengenangkan aku sekarang ni bukan lagi di bawah tanggungjawab emak dan abah.

Tak tahan biler aku tengok mak dan adik turut mengalirkan air mata, menangis. Dari pagi, dari start majlis, sampai malam mak menangis. Cuma aku tak tahu apa sebenarnya yang tersirat jauh di lubuk hati emak, apa yang menyentuh hati mak. Mungkin mak sedih sebab aku telah menjadi isteri orang. Mungkin mak terharu sebab aku bukan lagi tanggungjawab mak. Mungkin mak ingat aku akan meninggalkan mak dan melupakan mak. Mungkin mak masih belum bersedia dengan segala perubahan lepas ni. Aku tak tahu… Aku tak dapat baca naluri mak. Mungkin biler aku berada kat tempat mak satu masa nanti aku akan faham.

Adik pun asyik menangis. Adik takut akan ‘kehilangan’ aku sebab aku akan ada adik-adik lain @ adik-adik ipar. Adik takut aku tak boleh lagi nak spent masa dengan adik seperti sebelum-sebelum ni. Adik bongsu aku tu memang seorang yang emosional, mudah tersentuh. Puas aku nasihatkan adik bahawa kasih sayang aku pada adik tak kan berubah, tapi adik tetap menangis.

Malam tu, abah sempat nasihatkan aku dan Neezam supaya menjadi suami isteri yang soleh dan solehan, jaga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Kalau dulu masing-masing boleh ‘terberkasar’ sesama sendiri, tapi sekarang kener ubah. Buang sikap buruk kalau nak jadi yang terbaik. Abah minta Neezam beri aku tunjuk ajar, didik aku dengan cara yang terbaik. Apa yang salah, tegurlah. Masing-masing mesti banyakkan bersabar demi keutuhan rumahtangga. Banyak jugak nasihat yang abah bagi malam tu. Terima kasih abah…

Aku sedih, terharu, sebak… Aku tahu diorang sumer sayangkan aku dan aku jugak amat menyanyangi diorang. Bagi aku, family aku tak kan ada siapa yang boleh ganti. Emak tak kan sama dengan emak mertua, abah tak kan sama dengan ayah mertua, adik tak kan sama dengan adik ipar. Cuma aku harap masing-masing faham dengan tanggungjawab yang perlu aku pikul sekarang sebagai seorang anak dan juga isteri.

Sebelum bertolak balik, emak sempat memeluk dan mencium aku berulang-ulang kali. Sambil menangis mak kata “Jangan lupakan mak…”.

Malam tu aku balik ke Nilai bersama Neezam dengan linangan air mata…

Wednesday, December 7, 2005

Jangan Luper Ahad Ni!

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti. Sebelum bercuti ni aku nak make sure sumer kerja aku siap! Tiada yang tertangguh! Tiada yang tertunggak! So biler balik dari cuti nanti tak lah banyak sangat kerja yang kener aku siapkan. Cuti raya hari tu banyak memberi pengajaran pada aku supaya tidak menangguhkan kerja. Hehehehehehe…

Pada kengkawan sumer, jangan luper 11 Disember ni, Ahad ni, datang tau ke majlis aku. Ingat tau! Bawaklah suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik, mak abah atau kengkawan korang. Semoga dengan kehadiran korang sumer dapat memeriahkan lagi majlis aku yang sederhana. Insya Allah… Aku juga mengharapkan doa korang sumer agar majlis aku ni dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah; samada masalah teknikal atau cuaca. Doakan lah yer…

So, jumpa hari Ahad ni ok!


* * * * * *

Bismillahirahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah hati Neezam & Julie sebagaimana engkau telah satukan hati Adam dan Hawa a.s, jadikanlah kedua-dua mempelai ini setabah Ibrahim & Hajar a.s, sebahagia Yusof & Zulaikha a.s, sesetia Sulaiman & Balqis a.s, sesuci Muhammad s.a.w & Siti Khatijah a.s. Kami memohon doa restuMu Ya Allah, berkatilah kami dan semoga majlis perkahwinan ini berlangsung dengan sempurna seperti yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh pasangan suami isteri ini berkekalan selama-lamanya sehingga ke akhir hayat.

Amin Ya Rabbal Alamin…


This doa was compiled by Neezam and printed on our wedding cards. I just love it!

Monday, December 5, 2005

Julie’s Bzest Week

This week will be my bzst week ever! Enam hari jer waktu untuk siapkan segala persiapan, segala urusan. Insya Allah minggu ni aku, emak dan kengkawan mak akan bertungkus lumus untuk siapkan dulang dan perhiasan hantaran.

Dalam minggu ni jugak aku perlu dapatkan rawatan muka, rambut dan mandi bunga. Dalam minggu ni jugak nak buat mehendi dan berinai.

Dalam minggu ni jugak nak buat final fitting ngan mak andam. Dalam minggu ni jugak nak siapkan itu. Dalam minggu ni jugak nak siapkan ini.

Waaaaaa…. tolooong! Kalut… kalut…

Tapi alhamdullillah, aku bersyukur sangat kepada Allah swt, sebab dalam kesibukkan menyiapkan segala persiapan, banyak jugak tangan-tangan yang membantu. Sekurang-kurangnya kurang jugaklah tekanan fizikal dan mental yang aku lalui sejak dua tiga minggu kebelakangan ni. Penat wooooo… Tido pun lewat jer… Tangan pun kematu buat kerja. Barulah aku tahu betapa sibuknya orang membuat persiapan perkahwinan. Tapi emak dan abah lah orang yang paling sibuk sekali, lebih sibuk daripada aku. Diorang banyak membantu dan bertungkus lumus untuk majlis perkahwinan aku ni. Aku terharu sangat! Sayang sangat kat diorang!

Neezam dah balik Segamat hari Sabtu lepas. Jeles aku ngan Neezam sebab cepat betul dia bercuti sedangkan aku masih ada tiga hari bekerja lagi. Sabar je lah… Aaarrrggghhhhhhhh… bosan! But the best part is our bosses sumer tak der sebab diorang gi LIMA Langkawi sepanjang minggu ni. So kitorang boleh enjoy tahap gaban! Muahahahahhahaha…

Enjoy!


Ku Seru

Dalam kesibukan membuat preparation untuk majlis perkahwinan aku ni, aku dan Neezam sempat jugak mengambil kesempatan dan menghabiskan masa tengok wayang hari minggu lepas. Release tension lah konon.

*Nyampuk skit: Tension wooooo uruskan segala persiapan perkahwinan. Tak caya? Tanyer orang yang dah kahwin... ;p*

Kitorang tengok PHSM II kat KLCC. Bagi aku jalan citer PHSM kali ni sekadar ok jer lah. Tak lah gempak sangat untuk aku tengok berulang kali. Tapi… sejak tengok citer tu, aku tertarikkkkkk sangat dengan lagu ‘Ku Seru’ nyanyian Misha Omar. Sebelum ni biler aku dengar kat radio aku rasa macam biasa jer. Tapi biler dengar kat panggung, rasa macam best sangat!

So kat sini aku attachkan lirik lagu ‘Ku Seru’ untuk para peminat dan penggemar lagu ni ok!


Lagu Tema PHSM II ”KU SERU” by Misha Omar

Ku membayangi… jiwa hatimu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelaimu
Namun kasihku tiada restu

Diri begini… kerna selama
Ditinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya sayang…

Oh… dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu

Oh… dengarlah sunyi tangisanku
Kau tahu ku amat menyayangimu
Oh pergilah kau bukan milikku
Pulang pada yang mengasihi… Dirimu…
(Kau ku seru… kesepian berlalu… maafkan daku…)

Sampai di sini
Ku lepas kau pergi
Biarku damai bersemadi
Lukamu ku mengerti
Kanku hilangkan derita… ini…


Nyanyian : Misha Omar
Pencipta : Ajai
Adunan Akhir : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Shuhaimi Baba & Habsah Hassan
Hakcipta : Pesona Pictures & Sony BMG

Geramnyer!

Geram sangat dengan friendster blog aku ni!!! Macam mana bleh rosak ntah! Habis sumer post aku sebelum-sebelum ni hilang!

Waaaaaa… Cedih cangat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top